Ibu hamil yang ada kencing manis semasa hamil atau Gestational Diabetes Mellititus (GDM) memang menyukarkan. Perasaan risau timbul setiap kali hendak makan, bimbang akan memudaratkan kesihatan sekaligus memberi kesan kepada anak dalam kandungan.
Justeru perkongsian daripada Dietitian Fizah Sobri untuk penjagaan yang betul buat ibu yang ada GDM pastinya dapat memberikan panduan untuk ibu yang mempunyai masalah sebegini.
Ikuti perkongsian daripadanya:
Pernah banyak kali kes ibu yang ada kencing manis semasa hamil (atau gestational diabetes mellitus) @GDM menangis semasa konsultasi diet bersama saya
” saya dah kurangkan nasi jadi 1 senduk..tapi gula tak cantik lagi..saya lapar puan..tapi takut nak ambil makanan, takut gula tak cantik”
” sekarang pagi pagi takde dah saya makan benda lain..roti wholemeal sahaja…nanti pukul 10 saya lapar saya minum air kosong..paksa diri untuk tahan nanti gula naik”
Kesian sangat sangat ibu ibu ni…
Ibu GDM sentiasa dalam dilemma
- Nak makan tapi takut gula naik
2. Tak makan cukup nanti tak cukup zat untuk anak
3. Makan itu salah ini salah nak makan apa lagi?
Itu sebab ibu ibu,mommies yang ada GDM, WAJIB anda berjumpa dengan Pegawai Dietetik sebab anda tak boleh kawal diet sendiri untuk kawal gula tanpa effect baby.
Dilemma dilemma di atas akan diterangkan oleh Pegawai dietetik cara untuk mommies kenyang,puas makan tanpa menjejaskan zat yang diberi kepada baby.
Secara amnya ia melibatkan penjagaan 3 perkara
- JENIS MAKANAN
– apakah jenis makanan yang perlu diawasi?
– apakah jenis makanan yang bebas diambil?
– apakah jenis makanan yang boleh menaikkan gula dalam darah dengan cepat?
– apakah jenis makanan yang boleh melambatkan gula dalam darah naik?
– apakah jenis makanan yang boleh diambil ketika hypo? - JUMLAH MAKANAN
– kuantiti makanan (karbohidrat,protein,serat) yang sesuai diambil?
-apakah pengganti atau makanan yang sama geng dengan nasi?kalau saya tak makan nasi makan benda lain adakah effect sama?
– bagaimana nak tahu atau anggarkan kuantiti karbohidrat yang saya sudah ambil?
– jika lebih apakah yang perlu dibuat? - JADUAL MAKANAN
– waktu makan berat yang sesuai
– keperluan snek
– keperluan peningkatan kekerapan mengikut trimester
Dan macam macam lagi….
Ini juga ada mommies yang sukar untuk jumpa pegawai dietetik sebab rasa boleh kawal makan sendiri dan sanggup beli supplemen overclaim..
Jangan ye..pegawai dietetik di klinik kesihatan ada 66 orang sahaja..jika anda miss appointment macam mana?
Sementara tunggu untuk jumpa pegawai dietetik saya boleh sarankan ibu membuat 3 perkara di bawah
- Kurangkan atau elakkan pengambilan air manis/mengandungi susu pekat manis
– utamakan yang naturally flavoured seperti air limau, air lemon air barli tanpa gula, susu - Tingkatkan pengambilan serat
– kuantiti sayur hijau WAJIB sama banyak dengan nasi dan WAJIB ada lauk (ayam/ikan/daging/telur) - Makan malam paling lambat 4 jam sebelum tidur.
– jangan makan malam terlalu dekat dengan waktu tidur
Contih tidur pukul 10,pukul 8mlm baru makan.
JANGAN !!!
– perlu makan untuk 2 orang
– beli apa apa supplemen yang kata boleh kawal gdm
– terlalu strict sampai sendiri tak rasa kenyang dan bertenaga
– tidak hadir ke sesi bersama pegawai dietetik anda
Sekian
Sumber: Dietitian Fizah Sobri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI