Mulai Januari 2019, KKM akan mengisytiharkan semua restoran sebagai kawasan larangan merokok. Ini merupakan berita gembira untuk semua yang terkesan akibat asap rokok ketika menjamu selera di kedai makan terutama ibu hamil dan bayi. Selain membahayakan kesihatan orang awam, bau asap rokok juga sangat menggangu!

(Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.)

Ibu & Bayi Dapat Menikmati Makanan Dengan Persekitaran Tanpa Asap Rokok Menjelang Januari 2019!

Gambar Hiasan

SUNGAI PETANI – [DIKEMASKINI] Mulai 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan  di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, setakat ini, larangan itu hanya berkuat kuasa untuk restoran makanan yang berhawa dingin, bangunan kerajaan, taman awam, lif termasuk kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, semua restoran sama ada tidak berhawa dingin dan tidak terkecuali gerai mahupun warung makanan di tepi jalan turut akan diisytiharkan kawasan larangan merokok.

IKLAN

“Larangan ini akan dikuatkuasakan mengikut sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 digubal di bawah Seksyen 36 Akta Makanan 1983,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan International Conference on Lifestyle Diseases anjuran Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (Universiti AIMST) dan AIMST Medical Student Alumni Association (AMSAA), di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor Universiti AIMST Profesor Emeritus Dr Harcharan Singh Sidhu.

Menurutnya, individu yang gagal mematuhi peraturan di zon larangan merokok boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

IKLAN

“Pemilik premis makanan turut berdepan tindakan penguatkuasaan yang membawa denda RM2,500 sekiranya mematuhi peraturan seperti termaktub dalam larangan merokok,” katanya.

Dr Boon Chye berkata, walaupun larangan tidak mendapat persetujuan semua pihak terutama pemilik perniagaan yang mendakwa akan menjejaskan perniagaan mereka, namun budaya merokok yang dibiarkan berleluasa akan meningkatkan kos rawatan perubatan.

“Untuk jangka masa panjang, larangan merokok akan memberi impak yang positif terutamanya menerusi larangan ini, kita dapat menghormati hak individu tidak merokok supaya ketika menikmati makanan dengan persekitaran tanpa asap rokok.

IKLAN

“Dengan larangan ini, pihak KKM yakin lebih ramai orang boleh memilih mana-mana restoran atau gerai mahupun warung untuk menikmati makanan dengan keadaan yang selesa,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya tiada larangan untuk menjual rokok di premis makanan sekiranya pengusaha terbabit memiliki lesen

“Merokok dan menjual rokok adalah dua perkara yang berbeza,” katanya.

Sementara itu, Dr Boon Chye berkata, KKM masih belum mendapat keputusan muktamad mengenai punca kematian mangsa keracunan dikaitkan dengan laksa yang dipercayai dibeli di Baling.

“KKM sedang membuat siasatan mengenai punca dan apakah jenis racun yang mencemari makanan berkenaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI