Bagi seorang wanita, melahirkan anak adalah pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Ia antara sakit yang cukup memeritkan tetapi akan rasa nikmatnya bila melihat bayi depan mata.
Cuma bagi ibu yang diuji kehilangan anak selepas melahirkannya, ia satu ujian sungguh besar. Seperti kisah ibu ini, Puan Nur Hakimah Rais, pemergian anak tercinta selepas dua hari dilahirkan benar-benar buatkan dirinya rasa sedih tapi dia reda dengan ketentuan ilahi.
Menerusi perkongsiannya di FB, Puan Hakimah mengakui melahirkan anak keduanya ini sangat mudah sekali pada 8 Ogos lalu. Kelahiran berlaku di rumah tanpa sempat ke hospital tetapi begitu mudah juga anaknya kembali kepada Sang Pencipta.
Berikut perkongsian Puan Nur Hakimah yang sangat menyentuh hati.
Journey pregnant kali kedua ni agak mencabar ya. Tapi lahirnya mudah kat rumah.
8/10/2022 – 8.25 am
Perempuan – 2.74 kg
Tempat – bilik mandi
✅33 week – detect bleeding tapi tak de contraction ke apa. Masuk wad untuk pantauan
✅ 36 week – keluar lendir darah..pi hospital..ingat nak bersalin dah..rupanya dia bertahan lagi ..good job baby
✅39 week – start contraction 11 malam. Layan contraction sampai 4 pagi. 4 pagi tu rasa sakit sangat dah tapi boleh tahan lagi.
Pi hospital cek bukaan baru 2 cm. Contraction jarak 3 minit sekali. Dr bagi balik sebab rumah dekat je ngan hospital. Layan contraction dengan atur teknik pernafasan je.
Berjalan je sekeliling rumahh tuu. Kalau contraction mai..berhenti kejap..
Tarik nafass, tak mampu dah nak buat senaman bukaan ke apa. Last sekali rasa macam kerap sangat dahh sakit.
Tak tahan dahh tapi takut pi spital bukaan macam tak banyak lagi sebab baru pukul 8..
Masuk bilik air mintak suami siram dengan air suam. Siram bahagian belakang kat pinggang..
Sambil kita duduk macam nak sujud. Rumah takde water heater ya.
Manual aja kita panaskan air letak dalam baldi. Kena air panas dia legaa sikit layan contraction.
Sekejap je layan air panas tu. Pop! Meletup air ketuban keluar. Suh suami cepat2 start motor hantar adam pi umah tokmi dia ..Sebab nak pi hospital balik.
Tinggal imah dalam bilik air tu sorang. Tak tahu macamana dia mai rasa nak pushh terus dahh..Memang nak keluar dahh..2/3 kali pushh..Keluarr baby terusss. Sambut sorang diri.
Bapaknya pi hantar adam kejap je ya..Sebab jarak umah tokmi dekat sangatt tak smpai 3-5 mnit rasa..
Abinya balikk nampak imah pangkuu baby dahh..Terkejutt bapaknya. Baru tinggal kejap je..Usahkan bapaknyaaa..Emaknyaa terkejut tiba2 keluar baby ..
Cepat-cepat kol nurse klinik yang incaj kita..Depa mintak nurse-nurse yg bertugas datang sebab hari sabtu cuti. Datang sambut baby..potong uri semua..Dah setel semua..
Ambulan datang angkut pi klinik desa untuk pantau ibu. Baby kena pi hospital besarr. Sebab ibu ada sejarah gbs. Baby kena on antibiotik..
Jadinya berulang kali jenguk labour room pun, takdirnya beranak kat rumah. Dia tetap beranak kat rumah. Sekarang ibu pantang kat rumah.
Anak syurga kami yang Allah pinjamkan sekejap.
Lahir 8/10/2022 ( 8.25 pagi)
Allah ambil semula pinjaman dia
10/10/2022 ( 10.45 pagi)
Reda ketentuan ilahi
Semalam cerita mudahnya sungguh kami melahirkan. Rupanya memang anak yang paling terbaik kami dapat. Anak syurga Allah pinjam sekejap.
Pukul 3 pagi dapat kol dari hospital. Mintak datang tengok anak sebab tak stabil dah.
Sampai je Dr bagitau anak punya paru-paru dah tak dapat nak survive. Dia ada jangkitan kuman pada paru-paru.
Support guna machine pun tak capai oxygen yang stabil. Ubat pun memang dah guna 4 jenis yang kuat.
Memang kena bersedia sebarang kemungkinan. Jadinya lepas tengok baby, kami keluar duk tepi koridor sambil bercakap dari hati ke hati berdua.
Kami memang ikhlaskan dia pergi.
Allah bagi sangat banyak dah nikmat.
Allah bagi mudahnya melahirkan dia.
Allah bagi terlalu banyak sangt dah nikmat.
Sampai kami malu nak mintak lebih- lebih. Cuma berpegang pada kata-kata.
Setiap apa yang Allah bagi kat hamba dia. Mesti itu yang paling terbaik.
Tiada yang lebih terbaik dari Pencipta yang kenal akan hamba dia.
Harini kalau paksa dia survive, belum tentu itu yang terbaik untuk masa depan dia.
Jadi kami serahkan apa yang terbaik untuk dia. Wallahi redhaaa seredhaaanyaaa.
Pangku baby tadi buat terakhirr kali. Sempat tengok dia tarik nafas 3 kali. Pastuu ibu rasa dia pergi dah.
Sesungguhnya ibu halalkan segalanya kat dunia ni. Tarik ibu dan abi nanti kat syurga.
Doakan ibu dengan abinya kuat sekuatnya.
❤️AINUL SYAHIDAH BT SYAHMIEZAN❤️
💞(8/10/2022-10/10/2022)💞
Pergilah kamu bermain di taman syurga💞
Kredit: FB Nur Hakimah Rais
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)