Makin cerdik Aafiyah! Ibarat kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itulah situasi yang berlaku kepada anak sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membuat rakaman audio dengan menyanyi lagu ikut liriknya sendiri.
Berkongsi kepada peminatnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dengan panggilan Tok Ti memberitahu, Aafiyah dah mula menunjukkan minat untuk menyanyi ikut style sendiri. Tiada siapa ajar pun!
Dalam posting itu, Tok Ti pun turut sama terhibur dengar suara comel Aafiyah menyanyi dan menghasilkan lirik sendiri itu. Tok Ti juga turut berseloroh di ruangan kapsyen hingga buatkan ramai peminatnya terhibur.
“Bila Aafiyah dah pandai nyanyi & cipta lirik sendiri .. ibu takleh cari makan macam nih! .
Ads
Dengarkanlah cover “kalau rasa gembira” Aafiyah dengan tajuk baru “Sakit ekor , Siapa Nak bagi Air” Semoga Terhibur!!
Di ruangan komen, ramai peminat Tok Ti terhibur dengan gelagat comel Aafiyah menghasilkan lirik sendiri.
“Hahahha..Risau ibu. Dah boleh jadi pelapis ibu dah ni”
Ads
“Sempat lagi gunakan lirik lagu ting ting yang ibu tuju pada dia. Aafiyah yang cerdik”
“Bakat bintang kecil semakin menyerlah.. Aafiyah kreatif macam Ibu.”
“Hahaahha.. Cute lahai.. Dah nampak dah ikut sape ni.”
Ads
Ramai yang tak puas dengar Aafiyah menyanyi. Macam ibunya jugalah tiap kali mendendangkan lagu, pasti peminat menyukainya. Dengan kelembutan suara Tok Ti sentiasa buat orang ramai meminatinya sejak dulu sampailah sekarang.
Tak hairanlah pengikut di instagramnya dah pun mencecah 8.3 juta. Moga si comel Aafiyah dan Afwa sentiasa menjadi penyejuk hati buat ibu dan ayahnya, Datuk Khalid Jiwa.
Kredit: IG ctdk
Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dapat dipastikan sebab dan musababnya, seorang ibu tergamak mengelar leher anak lelakinya sendiri sehingga maut dalam satu kejadian di kawasan perumahan dekat Pasir Gudang, Johor pada tengahari Sabtu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, wanita itu bukan sahaja tergamak mengelar leher anaknya bahkan turut menghantar gambar mangsa yang berlumuran dengan darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp.
Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, pihak mereka berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek yang berusia 32 tahun selepas mendapat laporan mengenai kejadian pada kira-kira jam 1.30 tengahari Sabtu.
“Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.
“Permohonan reman terhadap suspek telah pun dibuat,” ujarnya.
Tambahnya lagi, motif serta punca kematian mangsa masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Mayat mangsa telah pun dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi proses bedah siasat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bertangas Guna Bahan Dapur, Elok Mama Amalkan Dua Minggu Sekali
Bertangas baik untuk kesihatan dalaman wanita sama ada yang sudah berkahwin dan wanita yang masih bujang. Bagi wanita yang telah berkahwin dan sudah melahirkan anak, lagi-lagilah digalakkan melakukannya.
Sebenarnya seawal remaja, wanita digalakkan bertangas bagi mendapatkan kesihatan dalaman yang lebih baik. Bertangas sangat mudah. Hanya guna bahan di dapur sahaja. Bahan-bahan di dapur yang tidak habis digunakan jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan untuk bertangas.
Amalan bertangas boleh dilakukan dua minggu sekali untuk menghilangkan angin dalam badan dan paling penting untuk kesihatan rahim. Ini perkongsian Shahmila Radha yang boleh dijadikan panduan.
BERTANGAS GUNA BAHAN DAPUR DI RUMAH
BAHAN:
3-4 helai daun sirih
Halia tua*
Kunyit hidup*
Serai*
Asam jawa*
Asam keping
Biji manjakani (kalau ada, tidak letak pun boleh)*
Halba
SEDIAKAN:
Pasu saiz besar/kerusi bertangas
Batu sungai/batu saiz besar (batu sungai paling baik)/boleh juga guna batu biasa
CARA-CARA:
1. Tidak perlu beli baru semua bahan. Guna lebihan bahan yang digunakan untuk memasak di dapur. Boleh kisar semua sekali bahan bertanda *untuk dijadikan ‘paste’ pekat.
2. Panaskan batu atas api. Lapik permukaan pasu dengan sirih. Letakkan batu yang panas atas sirih tadi dan lapik sehelai daun sirih atas batu.
3. Letakkan ‘paste’ yang sudah dikisar tadi. Jika ada kerusi bertangas lebih selesa.
4. Sediakan kain batik, tutup seluruh badan dan sedia untuk bertangas.
5. Pastikan wap herba sampai pada seluruh tubuh.
KEBAIKAN BERTANGAS UNTUK WANITA:
1.Menaikkan seri wajah. Apabila peredaran darah berjalan dengan lancar, kecantikan semula jadi wajah akan lebih terserlah.
2.Menghilangkan keletihan dan lesu pada tubuh.
3.Mengurangkan masalah keputihan.
4.Melancarkan haid.
5.Bagus untuk kesihatan dalaman wanita terutama rahim.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.