Pertumbuhan otak bayi sangat sensitif terhadap bekalan makanan daripada umur kehamilan 5 bulan hingga umur bayi 2 tahun. Bekalan makanan perlu seimbang, berkhasiat dan berzat, mengadungi karbohidrat, protin dan lemak serta logam dan vitamin.
Apakah makanan terbaik untuk otak bayi?
Kekurangan makanan dan kebuluran kepada ibu akan menyekat pertumbuhan jasad dan otak bayi, menyebabkan bayi ringan timbang berat ketika lahir. Saiz otaknya kecil dan kurang pertumbuhan dendrites, kurang myelination dan kurang sel glial (sel sokongan otak).
Akibatnya bayi mengalami kerencatan mental khususnya kelemahan intelek, IQ rendah, lemah pertuturan bahasa dan matematik membawa kepada prestasi rendah di sekolah. Sangat penting ibu hamil makan bahan-bahan berzat dan berkhasiat, tambah protin (lauk-pauk) 10 – 15 gm setiap hari.
Ads
Bayi bergantung sepenuhnya pada penyusuan ibu
Selepas lahir bayi bergantung sepenuhnya pada penyusuan ibu. Sangat penting ibu sihat dan pemakanannya lebih berkhasiat dan berzat untuk proses pemulihan dan penyusuan. Suplemen-suplemen vitamin dan logam kalsium juga iron (besi) perlu digandakan. Amalan pantang makanan dan jamu perlu dibasmi kerana mengganggu pengeluaran susu.
Ads
Susu ibu adalah sumber pemakanan bayi yang terbaik untuk pertumbuhan otak. Ia mengandungi segala bahan dan zat makanan – karbohidrat, protin dan lemak, logam serta vitamin yang diperlukan untuk pertumbuhan jasad dan otak bayi.
Apabila bayi mencapai umur 6 bulan
Ads
Apabila mencapai umur 6 bulan , di samping susu ibu bayi perlu tambahan zat besi untuk pembentukan sel-sel darah merah yang membekalkan oksigen kepada otak. Titisan vitamin drops yang mengandungi vitamins dan logam besi boleh diberikan.
Dalam dua tahun pertama umur bayi ketika mana pertumbuhan myelination pada jalur-jalur axon giat berlaku dalam otak bayi penting sekali makanan bayi mengandungi lemak dan minyak dengan kandungan Omega 3, DHA dan Omega 6.
Teruskan memberi minyak ikan seperti cod liver oil
Amalan kita memberi minyak ikan saperti cod liver oil perlu diteruskan. Bahan-bahan tersebut juga banyak didapati dalam ikan makerel (mackerel), kembung, tenggiri dan salmon. Selepas umur satu tahun bayi boleh diberi susu lembu yang mengandungi protin dan lebihan lemak. Dan mulai 2 tahun ke atas makanan anak perlu mengandungi protin dan lemak daripada daging, ayam, ikan dan sayuran.
Masalah ‘terlalu’ subur sememangnya berlaku menyebabkan ramai wanita hamil tanpa di rancang. Sehebat mana pun cara perancangan keluarga, tidak ada cara yang dapat menjanjikan keberkesanan 100%.
Pil perancang keluarga masih merupakan cara yang paling popular dan kurang risiko untuk menyebabkan bayi abnormal atau lahir pramatang. Namun begitu ia memerlukan disiplin yang ketat.
Pil hendaklah dimakan sebiji setiap hari selama 21 hari, diikuti dengan 7 hari “rehat”. Setelah rehat 7 hari, sambung semula dengan sekotak pil perancang yang baru. Perlu disiplin dan tidak boleh lambat makan pil tersebut walau sekali pun. Jika anda memakan jamu dan herba sewaktu mengamalkan kaedah pil perancang, ia boleh mengurangkan keberkesanan pil tadi dan mudah “termengandung”.
Bagi suntikan Depo-provera, peluang hamil hanya sebanyak 1%. Wanita boleh hamil ketika menggunakan suntikan Depo provera jika beliau lupa atau lambat datang ke klinik untuk mengambil suntikan mengikut jadual ( iaitu satu suntikan setiap 12 minggu). Bagi kes IUCD pula, sama ada anda menggunakan IUCD ( copper) atau IUD ( Mirena), risiko mengandung adalah satu hingga tiga dalam 100 pengguna. Dalam kebanyakan kes hamil ketika menggunakan alat ini ialah ia telah bergerak dari tempat asal dan ada kalanya jatuh keluar dari rahim. Bagi menentukan cara-cara yang sesuai , saya mencadangkan panda bertemu dengan doktor atau staf di klinik yang berdekatan atau klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara. Berbincanglah dengan mereka cara-cara lain yang ada seperti kaedah ini.
Implanon
Vaginal ring
Contraceptive patch
Bilateral tubal ligation ( BTL)
Vasektomi
Untuk kaedah BTL dan vasektomi, keberkesanan juga bukanlah 100%.
Sebelum anda memilih BTL, anda memerlukan perbincangan dengan doktor pakar yang melakukannya kerana risiko pembedahan, risiko kehamilan dan kehamilan luar rahim sering dikaitkan dengan kaedah ini. Bagi wanita Islam pula, masalah hukum atau fatwa juga perlu diambil kira sebelum melakukan BTL.
Jika ada 100 wanita hamil, 30 orang daripada mereka dikatakan hamil tanpa dirancang. Dianggarkan 20 orang (65%) daripada mereka “termengandung” sewaktu menggunakan alat atau ubat pencegah kehamilan. 65% daripada wanita tersebut menggunakan kaedah pencegahan kehamilan cara azal/coitus interuptus / kiraan kalendar (23%), pil perancang (21%), kondom (21%) dan alat dalam rahim atau IUCD (9%).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum memang tahu aktiviti membaca dan membuat kraf semasa hamil adalah sesuatu yang baik yang boleh merangsang perkembangan positif bayi. Paling hebat bila ia dapat difailkan untuk tatapan si kecil apabilanya besar nanti.
Ibu ini, Puan Nur Anis Syazwani Azhar cukup sistematik menyusun rekod perkembangan kehamilannya. Lebih kurang scrap book, ia terisi dengan pelbagai rekod penting ibu ini sepanjang kehamilannya. Ia terbahagi kepada beberapa segmen seperti nama bayi, pemilihan nama, bedtime story, islamic learning dan beberapa segmen yang lain yang penting. Terdapat juga ruang untuk menyimpan salinan cetakan imbasan sonografi dan bukti-bukti yang telah diambil semasa hamil.
“Pada saya, setiap ibu perlu mempunyai rekod perjalanan semasa mengandung sebagai salah satu simbolik dalam usaha memperingati diri sendiri bahawa kita sudah mula diberikan tanggungjawab oleh Pencipta. Selain itu, ia bakal menjadi artifak yang bermakna kerana dibuat oleh individu yang bergelar ibu sendiri untuk seorang anaknya.
“Secara tidak langsung, perihal tersebut akan membuatkan anak berasa dihargai dan disayangi. Kasih sayang tidak semestinya dengan melaburkan wang ringgit semata-mata tetapi dengan masa yang ada itu sudah cukup memberi kesan yang bermakna. Fitrah manusia suka kepada hal-hal yang sistematik,” katanya yang bertugas sebagai seorang ibu.
MEREKODKAN SECARA SISTEMATIK BUAT DIRI TERMOTIVASI
Apabila seseorang mempengaruhi dirinya sendiri untuk melihat sesuatu yang sistematik, maka dia akan lebih termotivasi dan bersemangat dalam usaha menjadikan diri sebagai ibu yang baik dan bertanggungjawab.
DISIPLINKAN DIRI UNTUK MEMBACA
Aktiviti pembacaan pula, saya mendisiplinkan diri untuk membaca sekurang-kurang dua buah buku cerita setiap malam dengan pembacaan yang kuat dan jelas seakan-akan bercerita dengan seseorang. Seperti yang sudah lama kita ketahui, bayi sudah mula mendengar dan menerima segala input yang dilakukan oleh seseorang ibu.
AKTIVITI KRAF MEMBERIKAN KETENANGAN UNTUK JANIN DALAM KANDUNGAN
Manakala aktiviti art & kraf pula sebagai salah satu alternatif dalam menyuburkan perasaan ibu ketika hamil. Apabila ibu-ibu mengandung menghasilkan sesuatu yang kreatif pastinya akan membuatkan jiwa ibu itu seronok dan tenang. Rentetan itu, menyebabkan aura-aura melalui hormon positif juga dirangsang oleh bayi dalam kandungan.
Sumber: Puan Nur Anis Syazwani Azhar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika mengandung dan kehamilan sudah memasuki trimester terakhir, sesetengah wanita mungkin mengalami keadaan di mana ada garisan hitam pada perut. Garisan hitam ini dipanggil sebagailinea nigra. Hormon ketika mengandung juga menjelaskan mengapa ada masanya puting payudara menjadi lebih gelap dari biasa. Ada sesetengah wanita mengalami hyperpigmentation iaitu terdapat bahagian-bahagian lain pada tubuh yang kehitaman.
Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak yang juga merupakan Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menjelaskan tentang mitos yang mengatakan garisan hitam pada perut menjadi petanda jantina bayi dalam kandungan.
LINEA NIGRA
Garisan hitam memanjang dari pusat ke bawah tu namanya linea nigra. Disebabkan perubahan hormon yg berlaku masa hamil yang juga explain kenapa puting buah dada jadi lebih hitam dari biasa. Kadang2 bahagian badan lain pun ada yang hitam-hitam (hyperpigmentation)
Apa Yang Korang Perlu Tahu?
Linea nigra adalah perubahan normal yg berlaku, sungguhpun begitu ada je ibu yang takda garisan hitam ini. Ada ke takda garisan hitam ini tidak memberitahu apa-apa mengenai kehamilan – Contohnya kalau ada garisan hitam ini kehamilan ada masalah atau seumpama dengannya. Jangan mengarut!
Menurut kepercayan orang orang tua, jika garisan itu hanya sampai pada paras pusat – most probably ibu akan lahirkan bayi girl. Tapi jika garisan hitam itu lepas pada paras pusat – ibu akan lahirkan baby boy. Ini sekali lagi mengarut. Abis tu, utk org yang takda garisan hitam tu jantina baby nye 2 alam?
Linea nigra TAKDA KAITAN dengan jantina bayi dalam kandungan!
Tak perlu beli pelbagai produk atau krim untuk disapu pada garisan hitam ini kerana ianya akan pudar dan hilang dengan sendirinya selepas bersalin.
Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Izzat ini dapatlah memberi sedikit penjelasan kepada para ibu bahawa linea nigra adalah satu keadaan normal dan tidak mempengaruhi jantina bayi dalam kandungan. Usah terburu-buru membuat tekaan jantina anak. Kalau tak sabar boleh buat pergi scan, tapi kalau mahukan kejutan, tunggu saja sehingga bayi dilahirkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...