Ibu hamil kerap kali dilarang makan makanan tertentu. Ada pandangan tentang makanan yang sesuai dan perlu dielak oleh ibu hamil. Makanan yang dikatakan panas, sejuk dan tajam dianggap perlu dielakkan kerana mampu membahayakan ibu hamil dan kandungannya.
Dr Fadzilah Abdul Jalil, doktor di Klinik O&G, Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi menjelaskan sememangnya, ada sesetengah jenis makanan yang diambil sewaktu hamil berkemungkinan boleh menjejaskan kandungan dan diri ibu itu sendiri. Namun, perlu diingatkan tidak semua makanan menyebabkan hal sedemikian.
Ibu Hamil Dilarang Makan Makanan Tertentu Ada Sebabnya
Seperti yang kita semua sedia maklum, makanan-makanan yang dikatakan panas, sejuk atau tajam sehingga boleh menjejaskan kandungan dan kehamilan itu adalah berdasarkan pandangan dan maklumat yang disampaikan oleh orang tua-tua terdahulu. Kebanyakannya tidak pernah menjalani kajian saintifik. Maka, tiada satu pun yang dibuktikan benar melalui hasil kajian saintifik.
Perlu diketahui bahawa terdapat sesetengah jenis makanan tidak boleh diambil semasa hamil terutamanya di awal usia kandungan disebabkan faktor-faktor tertentu.
Ini Fakta Yang Mama Kena Tahu
Contohnya makanan berasid. Ia boleh menyebabkan gastrik. Jika ibu hamil sememangnya mempunyai masalah alahan pada awal kandungan seperti loya, mual, muntah dan sebagainya, maka makanan yang mempunyai kandungan asid yang tinggi akan menyebabkan alahan lebih teruk. Dalam keadaan tertentu, boleh menyebabkan alahan lebih parah dan anda dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Makanan bersifat panas atau sejuk mahupun tajam merupakan persepsi masyarakat sahaja. Memang ada makanan yang boleh beri kesan sampingan kepada kandungan dan anda sendiri, tetapi secara saintifiknya, tidak ada kategori bagi setiap makanan itu. Ia lebih kepada respons dan tindak balas seseorang ibu hamil terhadap makanan yang diambil. Perlu diingatkan juga, bahawa setiap orang berbeza dan tidak mengalami respons yang sama antara satu sama lain. Malah, ada ketikanya, ia tiada kaitan pun dengan makanan-makanan tersebut.
Faktor alahan terhadap makanan berkenaan juga mungkin menyumbang kepada masalah yang mungkin dialami. Apa-apa pun, ia bergantung kepada individu itu sendiri. Makanan yang diambil akan beri kesan berbeza kepada seorang individu kepada individu yang lain. Sama ada makanan itu panas, sejuk atau tajam, ia bersifat subjektif.
Ads
Makanan dan mitos
Durian
Fakta sains menjelaskan bahawa durian sangat kaya dengan potassium, zat besi, serat dan vitamin. Pada masa yang sama, kandungan gulanya juga yang amat tinggi. Jika diambil sewaktu hamil, kecenderungan paras gula meningkat adalah sangat tinggi dan ia amat tidak baik untuk wanita yang bersaiz besar dan penghidap diabetes.
Sebab itulah, anda tidak digalakkan makan terlalu banyak durian. Bukan kerana ia panas tetapi berpunca daripada kandungan gula yang tinggi. Seulas durian mempunyai 54 kalori. Jika teringin, cukuplah sekadar satu atau dua ulas.
Dalam banyak keadaan, potensi anda untuk mengambil lebih daripada dua ulas durian adalah sangat besar. Sebab itulah ia boleh mendatangkan mudarat dan meninggalkan kesan sampingan.
Ads
Air tebu
Dalam cuaca yang panas, air tebu sangat bagus diminum. Ia merupakan pelepas dahaga yang baik. Ada mitos menyatakan ia boleh menjadi punca pendarahan dan menyebabkan keguguran. Mungkin orang tua-tua kata ia tajam tetapi sebenarnya ia bersifat sejuk untuk ibu mengandung. Ia mengandungi gula yang tidak sebanyak durian, tinggi serat, zat besi, vitamin B kompleks dan vitamin C.
Nanas
Buah ini kaya dengan vitamin C, tinggi potassium, beta karotena dan serat. Ia bagus, cuma anda tidak boleh mengambil nanas muda sebagai santapan disebabkan banyak kandungan asid hingga boleh mengganggu sistem penghadaman. Kesannya, anda boleh mengalami cirit-birit dan sakit perut.
Ads
Di dalam nanas terdapat kandungan bromelain yang berperanan mencerna protein. Ia sering digunakan untuk menjadi pelembut daging. Berkemungkinan bahan ini dipercayai menyebabkan masalah pendarahan dan keguguran. Namun ia tidak benar. Untuk mencetuskan masalah sebegini, anda perlu makan dua biji nenas. Apa-apa pun, anda dinasihatkan untuk mengambil nanas masak dan bukannya mentah.
Tumbuhan menjalar
Sayur-sayuran sebegini sering dikatakan sebagai sejuk. Contohnya, kacang dan timun. sebenarnya tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan, sayur-sayuran menjalar boleh menjadi penyebab kembung perut, sakit sendi, otot atau urat dan sebagainya. Ia sama seperti sayur-sayur yang lainnya yang mempunyai tinggi vitamin.
Pesan Dr Fadzilah, apa-apa sahaja jenis makanan boleh diambil oleh wanita hamil. Namun, pastikan ia tidak diambil dalam jumlah yang banyak. Sama juga halnya dengan makanan yang dikatakan baik untuk kandungan dan kehamilan. Jika diambil berlebihan akan menimbulkan kesan sampingan itu bersederhana dan makan ala kadar.
Dugaan buat selebriti, Rafidah Ibrahim yang diuji dengan kehamilannya yang mengalami pendarahan serta tidak stabil. Namun akuinya dia reda dengan setiap ketentuan Allah SWT untuk kehamilan kali keduanya ini.
Rafidah sebelum ini mengumumkan hamil 3 bulan biar pun mengalami pendarahan dan kandungannya yang kurang stabil.
Terbaru menerusi Instagramnya, Rafidah berkongsi perkembangan terkini kandungannya yang masih lagi mempunyai denyutan nadi.
Pun begitu katanya, semuanya bergantung kepada kuantiti air ketubannya yang diharapkan bertambah serta bukaan serviks di kala usia kandungannya masih baru.
“Hari ni pergi check lagi. Nadi baby masih ada denyutan, buah pinggang baby pun ok. Cuma bila check serviks terbuka sikit & air ketuban sikit sangat kat mana air ketuban sangat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.
“Jika tak, ruang di dalam akan jadi sempit dan tak bagus untuk perkembangan bayi.
“Hari ni saya ditahan di wad untuk pihak hospital pantau dalam tempoh beberapa hari ni,” luahnya berkongsi.
Pun begitu, berat bagi Rafidah dan suaminya bila mana terpaksa membuat keputusan melihatkan perkembangan bayi di dalam kandungannya.
Jika air ketuban tidak bertambah, dikhabarkan bayi di dalam kandungan terpaksa dilepaskan dan inilah saranan doktor.
“Sekiranya ada perubahan di mana selaput di serviks tertutup semula & air ketuban bertambah balik, InsyaAllah kandungan ini boleh diteruskan.
“Tapi jika sebaliknya, saya dan suami perlu membuat satu keputusan yang sangat berat iaitu terpaksa merelakan pemergian bayi ini.
“Sebak dan tak terucap waktu sampaikan berita ni pada suami yang sedang menunggu di luar. Walau apa sekali pun, saya dan suami sentiasa mengharapkan keajaiban Allah dan dalam masa yang sama kami perlu bersedia dan redha pada segala kemungkinan.
“Allah Maha Besar. Dia jauh lebih mengetahui yang terbaik dalam kehidupan kami,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada Shahzemir Shahzulkarib ini turut mengharapkan doa dari semua agar kehamilannya kali ini dapat bertahan dengan baik serta dipermudahkan Allah.
“Esok pagi sekali lagi saya akan diperiksa oleh doktor pakar.
“Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kita semua.
*Walaupun pelbagai ujian yg perlu ditempuhi, yakin bahawa Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya. Belum dikatakan beriman selagi seseorang itu belum diuji. Alhamdulillah a’la kulli hal. #bersangkabaik #sabarituindah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Rafidah dan suaminya mendirikan rumah tangga pada Mei 2021. Rafidah sebelum ini pernah keguguran sebelum sekali kali mengumumkan kehamilan keduanya.
Kehamilan boleh menjadi suatu yang membebankan bagi sebahagian wanita kerana pelbagai perubahan yang dirasai pada tubuh. Kadangkala, perubahan ini akan mengubah penampilan mereka dan juga mengakibatkan kesakitan.
Pendarahan adalah antara masalah yang menyukarkan, mengakibatkan bengkakan dan kesakitan di bahagian faraj.
Apakah itu buasir?
Pendarahan adalah saluran darah yang membengkak di bahagian rektum. Ia boleh menjadi sebesar saiz kacang atau anggur. Pendarahan ini boleh membesar di dalam faraj atau tersembul keluar melalui dubur. Pendarahan adalah kebiasaan ketika hamil. Pembesaran saiz rahim membuatkan urat di bahagian pelvis dan vena cava inferior tertekan, mengakibatkan pengaliran kembali darah dari bahagian bawah tubuh menjadi perlahan. Urat-urat di bawah kawasan rahim akan tertekan dan mula membengkak.
Tambahan pula, pertambahan progesteron ketika kehamilan menyebabkan dinding urat menjadi tenang, memudahkan ia untuk membengkak. Pendarahan adalah sangat biasa berlaku ketika trimester ke tiga kehamilan atau ketika bersalin pada tahap kedua. Ketulan darah akan terbentuk di dalam Pendarahanyang boleh mengakibatkan bengkakan besar.
Pendarahan boleh menyebabkan apa pada tubuh?
Kebiasaannya, pendarahan menyebabkan kesakitan dan pendarahan ketika hamil. Bagaimanapun, ia akan berlalu selepas anda bersalin selagi anda mengelakkan daripada masalah sembelit.
Bagaimanakah untuk mengelakkan buasir?
Pertama sekali, cuba untuk mengelakkan masalah sembelit dengan cara:
-Ambil makanan yang tinggi kandungan fiber
-Minum banyak cecair dan jus buah prun
-Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
-Jangan menahan air besar
-Minum banyak air.
Serta, elakkan daripada duduk terlalu lama di dalam tandas kerana kawasan rektum mungkin akan mengalami tekanan. Amalkan senaman kegel setiap hari. Senaman jenis ini akan membantu meningkatkan pengaliran darah ke bahagian rektum dan menguatkan otot punggung, maka mengurangkan risiko masalah buasir. Otot-otot di bahagian faraj dan uretra juga akan menjadi semakin kuat, membantu proses pemulihan selepas bersalin.
Elakkan berdiri atau duduk diam untuk tempoh terlalu lama. Sebaliknya, cuba untuk bergerak beberapa minit dalam setiap jam. Ketika tidur atau menonton TV, cuba berbaring di sisi kiri untuk mengurangkan tekanan pada urat-urat di bahagian rektum dan meningkatkan peredaran kembali darah dari bahagian bawah tubuh.
Bagaimanakah untuk mengurangkan kesakitan buasir?
-Terapi sejuk: Letakkan pek ais dengan lapik yang lembut di bahagian yang sakit beberapa kali sehari.
-Terapi panas: Rendamkan bahagian bawah tubuh dalam tab yang dipenuhi air suam selama 10 ke 15 minit, beberapa kali sehari.
-Pastikan kawasan yang terkena Pendarahan bersih selepas setiap pergerakan usus dengan menggunakan tisu tandas yang lembut dan tiada pewangi (tisu jenis ini kurang kerengsaan berbanding tisu biasa)
-Minta daripada pakar kesihatan anda ubat anestetik topikal atau suppositori yang boleh digunakan ketika hamil.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Menerusi Instagramnya, Ayda mengumumkan kehamilannya yang kini sudah pun berusia lima bulan itu kepada pengikutnya di Instagram.
Menerusi entri itu juga, Ayda memuat naik video ketika membuat kejutan untuk suaminya, ketika hari raya yang baru berlalu.
“Muka @nabilmahir macam ‘eh bila pulak ni?!’
“Alhamdulillah dengan kerjasama kami bersama dan izin Allah, we’re almost 5 months pregnant,” tulisnya berkongsi.
Menerusi video yang dikongsikan olehnya, Ayda membuat kejutan awal ketika sesi bergambar beramai-ramai bersama keluarga.
Namun ketika sesi foto itu, Ayda kemudiannya menyerahkan kotak berisi ujian kit kehamilan kepada Nabil.
Nabil dilihat seperti amat terkejut dan tidak menyangka dengan rezeki anak kedua yang sememangnya dinantikan olehnya dan Ayda.
Penyanyi yang cukup lincah dan bertenaga di pentas ini juga turut memohon doa semua agar kehamilannya kali ini dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
“Minta semua doakan Ayda dan kandungan sentiasa sihat. Terima kasih & sayang semua,” katanya lagi.
Terdahulu, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia hampir dua tahun.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.