Hati ibu mana tak sedih apabila anak yang dikandung 9 bulan pergi setelah 56 hari dilahirkan. Dhalia Nur Imanni yang disahkan mempunyai masalah kebocoran pada injap jantung ketika dalam kandungan lagi sudah pun bahagia di syurga.
Perkongsian ibunya, Hasni Hasan di facebook menyatakan selepas lahir anaknya menjalani hidup seperti biasa. Malah berat Dhalia pun naik dengan normal dan langsung tak menunjukkan kesakitan.
Malah seawal usia sebulan Dhalia dah pandai senyum bila diagah dan cukup mudah dijaga. Menyusu pun tiada masalah.
Cuma pada hari kejadian itu, Dhalia tiba-tiba lemah longai dan biru. Luahan ibu ini buat ramai yang sebak. Moga terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini.
Dhalia Membesar Dengan Sihat
Keputusan Mengejut Dari Pihak Doktor
Ibu Halalkan Susu Selama Hayat Dhalia
Sumber: Hasni Hasan