Susah hati ibu kalau anak jenis cerewet makan. Macam-macam makanan dihidang tetapi anak tetap tak hairan atau teringin nak merasai makanan tersebut.

Perkongsian cara yang dilakukan oleh seorang ibu, Amyra Abas yang mempunyai anak cerewet makan ini boleh dicuba oleh ibu-ibu lain yang melalui masalah sama.

Kadangkala pengalaman yang pernah dilalui sendiri boleh dijadikan tip berguna dan bermanfaat kepada ibu  bapa lain yang turut melalui masalah yang sama.

PUREE BUAH, NESTUM VS BUBUR NASI
-CHAPTER 2-

Saya hanya seorang mumy cicak (arjuna panggil) yang anaknya 2 dan cuma ingin berkongsi pengalaman membesarkan anak picky eater. SY BUKAN PAKAR PEMAKANAN, JAUH SEKALI BUKAN DOKTOR. Saya percaya kita tak perlu beranak 10 kali baru boleh bagi tips kan? Sometimes experience could be our best teacher.

Ramai mintak tips tackle back taste buds anak picky ni. Perlu diberitahu, anak bawah setahun belum boleh di classified as picky eater kerana masih dalam fasa pengenalan makanan. After one year boleh di panggil picky eater rasanya. 

My way :

BALANCED DIET

Beri BUAH as a SNACK. Jangan dibuang buah tu nanti anak mogok dah haruuuuu. Namun main course wajib beri makanan ruji yang seimbang. Selang selikan makanan dia suka dan makanan yang dia perlu makan. Perlu ada carbs, protein, iron dan good fat macam evoo, unsalted butter or ghee. Kalau nampak susah sangat nak terima nasik, buat lah rice balls. 9/10 dari anak picky eater ni TERIMA RICE BALLS dengan mudah. Google for recipe ya.

IKLAN

Ibu Hadapi Masalah Anak Cerewet Makan Boleh Cuba Tip Dikongsi Ibu Ini

TOLONG JANGAN PAKSA ANAK ANDA.

This will make them hate the food more. Mereka akan set dalam mind “SEBAB KAU LAH IBU MARAH, AKU TAKKAN MAKAN KAU”. Let them eat it when they want it. They will. Because? LAPARRRR LAAAAA! Umur dah setahun ni bukan senang nak betulkan lidah anak kita ok. Take time. Masa ni extreme sikit sebab anak akan mula cranky, tantrum, riot against the food. Sabar itu adalah kata kunci utama ya mak pak. Kalau takde kesabaran tu, tak dapekk den nak nolongg aihhh.

KURANGKAN PEMBERIAN SUSU

Percaya tak anak dah set dalam minda nya “TAK MAKAN PUN TAK APA, IBU KASI SUSU”. Bagi yang breastfeed tu saya tak pasti cara terbaik macam mana sebab arjuna fully susu lembu. Adik arjuna, akbar yang fully breastfeed.

Saya kurangkan susu dengan cara:
Pagi bangun tidur 1 kali
Malam nak tidur 1 kali

IKLAN

Selain dari waktu tu saya offer real food, real snacks. Geleng lah kepala tu 1000 kali pun, bila lapar pasti dia datang dalam keadaan menangis atau tantrum sebab nak susu.

Jadi saya gunakan waktu itu sehabis baik untuk suap nasi dengan lauk sambil cakap ABANG MAKAN NASIK NI, SUSU HABIS. Magic nya, habis semangkuk.

AIR MASAK

Sediakan satu botol air masak untuk anak. Tak kisah lah sippy cup, straw cup. Janji beri air masak yang mencukupi. Ajar cara minum air masak. Tunjukkan rasa minat pada botolnya. Insyaallah anak akan suka. Ajar lah dengan sabar.

PLAY WITH FOOD

Hah bab ni best. Bentang satu tikar plastic atas lantai. Beli yang RM10 atau pergi hardware beli alas meja plastic. Bogelkan anak dan makesure pakai pampers. Karang berak kencing merata satu hal pulak. Give them the food. Let them do whatever they want with the food. Monitor. Dalam masa yang sama boleh ajar anak makan sendiri. Ini salah satu cara untuk tarik minat anak terhadap makanan. Arjuna masih dalam fasa makan bersuap sebab dia manja. Nak mumy layan all the time. Tak puas manja adik dah keluar gitu lahhhh.

Baca: Ibu Anak Cerewet Makan Ini Kongsi Cara Terbaik Elak Anak Picky Eater Adalah Perkenal Bubur Nasi Dari Awal!

IKLAN

Ibu Hadapi Masalah Anak Cerewet Makan Boleh Cuba Tip Dikongsi Ibu Ini

PELBAGAIKAN MAKANAN

Jangan beri menu yang sama 1 day.
Contoh :
Sarapan – chicken rice balls
Snack – banana
Lunch – pasta bolognese
Snack – papaya
Dinner – nasi + butter + ikan goreng
Supper – susu

CHEAT DAY

Ingat lah wahai mak, anak pun perlu cheat day. Weekend is the best day for cheat day. Not everyday yaaaa. Beri lah benda manis KADANG-KADANG. Monitor sugar intake anak ok.
Contoh :
Sarapan – susu
Snack – cereal + susu fresh milk
Lunch – nasi goreng telur
Snack – buah
Dinner – pasta carbonara
Supper – susu

Apa apa pun, perlu diingatkan sekali lagi, pengambilan makanan seimbang penting dalam menentukan deria rasa anak dari baby. Jangan lah pulak saya kata beri bubur kosong, berhari-hari beri bubur kosong je. Bosan lah anak tu. Selang seli kan dengan
Puree-bubur-puree-bubur.

Hope posting ini mampu memberi manfaat pada kalian.

Sumber: Amyra Abas

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI