Bila hamil memang adakalanya isteri akan mengidam yang pelik-pelik, kadang rasa tak masuk akal tapi itu antara lumrah bila wanita mengandung.
Seperti yang dilaporkan dalam Mstar yang mana seorang wanita yang dikenali sebagai Farhana Zahra, 32 yang mengidam untuk menaiki kereta sorong bayi atau stroller ketika usia kandungan sudah memasuki sembilan bulan.
Seperti yang dilaporkan oleh Mstar, wanita yang mesra disapa Cik Na ini menyatakan bahawa keinginan pelik itu bermula sejak mengandung anak kedua lagi, kira-kira empat tahun yang lalu.
“Dari masa saya mengandung anak kedua dulu lagi saya memang naik stroller. Yang saya pakai sekarang ni stroller yang kedua dah. Saya punya lagi satu masa anak kedua tu masih ada saya simpan dekat rumah.
“Bila orang tengok video tu semua risau takut patah tengok saya duduk dalam stroller tu. Walaupun berat sekarang 64kg, tapi jenama yang saya pakai ini boleh tampung berat saya, tak patah pun,” jelasnya.
@farhanazahra91Korang ade tak ngidam pelik2? Haha share la 🤗🤗🤗♬ bunyi asal – Matmi Waniey
Suami Tak Malu, Faham Isteri Mengidam
Menurut Cik Na lagi, permintaan pelik yang jarang-jarang dibuat oleh ibu hamil ini tidak lagi membuatkan suaminya malu dengan dirinya malah lebih memahami keadaaanya.
“Saya suka berjalan dan shopping dekat Pavilion dan KLCC. Tapi bila dah makin besar perut ni, saya makin tak larat dan penat nak bawa diri, jadi saya naik je stroller anak saya tu.
“Anak nombor dua tu masih naik stroller pada usia tiga tahun walaupun dah boleh berjalan tapi bila saya penat, kami akan bertukar. Dia pula berjalan dan bagi saya pula naik stroller dia. Dia tak kisah pun, yang penting baby sihat.
“Suami saya pun okey je tak malu pun tolak saya dalam stroller. Dia pun faham dan dah terbiasa saya suruh tolak dalam stroller ni dekat depan orang ramai.
“Bila berjalan dalam shopping mall pun, orang tak pandang pelik. Mereka faham bila tengok saya yang boyot ni penat bawa baby,” jelas Cik Na.
Pernah guna Wheelchair tapi tak muat kereta
Video Cik Na naik stroller anak yang dikongsi di Tik Tok meraih lebih satu juga tontonan. Menurut Cik Na dia ada juga menerima kecaman netizen, namun tidak mengendahkan segala kata-kata negatif yang yang dibuat untuknya.
“Saya pun bikan sengaja nak naik stroller tu kalau tak ada keperluan, saya Cuma dah tak larat nak berdiri lama tambah lagi bila due awal bulan Mac ni.
“Saya ada ikhtiar nak guna wheelchair tapi kerusi tu makan space besar. Suami saya memandu sport car jadi tak muat nak masukkan dalam kereta kami.
“Ada juga yang cakap memalukan suami saja bila saya buat macam tu padahal suami saya ok saja siap offer lagi suruh saya naik dia nak tolak. Saya tak faham juga kenapa kena malu,” ujar CIk Na lagi.
Cik Na turut berpesan kepada lelaki yang bakal atau sudah berumah tangga supaya melayan isteri dengan baik ketika mengandung.
Tambahnya kalau isteri mengidam pelik-pelik, layankan sahaja kerana isteri sedang mengandung anak suami juga. Banyakkan bersabar dalam melayan hajat ibu hamil yang hanya mahu menghilangkan keinginan ketika hamil.
Kredit: Mstar
Jom hantarkan gambar comel si pipi pau papa mama di sini! https://forms.gle/Z2vQVEbYfjhtcWxd6
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!