Pengalaman setiap ibu mengandung dan bersalin tak sama. Ada yang semuanya ok sejak dari awal mengandung hinggalah proses bersalin, tetapi ada juga sejak dari awal kehamilan terpaksa berulang alik ke hospital.
Percayalah setiap apa yang dilalui itu, ganjaran yang menanti sangat besar di sisi Allah. Cuma jangan putus berdoa kerana itulah kekuatan untuk diri sendiri. Ingatlah tak semua orang bernasib baik mempunyai anak sendiri. Jadi bila Allah kurniakan rezeki anak, berterima kasihlah walaupun saat itu kita rasa sukar.
Perkongsian dari seorang ibu, Nurul Syifa ini mungkin memberi sedikit kerisauan buat ibu yang alami GDM masa mengandung tetapi jika betul-betul jaga pemakanan dan ikut nasihat doktor, semuanya pasti dipermudahkan.
Bayi tersangkut bahu waktu proses bersalin
Nak share sikit pengalaman ngeri saya bersalin anak kedua kali ni. Tapi saya ringkaskan cerita. Masa mengandung kali ni saya ada GDM on diet.
Perkara yang tak dijangka berlaku waktu bersalin saya telah melahirkan baby shoulder distocia (bayi tersangkut bahu/stuck) secara normal. Pada 4/7/2020 hari Sabtu jam 6 pagi lepas subuh saya dari rumah ke hospital sebab dah rasa sakit nak bersalin. Tapi sakit contraction tak berapa kuat masa tu siap boleh jalan pergi dewan bersalin dan daftar.
Lebih kurang jam 7 pagi ctg di pasang untuk check jantung baby. Sementara tu check jalan dah buka 5 cm saya dimasukkan ke labour room jam 8 pagi. Sejam kemudian sakit contraction makin kuat.
Jalan dah buka 10 cm dan nurse ready nak sambut baby. Kepala baby dah keluar tapi di bahagian bahu baby sangkut tak berjaya keluar sepenuhnya. Keadaan dalam labour room mula menjadi kelam kabut. Staff menjerit memanggil doktor on call untuk minta bantuan kerana baby dah lemas. Staff ketika itu bertungkus lumus cuba untuk selamatkan baby. Mereka terus paksa saya dan bagi kata-kata semangat suruh teran lagi walaupun masa tu saya dah tak ada kekuatan untuk meneran. Saya begitu lemah kerana bleeding teruk.
Dalam beberapa minit dengan kuasa Allah dalam sedar tak sedar baby berjaya ditarik keluar dengan selamat walaupun baby ada effect dibahagian bahu kiri (erb’s palsy). Tangan baby tak ada patah cuma dari siku ke bahu tidak ada pergerakan. Apa-apa pun alhamdulillah saya bersyukur dengan kepantasan staff dan doktor yang berpengalaman handle kes begini baby selamat dilahirkan jam 10.12 pagi dengan berat 3.84kg.
Follow up pakar, semakin sembuh
Baby perlu follow up pakar hospital untuk baik pulih saraf bahu baby. Sesi kaunseling bersama doktor-doktor pakar dah dijalankan selepas hari ke-3 saya bersalin untuk explain tentang baby. Pakar kata insya-Allah tangan baby boleh sembuh..
Saya dah habis pantang 44 hari. Alhamdulillah setelah sebulan lebih ada perubahan tangan baby dapat bergerak semula dan sembuh sepenuhnya.
** Pesanan saya kepada ibu-ibu yang ada kencing manis semasa hamil kawal pemakanan anda. Jangan jadi kes seperti saya kerana banyak kesan dari GDM yang tak terkawal memberi effect kepada mommy dan baby.
Pengalaman yang sukar dilupakan menjadi seorang ibu. Sesungguhnya Allah tak akan uji seseorang itu luar dari kemampuannya. Saya doakan ibu-ibu yang sedang menunggu hari dipermudahkan urusan bersalin.
Sumber: Nurul Syifa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI