Betullah orang tua-tua cakap, ada anak kecil cabarannya lain sikit. Nak pergi mana-mana kena fikir si kecil dulu. Dah tak boleh nak ikut suka je macam dulu-dulu. Begitu juga kalau pergi tempat-tempat yang sunyi atau tempat yang agak ‘keras’ untuk anak.

Ibaratnya ibu bapa kena berkorban dulu. Jika dah terkena yang bukan-bukan kesannya bukan pada anak saja tapi ibu bapa pun turut terkesan.

Perkongsian dari Puan Eida Hidayati Hassan mengenai anaknya perempuan yang ‘ditegur’ sampai demam dan badan bertukar kebiruan selepas mandi di air terjun wajar dijadikan peringatan bersama.

Ibu Dah Serik! Anak ‘Ditegur’ Selepas Mandi Air Terjun, Tiba-Tiba Demam Dan Badan Jadi Kebiruan

Pagi semalam family kak ida pergi mandi air terjun di Tupah SP Kedah. Serius kak ida jarang pergi tempat macam tu. Memang dah lama tak pergi.. bila berbincang nak berkelah kak ida join la dan memang siap-siap celak kan anak-anak kak ida.

Tiba-tiba demam dan badan kebiruan 

Masa mandi..bagilah Rawda mandi sekali. Dia menanggis sebab sejuk jadi letak dia kat atas darat dan bagi dia layan abang-abang dan sepupu-sepupu dia mandi. Kami enjoy berkelah makan nasi, mandi sama-sama tak ada apa. Masa naik atas nak salin baju Rawda. Mak kak ida kata kenapa biru Rawda ni.. Kami ingat dia sejuk sampai biru. Dia senyap ja masa tu tak nangis.

Ads

Lepas tu masuk  dalam kereta, tetiba dia panas dan merengek..kak ida bagi susu dan dia tidur. Maybe air sejuk tak sesuai dengan dia sampai demam tiba-tiba. Bila balik tu kak ida pun penat, .tidur la dengan dia. Petang sikit dia bangun, dia menanggis tak henti-henti. Tutup mata tak mahu duk dalam bilik kena berdukung je.

Ibu Dah Serik! Anak ‘Ditegur’ Selepas Mandi Air Terjun, Tiba-Tiba Demam Dan Badan Jadi Kebiruan

Tak apa lah benda ni berlarut sampai malam. Kak ipar kak ida ni badan jenis lemah, cepat lah terasuk. Benda yang dari air terjun tu marah sebab kata kami ada ambil barang dia. Kami tanya lah ambil apa?  Dia suruh pulangkan pulangkan padahal tak ambil apa-apa pun. Rupanya dia nak Rawda. Dia kata Rawda tu anak dia.

Pulangkan! Dia anak aku

Ads

Bayi perempuan itu anak aku…pulangkan.. kak ida bengang lah.. Aku beranak penat-penat hang ngaku anak hang..ingat aku nak bagi ka.. benda tu marah kak ida… kata kak ida EGO.. memang bukan setakat EGO..KERAS KEPALA SEKALI LAH.. dah anak kak ida.
Dia tetap pujuk kak ida bagi RAWDA kat dia.. memang TAK LAHH..

Dia nak sangat-sangat Rawda sebab anak dia dah mati. Dia kata dia nak kacau Rawda, dia kata lagi nyawa Rawda separuh dah tu. Kak ida marah dia. Nyawa anak aku Allah ja boleh ambil . Engkau tak ada hak.. aku tak takut dengan Engkau. Aku percaya Allah ja.. sampai pukul 4 pagi baru selesai..

Ibu Dah Serik! Anak ‘Ditegur’ Selepas Mandi Air Terjun, Tiba-Tiba Demam Dan Badan Jadi Kebiruan

Rawda masa tu ketar badan..biru jadi badan dia dan mulut dia.. last-last masa berubat tu berjaya bunuh benda tu…dan Rawda masih demam-demam. Semoga tak ada apa apa lagi la, serik dah.

Ads

Sebenarnya kak ida dah lama tak pergi tempat macam tu sejak ada abang-abang dia lagi. Tapi yang ni tak sangka nak jadi sebab tak terfikir pun. Allah serik sungguh. Kak ida dah celakkan Rawda tetap suka juga.. Tak boleh bayang macam mana biru badan dia.. uiii dah nak dapat anak pun bukan senang, perempuan seorang ni je.

Sungguh serik.. maafkan kak ida sebab tak jadi ibu terbaik.. kak ida share sini supaya ramai lagi ibu-ibu lebih berhati hati dari kak ida.

Ibu Dah Serik! Anak ‘Ditegur’ Selepas Mandi Air Terjun, Tiba-Tiba Demam Dan Badan Jadi Kebiruan

Jangan kecam..kak ida dah lali dengan kecam ni.. cuma sebagai pengajaran bukan kat kak ida seorang..untuk semua juga  sebab kita manusia tak lari dari kesilapan.

#eidahidayatihassan
Moms to 3 kids

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI