Kehamilan

Ibu Hamil & Berpantang, Jangan Ambil Ringan Gejala Lenguh Kaki Dan Bengkak Sebelah Kaki!

Share

Ibu hamil dan berpantang selepas bersalin waspada sekiranya ada sakit dan lenguh kaki atau bengkak sebelah kaki, ia mungkin petanda membahayakan nyawa.

Pakar Perunding Kanan O&G, Dato’ Dr Rushdan Noor berkongsi pengalamannya menyaksikan kematian ibu yang baru melahirkan anak akibat komplikasi darah beku ke paru-paru yang dinamakan Pulmonary Embolism.

Saat mendukacitakan melihat kematian pesakit dinamakan Puan M. Kematian seorang ibu bermakna hilangnya seorang ibu kepada anak-anak dan terpisahnya suami isteri buat selama-lamanya.

Proses bersalin lancar namun hari ke-4 selepas bersalin mula lenguh kaki sebelah kiri. Malam ke-6 alami sakit dada & letak minyak angin. Keesokannya Puan M pengsan ketika memandikan anak. 

Gambar hiasan

Suasana cemas, dia dibawa ke hospital dalam keadaan nazak & tidak bernafas. Tiub pernafasan dimasukkan dan CPR dilakukan. Denyutan jantung & tekanan darah berjaya dikembalikan. Ujian mendapati paru-paru dipenuhi dengan darah beku. 3 hari kemudian, Puan M meninggal dunia.  

Gambar hiasan

Perlu faham perubahan fisiologi wanita hamil, darah mudah membeku. Risiko terjadinya Deep Vein Thrombosis (DVT) sangat tinggi. 

Sakit sebelah kaki (sakit betis) semasa hamil / selepas bersalin jangan dipandang ringan. Gejala kaki bengkak, kemerahan dan sakit bila dipicit perlu dirujuk kepada petugas perubatan dengan segera. Lebih serius lagi jika ada tanda sakit dada & jantung berdebar.

Gambar hiasan

Jika dirawat dari peringkat awal, Puan M mungkin dapat diselamatkan. Semoga ia tidak berulang kepada ibu-ibu lain. Pulmonary embolism adalah penyebab kematian ibu yang ketiga paling utama di Malaysia.

Sumber: Rushdan Noor

Published by
Azma ML