Beberapa hari lalu tular gambar bayi dan ibu yang terlibat dalam kemalangan akibat daripada kain yang dipakai mangsa tersangkut pada rantai motor suaminya.
Demi menyelamatkan bayinya yang baru beberapa hari lahir, mangsa sanggup menghempaskan diri agar si kecil tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu. Tiada siapa yang inginkan kemalangan berlaku lebih-lebih lagi melibatkan anak kecil. Namun kecuaian kecil boleh membawa padah.
Kisah ini dikongsi oleh pemilik facebook Maha Rani dan rata-rata wargaNet bersimpati dengan kedaan ibu yang masih berpantang. Beberapa keping gambar juga memperlihatkan mangsa masih dalam keadaan berpantang melalui cara pemakaian iaitu berstokin dan berbengkung.
Dalam perjalanan ke Koperasi Redang Punggur, saya sempat membantu mangsa jatuh motor kerana kain isterinya tersangkut pada rantai motor.
Isterinya sedang mengendung anak kecil dan isterinya masih dalam pantang. Kejadian berlaku di hadapan SMK Sultan Abdullah Chenderong, Balai Labu Kubung.
Nasib baik kedua anak mereka tidak mengalami kecederaan. Mangsa nak pergi klinik nak buat rawatan selepas bersalin.
Alhamdulillah semua selamat kecuali ibu dalam mengerang kesakitan mungkin terhempas. Itulah kasih ibu sanggup dirinya terhempas demi memastikan anak kecilnya selamat. Masya Allah!!
Sumber: Maha Rani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pandai Fahri Kenal Baba Dia,” Dayah Bakar & Suami Akhirnya Kembali Bersama, Fahri Dah Jumpa Baba!
Kisah perjuangan wanita bernama Dayah Bakar ini cukup luar biasa. Benar, isteri seorang anggota tentera sering ditinggalkan suami dek desakan tanggungjawab suami, namun ujian yang dilalui oleh wanita ini cukup berbeza berbanding isteri tentera yang lain bila terpaksa berdepan dengan masalah pandemik yang mengancam dunia.
Disahkan mengandung ketika baru seminggu suami meninggalkan tanah air pastinya ujian yang cukup berat buatnya. Apatah lagi melalui tempoh sembilan bulan mengandung dan melahirkan sendirian tanpa ditemani suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang berada di Australia bagi melunaskan tanggungjawab kepada negara selama tempoh dua tahun.
Cukup setahun tidak bertemu, kini pasangan ini sudah pun kembali bersatu selepas Dayah membuat keputusan untuk bersama suaminya di Australia.
Demi menemukan Fahri dan babanya, Dayah tekad untuk terbang ke bumi Kanggaro itu pada 5 Januari lalu bersama anaknya, Achbar Muhammad Fahri. Selepas 14 hari tempoh kuarantin, akhirnya Dayah dan suami kembali bersatu selepas setahun tidak bertemu.
Khabar gembira ini dikongsikan menerusi instagram kelab peminat rasmi Dayah sendiri iaitu @dayahlova. Tersentuh hati melihat perkongsian gambar-gambar saat pertemuaan keluarga kecil ini. Satu kerinduan yang tidak terungkap. Akhirnya Allah mengizinkan untuk keluarga kecil ini bersatu.
Gambar ketika bertemu di lapangan terbang dengan pelukan erat suami Dayah sudah cukup menggambarkan betapa kerinduan yang selama ini terpaksa disimpan kemas.
“Alhamdulillah MashaAllah Tabarakallah,
“Kembali bersatu. Happy moment for them. Terima kasih semua di atas doanya,” tulis kapsyennya.
Malah perkongsian empat keping gambar berlainan entri yang dikongsikan peminat Dayah itu sudah cukup menggambarkan pertemuan penuh bahagia itu.
Keempat-empat entri itu mendapat jumlah tanda suka daripada seluruh peminat Dayah di instagram tidak kurang juga yang menitiskan air mata dengan pertemuan kembali keluarga itu.
Tidak kurang juga yang terhibur melihat aksi Fahri yang tersenyum lebar didukung ayahnya, seolah-seolah mengenali bapanya yang tidak pernah ditemuinya itu.
“Ya Allah Fahri.. senyuman dia.. gembira dia babanya dukung”.
“Subahanallah. Alhamdullilah Allah penentu segala, semoga bahagia milikmu sekeluarga adik.Insyaallah.Amin”.
“Pandai Fahri mungkin dia kenal tu baba dia. Happy dia”.
Tak sabar melihat perkongsian video daripada Dayah sendiri di Youtube Channelnya sedikit masa lagi. Momen yang ditunggu-tunggu peminatnya. Semoga keluarga kecil ini terus bahagia dan menghabiskan masa bersama sebaiknya.
Terdahulu, Dayah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Hanif Hamidi pada Julai 2018. Kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri yang menjadi tanda cinta keduanya.
Artikel berkaitan: One Step Closer To See Baba, Dayah Bakar Selamat Tiba Di Australia, Fahri Bakal Bertemu Baba!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Geran Untuk Pengendali Taska Patuhi & Laksanakan SOP, Ibu Bapa Dapat Insentif Cukai!
Pengumuman dari YAB Tan Sri Dato; Haji Muhyidin Haji Mohd Yassin sebentar tadi pastinya membuka sedikit ruang dan keyakinan kepada pengusaha taska dan ibu bapa untuk menghantar kembali anak-anak ke taska.
Melalui pengummam yang dibuat, Perdana Menteri turut memaklumkan pemberian insentif yang memberi kelebihan kepada ibu bapa. Pastinya ia memberi sedikit kelegaan dan memberi penambahbaikan untuk kedua-dua pihak.
“Bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar semula anak-anak mereka ke taska, kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan,” katanya.
Selain itu, e-Baucar akan disediakan untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah dalam talian.
Paling menarik, insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak akan juga turut diberi sehingga RM3,000. Langkah ini akan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat dan LHDN. Hal ini pastinya memberi sedikit kelegaan terutama kepada ibu bapa yang membayar cukai pendapatan setiap tahun.
Bantuan Untuk Ibu Tunggal Dan OKU
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa bantuan lain yang memberi pulangan bermanfaat untuk semua. Malah ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya juga tidak terkecuali.
Antaranya bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan, kerajaan akan memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia.
Dianggarkan 300 ribu pencari kerja akan mendapat manfaat melalui dua insentif iaitu:
Pertama: Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja; dan
Kedua: Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
Paling menarik, untuk golongan ibu tunggal OKU turut sama diberikan perhatian. Sehubungan itu, lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka.
Bayaran ini InshaAllah akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha. Kerajaan juga akan memperuntukkan geran kepada pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Makan Tak Perlu Pantang Sangat” Doktor Kongsikan Cara Luka Berkhatan Sembuh, 1-3 Minggu Dah Baik!
Bila anak bersunat atau berkhatan, orang yang paling bimbang pastinya ibu kerana risau tidak pandai menguruskan luka di bahagian alat sulit.
Jangan bimbang dan tidak perlu takut apa lagi hendak membersihkan tempat luka kerana luka berkhatan ini akan kembali pulih dalam masa satu hingga tiga minggu.
Menurut perkongsian Dr. Adelin Zin yang turut dikongsikan Public Health Malaysia, luka berkhatan berbeza setiap kanak-kanak. Namun ini proses yang perlu mak ayah tahu.
Menurut perkongsian Dr Adelin, sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada zakar yang tenggelam menyebabkan luka nya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.
Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suh tadah depan kipas kasi kering.
Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anak nya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.
Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci.
Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa.
Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?👌🏻
*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Kredit: Dr. Adelin Zin via Public Health Malaysia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI