
Ibu hamil dan berpantang selepas bersalin waspada sekiranya ada sakit dan lenguh kaki atau bengkak sebelah kaki, ia mungkin petanda membahayakan nyawa.
Pakar Perunding Kanan O&G, Dato’ Dr Rushdan Noor berkongsi pengalamannya menyaksikan kematian ibu yang baru melahirkan anak akibat komplikasi darah beku ke paru-paru yang dinamakan Pulmonary Embolism.
Saat mendukacitakan melihat kematian pesakit dinamakan Puan M. Kematian seorang ibu bermakna hilangnya seorang ibu kepada anak-anak dan terpisahnya suami isteri buat selama-lamanya.
Proses bersalin lancar namun hari ke-4 selepas bersalin mula lenguh kaki sebelah kiri. Malam ke-6 alami sakit dada & letak minyak angin. Keesokannya Puan M pengsan ketika memandikan anak.

Suasana cemas, dia dibawa ke hospital dalam keadaan nazak & tidak bernafas. Tiub pernafasan dimasukkan dan CPR dilakukan. Denyutan jantung & tekanan darah berjaya dikembalikan. Ujian mendapati paru-paru dipenuhi dengan darah beku. 3 hari kemudian, Puan M meninggal dunia.

Perlu faham perubahan fisiologi wanita hamil, darah mudah membeku. Risiko terjadinya Deep Vein Thrombosis (DVT) sangat tinggi.
Sakit sebelah kaki (sakit betis) semasa hamil / selepas bersalin jangan dipandang ringan. Gejala kaki bengkak, kemerahan dan sakit bila dipicit perlu dirujuk kepada petugas perubatan dengan segera. Lebih serius lagi jika ada tanda sakit dada & jantung berdebar.

Jika dirawat dari peringkat awal, Puan M mungkin dapat diselamatkan. Semoga ia tidak berulang kepada ibu-ibu lain. Pulmonary embolism adalah penyebab kematian ibu yang ketiga paling utama di Malaysia.
Sumber: Rushdan Noor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Nak Tolak Rezeki Tapi Ada Sebabnya Kenapa Penting Merancang Kehamilan Untuk Mengandung Seterusnya

Bukan nak tolak rezeki tapi ada sebabnya kenapa penting merancang kehamilan buat seorang wanita. Malah tuntutan menyusukan anak sehingga 2 tahun di dalam al-Quran juga ada hikmahnya. Ibu menyusu yang meneruskan penyusuan boleh merancang untuk mengekalkan penghasilan susu yang cukup untuk anak sehingga 2 tahun.
Ini kerana kebanyakan badan akan kering susunya apabila kembali mengandung. Jadi, susukan anak sehingga 2 tahun yang dituntut dalam al-Quran berikan peluang yang tinggi untuk kita menjarakkan kehamilan. 2 tahun bukanlah terlalu lama. Penyusuan susu ibu tidak terlalu susah dan ia memerlukan semangat yang tinggi dan tidak kenal erti putus asa untuk menyusuri dunia penyusuan. Dapatkan bantuan segera dari mereka yang terlatih dan banyakkan membaca tentang maklumat penyusuan
Bagi yang bersalin secara pembedahan, untuk memastikan luka pembedahan pada rahim betul-betul sihat sebelum mula ‘bekerja’ menampung benda berat semula bagi yang bersalin c-sect. Jika belum sihat sepenuhnya, risiko rahim boleh pecah lebih tinggi untuk berlaku ketika mengandung anak seterusnya. Tanda-tanda hampir terjadi rahim pecah ini ialah parut luka lama c-sect yang sebelum itu mengalami sakit kuat yang tertumpu pada bahagian itu. Bukan sakit contraction ye. Situasi ni kita sebut sebagai impending scar rupture.
Begitu juga kepada yang bersalin normal. Merancang bukan saja untuk yang bersalin czer malah yang bersalin normal pun sebaiknya merancang.
Sebagai jarak selamat untuk badan wanita menstabilkan semula hemoglobin dalam darah sebelum kembali ‘bekerja’ untuk ‘berkongsi’ darah dengan kandungan seterusnya. Jadi, walaupun bersalin normal sudah tentu badan perlukan tempoh pemulihan. Kita nak sihat mesti nak lihat anak membesar. Sihat ibu sihatlah keluarga. Pengambilan makanan sebenar yang sesuai dengan badan sangat penting dan elak makanan yang diproses dan makanan segera.
Makanan dari rumah dimasak sendiri itu yang terbaik. Makanan dari sumber susu lembu, sumber soya, sumber jagung, makanan beryis, yang bergandum dan banyak lagi itu semua melemahkan imun badan. Kembalilah kepada pengambilan diet nusantara yang menyihatkan.
Selain itu, anak kecil perlukan perhatian yang lebih dan anak-anak ini bukan selamanya kecil. Bersalin dengan jarak anak yang rapat seperti setahun seorang barangkali anak yang masih kecil tidak faham dengan kehidupan terpaksa menghadap kemarahan ibu yang biasanya waktu mengandung emosi serba tidak kena dan anak menjadi mangsa.
Jadi, berlaku adil pada anak berikan ruang kepadanya untuk bersama kita lebih sekurang-kurangnya 2 tahun. Selepas 2 tahun, kebanyakkan anak kecil sudah bijak berkata-kata sudah pandai menerima arahan dan mudah faham apa yang kita aturkan.
Akhir sekali, usaha merancang sungguh-sungguh bukan terletak pada diri isteri seorang diri. Tidak adil jika urusan merancang hanya dipikul oleh wanita. Sebagai suami, kalian juga perlu usaha merancang. Tidakkah ada rasa belas kasihan pada tubuh isteri, wanita yang lemah disuntik berkali-kali dengan suntikan perancang dan ada yang makan pil perancang bertahun-tahun demi menjarakkan kehamilan. Mengandung dan menyusukan anak-anak kalian. Fikirkanlah. Seronoknya bersama-sama tetapi hanya wanita berkorban untuk sediakan diri untuk merancang. Benar disebaliknya ada balasan yang baik menanti tetapi fikirkan juga kesediaan tubuh yang mengandung bersalin dan menyusukan tanpa gap untuk berehat boleh memudaratkan.
#ProtectBreastfeeding
Sumber: Ziela Juzaila
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya Kalau Anak Suka Menyusu Sebelah Payudara & Selalu Meragam, Susu Boleh Cepat Kering

Menolak atau meragam ketika menyusu dari ibu boleh disebabkan beberapa punca. Antaranya refleks pancutan susu terlalu perlahan atau terlalu laju ataupun bekalan susu berkurangan.
Menurut Pakar Laktasi, Rita Rahayu Omar, Oleh kerana itulah, bayi lebih suka menyusu dari payu dara yang mana aliran susunya lebih baik dan banyak. Keadaan ini juga menjadi penyebab mengapa saiz payu dara berbeza (satu besar, satu kecil). Kadang kala ini boleh menyebabkan ibu berasa tidak selesa.
5 PUNCA MASALAH ALIRAN SUSU ANTARA PAYUDARA
Antara punca mengapa berlakunya perbezaan bekalan dan aliran susu di antara payu dara ialah:
- Keadaan fizikal payu dara. Semua wanita mengalami keadaan di mana sebelah payu dara mempunyai lebih duktus atau alveoli berbanding yang sebelah lagi. Keadaan ini adalah normal.
- Perbezaan keadaan areola/ puting agak biasa berlaku (puting tenggelam/leper). Keadaan ini menyebabkan bayi lebih mudah dan gemar melekap pada payu dara yang berkeadaan normal.
- Bayi menggemari salah satu belah payu dara sahaja Kebiasaannya, bayi akan lebih menggemari satu belah payu dara. Oleh itu, dia akan menyusu dengan lebih efisyen dan kerap dan menerusi payu dara yang disukainya.
- Ibu gemar susukan bayi dengan salah satu belah payudara sahaja. Antara sedar atau tidak, anda mungkin lebih suka menawarkan sebelah payu dara lebih kerap berbanding yang sebelah lagi. Biasanya perkara ini akan berlaku pada waktu malam apabila ibu tidak perasan kerana terlalu letih atau mengantuk.
- Pembedahan atau kecederaan. Jika salah satu belah payu dara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu.
IBU PERLU SABAR, TERUSKAN MEMUJUK BAYI
Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha anda! Bayi anda mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri anda sedikit masa lagi. Jika dia masih meragam atau enggan, anda harus teruskan rangsangan di payu dara yang sering ditolak bayi dengan memerah sekerap mungkin.
Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amatlah penting dalam usaha untuk mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payu dara yang tidak digemari.
#1: Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.
#2: Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu dan apabila berlakunya pancutan refleks, alih ke payu dara yang sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh praktikkan posisi penyusuan yang lain.
#3: Menyusu di bilik yang gelap atau berkeadaan sunyi dan sepi.
#4: Cuba menyusu sambil berjalan, mengayun-ayunkannya dengan perlahan sehingga bayi menerima payu dara yang kurang digemari.memastikan bekalan susu berkekalan.
SAIZ PAYUDARA JUGA MENJADI FAKTOR
Sekiranya perbezaan saiz payu dara merisaukan puan, di sini Rita turut menyertakan beberapa tip untuk memperbetulkan keadaan:
#1: Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya (pastikan bayi berada dalam keadaan tenang ketika itu) dan lebihkan penyusuan pada payu dara tersebut. Memerah payu dara yang kecil selama 5 – 10 minit selepas sesi penyusuan.
#2: Jika bayi lebih gemarkan payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payu dara yang mana alirannya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (Scissor Hold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu.
#3: Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang mana alirannya perlahan, anda boleh mengepam payu dara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Paksa Buat Anak Jadi Tak Ikhlas, Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat, Beri Anak Masa!

Mendidik anak kecil berpuasa sememangnya perlu namun berikanlah anak kita masa untuk mereka benar-benar bersedia. Ada kalanya, dek kerana rasa takut, anak mula bersetuju untuk berpuasa walhal anak masih belum bersedia.
Jangan biarkan anak kecil kita dilanda perasaan semacam ini. Jangan paksa anak puasa jika anak belum benar-benar bersedia. Percayalah sampai waktunya mereka akan berpuasa dengan bimbingan kita tetapi bukan paksaan.
Perkongsian Doktor Khairul Faizie ini banyak benarnya. Anak lemah dan mengadu sakit perut sehingga terpaksa di bawa ke klinik sepatutnya tidak patut berlaku. Kasihankanlah mereka. Kita yang dewasa pun dibolehkan berbuka jika sakit, inikan pula anak-anak kecil kita.
Aku teringat kisah patient aku, Ramadan 2, 3 tahun lepas. Kisahnya si emak datang bawa si anak yang sekolah darjah 4 atau 5 (aku lupa ). Anaknya sakit perut. Anaknya sakit perut sebab berpuasa. Anaknya tak larat nak puasa, penat ke sekolah ( itu alasan anak), tapi si emak tetap paksa anak puasa, sampai budak tu sakit perut ala gastrik, dan datang ke klinik untuk dapat rawatan.
Beginilah..
Aku teringat pesan Almarhum Dato Seri Abu Hassan Din Al Hafiz tentang puasa bagi kanak kanak. Almarhum bagi nasihat yang lebih kurang begini:
“Ramai antara kita yang beria ia menekankan latihan puasa kepada anak anak kecil, which is good as an early exposure. Cuma tak ramai yang menekankan latihan SOLAT.
Ramai yang bangga dan siap beritahu orang anaknya umur 6- 7 tahun berjaya puasa Ramadan penuh sebulan, tapi adakah anak itu disuruh solat? Anak tu penuh tak solat 5 waktu sehari semalam?
Di mana kita nak letak pahala puasa itu, kalau tidak solat? Tak salah latih anak puasa, tapi amat salah kalau tak latih anak solat. Umur 7 tahun dah perlu disuruh solat.
Mungkin masa tu buat satu waktu sehari. Umur 8, dah boleh buat 2 waktu sehari, by the time umur 10 tahun, boleh dipukul ( DENGAN HIKMAH) andai anak tidak mahu solat. “
Puasa ni antara syarat WAJIB nya ialah BALIGH. Budak sekolah darjah 4, darjah 5 dah baligh ke?
Tak perlu lah nak dipaksa puasa kalau budak tu tak larat. Yang dewasa pun boleh berbuka kalau tak larat / tak sihat, ini kan pulak budak umur 10 tahun.
Jangan risau sangat tentang puasa, risaukan tentang solat.
Datuk Seri Hassan Din berkata juga:
” Kalau anak kita dah biasa dengan solat ( jaga solatnya), maka Insya Allah dia akan jaga puasa nya”
Orang yang solat, amat amat jarang dia tak puasa. Tapi orang yang puasa, belum tentu dia solat.
Artikel berkaitan: Paksa Anak Bangun Sahur Kalau Nak Ajar Anak Kecil Berpuasa, Walaupun Dia Tak Dapat Puasa Penuh!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI