Dugaan yang hadir dalam kehidupan ada dalam pelbagai cara. Seperti yang dialami oleh Tuan Muhammad Shahrul Azlan dan pasangan Siti Nur Amira Ibrahim apabila diuji mempunyai anak yang masih kecil menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati.
Anak perempuan pasangan ini, Tuan Nur Raisha Mikayla yang kini berusia 7 bulan perlu melakukan pembedahan pemindahan hati dengan kadar segera. Dalam satu perkongsian yang dibuat di Facebook Tuan Rafa Azlan memohon bantuan orang ramai untuk memberikan sumbangan ikhlas bagi menampung kos pembedahan perempuannya itu yang berjumlah RM160 ribu.
Melalui akaun Facebook itu juga Tuan Rafa Razlan dilihat sering mengemaskini tentang keadaan anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di PPUM.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Tuan Nur Raisha Mikayla Binti Tuan Muhammad Shahrul Azlan telah dilahirkan pada 4 Jun 2019 dan disahkan menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati semasa berumur 2 bulan dan telah menjalani pembedahan Kasai pada usia 79 hari untuk membuang hempedu serta menyambung usus kecil kepada hati.
Selepas pembedahan tersebut, beliau telah dimasukkan ke wad untuk proses pemulihan pada 08/12/19 doktor declare pembendahan Kasai tersebut tidak berjaya dan perlu di hantar ke PPUM pada 06/01/20 untuk proses pemindahan hati dan sekarang dalam proses workup transplant untuk pembedahan tersebut..
Insya Allah, ibu Raisha Mikayla sendiri iaitu Siti Nur Amira Bt Ibrahim akan menjadi penderma hati kepada adik Raisha.
Disebabkan masa tidak banyak untuk pemindahan hati ini, saya Tuan Muhammad Shahrul Azlan Bin Tuan Abdul Rahman ayah kepada anak ini memohon bantuan rakyat Malaysia untuk memberikan sumbangan seikhlas hati untuk membantu mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan berjumlah RM160,000 secepat yang mungkin selewatnya awal April 2020.
Doa daripada anda juga sangat diharapkan supaya pemindahan hati ini berjaya dan Raisha Mikayla sihat seperti kanak-kanak yang lain.
Sumbangan boleh diberikan melalui akaun (CURRENT ACCOUNT):
513041231892
Maybank
Tuan Muhammad Shahrul Azlan Bin Tuan Abdul Rahman
Nombor telefon untuk dihubungi:
+60 14-399 9306
+60 14-399 9306
+60 14-399 9306
#BiliaryAtresia #BAMA #PrayForRaisha
Sumber: Tuan Rafa Azlan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tunku Azizah Pun Geram. Bertuahnya Awak Dik Dapat Peluk & Cium Dari Permaisuri.”
Biasanya bila tengok anak-anak yang badan bersemangat, ramai dalam kalangan kita rasa geram. Selalunya bahagian pipi, lengan dan paha akan jadi perhatian untuk dipegang, digomol atau dicubit manja.
Kalau pergi mana-mana pasti akan jadi perhatian tambah pula jika anak itu jenis mudah mesra dan tak takut orang. Seperti perkongsian di Tik Tok @adib_amsyar21, satu video yang tular menunjukkan anak yang mesra dipanggil Adib ini telah mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam video tersebut, ibu Adib memberitahu rezeki Adib dapat berjumpa dengan Raja Permaisuri Agong tak sangka pertemuan ini sangat bermakna buat mereka sekeluarga.
Tengok layanan yang diberikan sungguh ramah dan terserlah sifat keibuan dalam diri Tuanku. Tuanku sanggup berhenti sekejap dan melayan walaupun nak cepat.
ARTIKEL MENARIK
[Pakar Psikologi Larang Ibu Ayah Guna Ayat Ini Semasa Cakap Atau Marah Anak]
[Anak Lelaki Manja, Minta Peluk & Cium Layankan Je.” Nanti Besar Kita Pula Rindu!]
Apa yang menjadi perhatian adalah momen ketika Adib dipeluk oleh Tunku Azizah yang ternyata geram dengan kecomelannya. Walaupun baru pertama kali berjumpa, semasa Tunku Azizah masuk ke dalam lif, Adib sempat lagi melambai.
“22.11.22 | Tuesday – Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu”
Menerusi ruangan komen ramai yang menyatakan bila Adib besar nanti mesti akan bangga kerana pernah dipeluk oleh orang nombor satu dalam Malaysia. Malah ada yang menyuruh ibu Adib simpan elok-elok video ini sebagai kenangan.
“Tuanku geram tengok dia comel sangat
“Boleh masuk dalam resume nanti dah besar😅 experience “pernah dipeluk permaisuri agong”
“Mesti bangga bila besar,..mase kecik-kecik pernah kena peluk cium dengn permaisuri🥰🥰”
“Tuanku jika dengan budak-budak memang macam tu…. Jiwa keibuannya”
Video Penuh:
@adib_amsyar21 22.11.22 | Tuesday – Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu #fyp #budakgemoyyy🖤 #kesayangan #daulattuan #tengkupermaisuri #istananegara ♬ Fall In Love Alone – Sped Up Version – Stacey Ryan
Perkongsian tersebut telah mendapat 1.6 juta tontonan, 167.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat comel Adib.
Sumber: tiktok adib_amsyar21
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Ziarah & Terima Tetamu, Ashraf Muslim Trauma Nak Beraya, Bimbang Sebar Virus Walau Dah Bebas Covid-19
Pada pertengahan April yang lalu, pelakon Ashraf Muslim disahkan positif Covid-19 sekembalinya dia dari menjalani penggambaran drama bersiri di luar negara bersama-sama beberapa pelakon dan team produksi yang terlibat.
Selepas dirawat dan dikuarantin selama 25 hari di Pusat Kawalan Kusta Negara, Hospital Sungai Buloh, dia akhirnya disahkan bebas dari jangkitan penyakit tersebut.
Walaupun begitu, akui pelakon ini kepada sebuah akhbar tempatan bahawa dia masih lagi trauma dan bimbang hendak bertemu sanak saudara dan kini lebih berhati-hati.
“Saya masih trauma, hendak pergi beraya rumah keluarga pun saya berfikir. Sebagai bekas pesakit COVID-19, apa yang saya lalui bukanlah suatu yang mudah.
“Saya takut saya jadi ejen penyebar walaupun saya sudah disahkan bebas COVID-19.
“Kalau dalam kalangan keluarga tidak mengapa. Tetapi, kalau orang luar berjangkit, saya lebih rasa bersalah.
“Sehubungan itu, saya lebih berhati-hati dan tidak melakukan ziarah atau menerima tetamu,” katanya.
Malah, Ashraf tidak mahu dijangkiti virus berkenaan sekali lagi.
“Mereka yang tidak pernah dijangkiti COVID-19 tidak tahu bagaimana seksanya menjadi pesakit yang dikuarantin.
“Penyakit ini bahaya… Walaupun tidak nampak sakit, ia sebenarnya memberi kesan kepada emosi kita.
“Cara kita berfikir pun berbeza,” katanya.
Ashraf berkata, Dayana yang merawat pesakit COVID-19, sering menasihati dirinya agar berjaga-jaga.
“Dayana risau, seluruh keluarga juga bimbang. Jika keluar rumah, kami menjaga kebersihan.
“Biarpun sekadar keluar ke kedai, saya tetap membasuh baju yang dipakai,” katanya.
Komunikasi kunci keharmonian rumahtangga Ashraf Muslim
Mengamalkan kehidupan berpoligami, pelakon Ashraf Muslim berpegang kepada faktor komunikasi sebagai kunci keharmonian.
Apatah lagi ketika meraikan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kebimbangan terhadap penularan COVID-19, kesepakatan antara pasangan amat penting bagi memastikan semuanya lancar.
Ashraf atau nama sebenarnya, Muhd Ashraf Muslim bersyukur dia dapat menjalin komunikasi efektif bersama kedua-dua isterinya, Dr Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
“Komunikasi paling mudah adalah berbincang. Contohnya, duduk bersama dan berunding tahun ini di mana kita hendak beraya.
“Apabila tiada komunikasi, itu yang pening hendak balik beraya di mana.
“Tidak kiralah beristeri satu atau dua, kalau ada komunikasi yang baik, mesti tiada masalah.
“Apabila tiada komunikasi, itu yang jadi tunggang terbalik. Kita sebagai ketua keluarga kena mainkan peranan penting. Kita mesti tahu tugas masing-masing,” katanya kepada BH Online.
Isteri-isteri setiasa berkerjasama dalam semua hal
Ashraf berkata, kemanisan sesebuah institusi keluarga itu terletak kepada kerjasama.
“Sebenarnya, keseronokan Aidilfitri bukan pada sedap atau tidak juadah yang dihidangkan, tapi kepada usaha untuk menyediakannya bersama-sama.
“Memori itu yang kita akan ingat sampai bila-bila. Kalau sedap makanan itu, ia bonus buat kita.
“Tetapi isteri-isteri saya tidak pernah masak tak sedap. Mereka bekerjasama memasak dari malam raya untuk kami sekeluarga,” katanya.
Ashraf berkata, isteri-isterinya menyediakan rendang, kuah kacang, ketupat dan nasi impit bersama-sama.
“Seperti tahun-tahun lalu, mereka sama-sama memasak. Apabila semua perkara dilakukan bersama, pasti dapat rasa kemanisan itu,” katanya.
Menerusi perkahwinan pertama dengan Dayana, Ashraf dikurniakan cahaya mata lelaki. Bersama Sakinah, mereka dikurniakan tiga anak.
Sambut Aidilfitri secara sederhana
Biarpun kali ini Aidilfitri disambut secara sederhana, pelakon berusia 39 tahun ini bersyukur masih berkesempatan meraikan Syawal bersama keluarga.
“Sambutan kali ini cukup sederhana. Solat sunat Aidilfitri pun dilakukan di rumah dan kali pertama saya menjadi imamnya,” katanya.
Jika mengikut perancangan awal, Ashraf akan membawa isteri dan anak-anak beraya di kampungnya di Melaka. Ini disusuli kampung Dayana di Gombak dan Sakinah di Ipoh, Perak.
“Namun, disebabkan PKPB, kami di Kuala Lumpur. Selesai beraya di rumah, kami menziarahi keluarga berdekatan. Itupun hanya dua rumah yang kami pergi,” katanya.
Sumber: BH Online & Instagram Ashraf Muslim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibu Mertua Tuduh Kahwin Anaknya Kerana Harta.” Isteri Ini Terus Sabar Demi Keredaan Allah
Wanita terlihat lembut dan lemah, tetapi sebenarnya tidak. Sekali hatinya terluka, smpai bila pun sukar untuk mengubatinya. Mungkin luka itu sembuh, tetapi parutnya akan terpahat selamanya.
Sama seperti luahan hati isteri ini. Pedihnya terasa, suami menduakannya. Bahkan ibu mertua juga tidak berpihak kepadanya. Sedih apabila kedudukannya sebagai isteri diperlekehkan.
Ikuti luahan hati isteri ini.
Kenalkan nama, saya Sumaiyah. Seorang isteri yang mempunyai 4 orang anak. Berumur 30an. Perbezaan umur dengan suami 8tahun. Suami lebih tua dari saya. Saya berkahwin muda ketika berumur 22 tahun. Kami boleh dikatakan sweet couple oleh orang keliling kami.
Apa yang dilalui oleh kawan confessor dilalui sama dengan saya, yang mana suami baru terkantoi dalam 5 hari lepas. Sebelum penulisan dibuat, banyak kali saya memikirkan ianya mengaibkan suami atau tidak. Ini kali pertama saya meluah dalam facebook.
Ada Lebih Dari 1 Handphone, Untuk Berhubung Dengan Perempuan Lain
Sebelum ini, nak tag atau share di facebook tentang suami juga tak pernah. Tapi untuk bercerita dan meluahkan, saya memilih untuk menulis. niat tidak lebih dari itu. Suami yang saya sangat percaya, mempunyai handphone lebih dari satu dan menyimpan handphone di dalam kereta.
Setiap kali pergi ke kerja atau outstation dia akan guna dan bawa hp tersebut untuk bermesej dengan perempuan yang lebih dari satu. Yang sorang ex-gf nya yang hampir 15 tahun die kenal. Yang tidak berkahwin dan seorang lagi perempuan yang bekerja dengan adiknya, seorang janda anak 4.
Ini bukan kali pertama dia menipu saya, ini kali ke berapa kali saya ditipu. Dari mengandung anak pertama hingga anak ketiga. Dan tempoh perkahwinan hampir 10 tahun. Kalau ikutkan hati kali ini, memang saya memilih untuk bercerai memandangkan kewangan saya dah mencukupi dan saya dah reda tiada jodoh.
Ibu Mertua Menangkan Anaknya, Saya Dituduh Perampas
Cuma beza dari story confessor sebelum ni, ibu mertua saya sangat melukakan hati saya. Setiap kali tahu kami bergaduh, dia akan menangkan anaknya yang dah hampir umur masuk ke 40an tu. Setiap kali gaduh dia akan cakap, saya merampas anaknya dari perempuan itu yang mana ex gf suami yang dulu. Hubungan ex-gf dan ibu mertua sangat rapat. Kerap memberi makanan dan barang.
Saya tau hubungan suami dan perempuan itu, selepas saya beli baju nikah. Ya, saya tahu saya bukan menantu pilihannya. Cuma saya sebagai menantu sangat sedih dengan apa yang ibu mertua katakan. Sampai sekarang saya masih teringat memandangkan saya record perbualan kami.
Cuma untuk ibu mertua saya, saya hanya ingin meluah rasa, saya sudah mencuba jadi menantu yang baik. Saya sudah cuba menjaga hati suami dan ibu mertua yang saya sayang seperti ibu bapa saya. Setiap kali datang rumah, ibu mertua takkan makan makanan yang saya masak. Hanya minum sahaja.
Belum lagi usik tentang adik2 ipar yang tidak sukakan saya. Mereka akan bercakap dengan kakak ipar yang dorang suka sedangkan saya paling tua dia situ kalau dari segi pangkat, walaupun dari segi umur saya paling muda.
Adik Ipar Suka Malukan Saya, Semua Benda Serba Tak Kena
Saya tau dorang golongan profesional kesemuanya. Saya bukan sebaris mereka. Tapi bukan sebab itu, saya perlu diperli dan dihamun kerana tertidur selepas penat menghadiri majlis (ketika itu saya tengah mengandung ) oleh adik ipar.
Belum lagi adik ipar yang suka screenshots segala yang saya update di facebook. Apa yang saya pakai menjadi topik perbualan. Sedangkan apa yang saya pakai, semuanya dibeli sendiri.
Untuk suami saya, dia dah berjanji tidak akan mengulangi semuanya. Saya? Adakah saya percaya? Saya pun tak pasti. Tapi masa akan menjadi pengubat. Saya sentiasa percaya setiap yang keluar dari mulut suami saya.
Saya tak menghukum suami saya, saya melayan dia lebih dari sebelum ini. Saya anggap ini kekurangan saya dekat dia. Mungkin saya berkasaerkerana terlalu penat mengurus anak.
Saya tak nak tau ape die buat sebelum ni, sama sebelum kejadian. Allah yang tunjuk semua ni tanpa saya korek apa yang dibuat selama ini. Saya tidak pernah ambil tau ape yang dibuat sebab saya percayakan dia. Walaupun ibu mertua selalu cakap saya yang kuat jeles.
Saya juga pernah menyuruh suami berkahwin dengan ex-gf nya dan duduk serumah dengan perempuan itu dengan saya. Tapi suami tidak setuju dan tidak mahu berkahwin.
Untuk suami, saya dah cuba jadi yang terbaik. Dengan rupa yang saya ade, dengan umur yang masih muda, saya percaya tidak ada wanita yang sanggup perjudikan masa muda untuk menjaga anak di rumah. Anak- anak kita menjadi orang hebat dan ikut acuan yang awak nak. Belajar ilmu agama, dan bakal menjadi hafidz.
Berkorban Untuk Masa Depan Anak-Anak
Saya berkorban harini bukan untuk siapa2, kecuali masa depan yang cerah untuk anak- anak kita. Saya yang menjaga, mengajar, menghantar mereka ke tuisyen dan sekolah setiap kali awak ke kerja atau outstation.
Saya percaya, Allah maha mendengar. Allah tau yang saya korbankan. Tidak akan ada yang sia2 untuk pengorbanan ini. Harini saya masih tersenyum dan gembira dengan suami dan anak2. Saya percaya walaupun tidak bekerja di luar. Tetapi rezeki saya tidak pernah kurang dan sangat mencukupi untuk saya dan anak2 serta ibu bapa atau kakak dan adik saya ketika susah.
Saya mungkin miskin pada mata ibu mertua dan adik ipar duai saya. Tapi hidup saya tidak sesukar orang lain, sudah cukup untuk saya. Dapat tidur yang tenang tanpa fikir apa2 ,bagi saya masih menjadi rezeki.
Untuk ibu mertuaku, yang selalu memandang rendah padaku, saat ibu memerli saya dalam bahasa english (yang mana dia tahu saya tidak pandai english), saya okay. Ibu mertua ku, selama ini saya yang menjaga cucunya. Sayala menjaga anaknya selama ini.
Ibu mertuaku menganggap saya tidak ada apa- apa, dan selama ini ibu mertua juga menganggap saya nakkan anak dia kerana mereka berharta. Demi Allah. Dari kawin sampailah 5 bulan lepas baru saya menerima nafkah dari suami.
Saya yang sebelum ini pernah bekerja, suami pernah cakap dia tak akan bagi, selagi saya ada duit. Hinggalah baru 5 bulan, selama bertahun kawin, baru saya menerima nafkhah baru-baru ini. Ibu mertua tidak pernah tahu, segala perabot di rumah, baju semua anak saya yang beli, bil elektrik dan bil astro semua saya yang membayar ketika saya ade duit. Tak pernah sekali ibu mertua saya tau.
Suami Seorang Yang Baik & Menjaga Solat
Suami saya masih suami yang baik, makanan dan anak-anak masih dijaga. Masih solat. Cuma saya tak tahu mana silapnya saya sebagai isteri. Saya sebelum ini masih memakai seperti perempuan lain, tapi sejak anak makin membesar saya cuba melabuhkan pakaian saya, tudung saya, mungkin suami rasa lain. Saya faham. Tapi saya hanya cari keredaan Allah.
Saya bertahan demi anak2 yang saya sayang, bertahan untuk tidak menyusahkan kedua ibu bapa saya yang makin tua, bertahan kerana memikirkan kalau bercerai siapa yang ingin menjaga suami saya yang mana lagi 10 tahun hendak masuk umur 50an.
Saya boleh berkorban semua demi orang lain. Sebab saya percaya. Allah rencanakan yang terbaik untuk saya. Mungkin anak akan menjaga saya atau saya dapat menghabiskan masa tua yang tenang dengan anak yang saya sayang.
Ada kala orang menganggap saya bodoh. Saya tau perempuan simpanan, suami atau sesiapa saja mesti gelakkan saya.Tapi bezanya saya mencari reda Allah. Saya tidak mencari musuh dan saya mencari pahala. Saya yakin. Dan sangat yakin. Allah akan memberi hadiah lebih besar dari ini untuk saya.
Kalau sekali pun saya tidak tertulis mendapat kebahagian di dunia. Saya harap dapat disana nanti. Alhamdullilah Allah bagi saya kekuatan hati. Saya tidak lagi menangis. Tetapi lebih kepada redha.
Kawan2 doakan saya ya. Doakan saya menjadi isteri dan ibu yang baik untuk semua orang. Alang2 dah separuh umur, saya akan terus berjuang untuk kelebihan umur yang saya ada untuk bahagiakan semua orang keliling saya.
Buat masa sekarang, saya terpaksa tidak friend dengan semua adik ipar di facebook, bukan kerana saya marah. Tapi untuk mengelakkan saya sedih sebab melihat mereka sentiasa komen dan like gambar ex-gf suami saya.
Saya cuma buat untuk mengelak supaya tidak ada lagi marah dan benci. Cuma masih focus pada anak. Saya tahu mereka semua marahkan saya. Tapi ini sahaja saya ada untuk menjaga hubungan yang sedia rapuh.
Terima kasih ya Allah. Ini ujian hidupku. Semoga dengan kesabaranku, kau angkatlah darjatku ketika pemergianku. Dan menjadi kerinduan yang manis untuk semua yang pernah tidak berpeluang menyayangi ku.
Menantu dan ipar bukan pilihan,
– Sumaiyah (Bukan nama sebenar) via IIUM Confession
Bagi anda yang mempunyai pengalaman atau pengakuan menarik untuk dibuat, boleh klik KONGSI CERITA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI