Ibu bukan robot dan ianya masih sangat valid. Bila kali terakhir, ibu-ibu dapat lepas lelah dan betul-betul boleh rehat?

Bila kali terakhir ibu dapat menangis lepas perasaan, betul-betul punya menangis?

Bila kali terakhir ibu dapat makan, puas makan, suap, kunyah perlahan-lahan. Dapat rasa setiap lauk, kari, ikan, sayur dan kunyah telan serta minum air, senyum..bila?

Bila kali terakhir ibu dapat tidur. Betul-betul tidur yang nyenyak, berkualiti walaupun 5 jam. Bila bangun untuk beribadah rasa macam segar sangat. Kalau nap siang yang betul2-betul lelap 10 minit yang bila bangun rasa macam baru lepas tidur malam..segar..bila?

Bila ibu-ibu dapat mandi dengan complete? Siram, sabun, belek muka, senyum depan cermin..sisir rambut… lama…bau wangi ..bila?

Ibu Bukan Robot Mampu Buat Semua Dalam Satu Masa. Rehat Tetap Perlu Walaupun Sekejap

Ini antara benda basic yang perempuan mesti ada. Salah satu atau semua ( lebih baik) untuk kekal berfungsi sebagai ibu yang happy, sihat dan tenang untuk keluarga.

Ibu-ibu anda juga berhak untuk bahagia, sihat emosi dan fizikal..kerana ANDA BUKAN ROBOT.

Anda, Allah berikan perasaan, badan yang ada limitasi dan perlukan rehat.

Ibu-ibu untuk bersendirian seketika dari anak-analk dan suami untuk bernafas tidak akan menjadikan anda ibu yang tidak baik.

Ibu-ibu untuk menangis dan mengadu atas masalah, bebanan perasaan, letih dengan urusan, tidak akan menjadikan anda ibu yang lembik.

Ibu-ibu untuk sesekali mengadap makanan, rezeki yang Allah beri, tanpa memikirkan rezeki anak yang Allah TELAH tetapkan…tidak menjadikan anda ibu yang penting diri.

IKLAN

Ibu semua hebat, sayangkan anak dan suami sampai sanggup berkorban diri. Biarlah ibu lapar, biarlah ibu letih, biarlah ibu tak tidur, biar lah ibu busuk tak mandi, biar lah..biar lah.
asal kan anak happy…suami happy…

Tapi ibu.

bila kamu lapar, kamu letih, kamu tak cukup tidur, minda kamu bercelaru, badan kamu lemah, kamu tidak segar…

kamu akan

Marah, kecewa, sedih, letih, tak sabar, hilang pertimbangan, mengamuk, tak cantik, grumpy, cepat melenting, tak mampu nak berfikir.

kamu tidak dapat menjadi ibu yang diidamkan anak-anak…

kamu tidak dapat menjadi isteri yang diidamkan suami.

KAMU BUKAN ROBOT.

IKLAN

kamu manusia.

Sayangi diri kamu, ibu-ibu kecintaan ramai…anak-anak sayang kamu, suami, ahli keluarga, kawan-kawan..semua sayang kamu.

Jangan bakar diri kamu, kerana kalau kamu terbakar hangus, semua yang sayang kamu juga akan rentung.

SUAMI.

kamu mahu isteri idaman hati yang cantik, wangi, bijak, sihat,…kamu kena jadi suami IDAMAN isteri.

Tak guna kalau duit banyak, seminggu bagi isteri sejuta, emas 15 kilo, tapi kerja kalah maid indon,…lebih malang lagi… duit pun tak bagi, maid pun tak ada, isteri jadi orang gaji percuma tanpa cuti dan rehat sampai mati.

MALANG!

Jadi lah suami yang memahami. Berilah ruang masa untuk isteri. Cuba..

IKLAN

1. seminggu 1 atau 2 kali bawa anak-anak keluar dan beri isteri masa bersendirian dalam 1 hingga 2 jam.

2. setiap 3 bulan, offer lah isteri untuk ke spa, mak cik urut, bekam

3. 6 bulan sekali buat kejutan hadiah tanpa sebab.

4. peruntukan nafkah isteri dengan baik.

5. Tanya isteri setiap kali sebelum tidur.. ” Macam mana awak hari ni? ok ke? Kalau buat ini…memang anda akan dapat isteri idaman hati.

Jadi ibu-ibu jika ada peluang, masa dan tenaga…gunakan untuk hargai diri anda kerana anda juga layak untuk bahagia.

Ingat! Anda bukan robot default orang gaji.

Happy mom = Happy home.

Sumber: Fauzan N Siti

#homeeducation

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI