Ibu Hamil Bersihkan Najis Kucing, Boleh Jejaskan Pendengaran & Penglihatan Bayi Setelah Lahir

Share

Wanita hamil tidak digalakkan untuk berada berdekatan dengan kucing. Bukanlah sehingga langsung tak boleh pegang atau bermanja, tetapi sebaiknya berhati-hatilah ketika mengendalikan najis kucing. Di dalam najis kucing terdapat sejenis parasit iaitu toxoplasmosis. Selain najis kucing, parasit ini juga ada di dalam susu kambing mentah, keju susu kambing yang belum dipasteur atau di dalam daging mentah atau kurang masak.

Bagi iu mengandung yang ada membela kucing, pakailah topeng muka dan sarung tangan sekiranya keadaan mendesak anda untuk membersihkan najis kucing. Sebaiknya, biarlah orang lain yang mengendalikannya. Menurut Dr Erna Nadia, parasit ini berbahaya bukan sahaja kepada ibu hamil tetapi bayi dalam kandungan.

Untuk wanita hamil, pada awal terkena jangkitan tidak akan nampak sebarang simptom. Selepas dua minggu, baharulah terjadi simptom seperti batuk selesema, sakit kepala, keletihan, sakit oto dan pembengkakan nodus limfa di leher. Jika parasit ini menjangkiti bayi dalam kandungan boleh mengakibatkan berlakunya congenital toxoplasmosis.

Artikel Menarik: [Waktu Hamil, Jangan ‘Hentam’ Makan Sampai Berat Naik Mendadak. Boleh Kemurungan Lepas Bersalin!]

Ikuti penerangan lanjut dari Dr Erna berkaitan hal ini:

NAJIS KUCING DAN KANDUNGAN

Kucing memang comel. Gewamm aje kan tengok dia. Keletah depa ni eeee rasa nak picit picit aje.

Tapiii
Untuk ibu ibu mengandung, kena hati hati. Bukan tak boleh main main dengan miau the cat tapi kena hati hati masa kendalikan najis depa.

Sebab biasanya dalam najis kucing ada sejenis parasit yang bernama toxoplasmosis.

Selain najis kucing, parasit toxoplasmosis ni ada jugak dalam susu kambing mentah atau cheese susu kambing yang belum dipasteur, dalam daging mentah atau daging kurang masak.

So, bagi mereka yang ada bela kucing, pakailah mask (topeng muka) dan gloves atau seeloknya biarlah orang lain yang handle kan najis miau the cat anda ya😊

Awat toxoplasmosis ni bahaya?
Sebab jika terkena jangkitan ini, ianya bukan sahaja boleh membawa mudarat pada anda yang mengandung sahaja tapi juga pada bayi dalam kandungan anda.

Untuk ibu mengandung, jika terkena jangkitan, awal awal memang tak nampak apa apa simptom lagi tapi selepas dua minggu barulah mula terjadi simptom seperti batuk selsema, sakit kepala, keletihan, sakit otot dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher.

Parasit ini boleh menjangkiti bayi dalam kandungan dan menyebabkan berlakunya congenital toxoplasmosis.

Jika berlaku pada trimester pertama, ianya berisiko menyebabkan keguguran dan masalah kongenital lain seperti kerosakan otak, cecair dalam otak atau kerosakan pada mata serta organ badan lain.

Setelah lahir, selepas beberapa bulan, bayi yang telah dijangkiti parasit ini boleh jadi mendapat jangkitan mata, masalah pendengaran dan seterusnya masalah pembelajaran serta ada sesetengah kes bayi ini tidak hidup lama pun selepas lahir ke dunia fana ini.

Sebab tu kena berhati hati ok?😊

Macam mana nak tau kalau dah dijangkit atau tidak. Boleh saja nak buat ujian darah. Ujian darah ni nak tengok antibodi anda. Jika positif, mungkin anda pernah dijangkiti atau sedang dijangkiti. Maka rawatan diperlukan.

Kalau negatif, kena repeat test balik untuk pastikan betul betul negatif.

Amniocentesis iaitu pengambilan sampel darah janin dari tali pusat boleh dilakukan jika nak tau bayi anda juga dijangkiti atau tidak.

Haaa gitcheww!

Sooooo, cegahlah sebelum padah😘

1. Cuci tangan sebelum dan sesudah makan atau masak.


2. Make sure daging merah dan putih dimasak dengan betul.
3. Cuci buah buahan dan sayur sayuran sebelum masak dan makan.
4. Pakai sarung tangan masa kendalikan tanah atau pasir dan cuci tangan selepas dah kendalikan tanah.


5. Pastikan kucing liar tak berak kat pasir atau tanah luar rumah.
6. Elakkan minum susu mentah dan keju yang belum dipasteur.


7. Elakkan makanan yang diawet.

Kandungan ni selain kurniaan ianya juga adalah amanah kepada kita. Jadi, jagalah dengan betul dan sihat ya😙

Artikel Menarik: [Mengandungnya Orang Lain, Dia Pula Yang Muntah. Biar Suami Rasa Macam Mana ‘Mabuk’ Tu]

Nota kaki : Ada pendapat kata, bela haiwan peliharaan ni bagus tapi kena pastikan depa bersih, lengkap vaksin dan diberikan makanan yang betul♥️

Dr. Erna Nadia
Sejenis pantang nampak miau the cat!🐈

Semoga dengan perkongsian dari Dr Erna ini dapat membantu serba sedikit para ibu hamil yang mungkin ada memelihara kucing di rumah. Ketika mengandung perlu extra careful dan perkara mana yang mungkin boleh mendatangkan kemudaratan itu baiklah dijauhi sepanjang tempoh kehamilan ini.

Sumber: Dr Erna Nadia

Published by
Emy H