Ibu hamil tidak terkecuali boleh merayakan kehadiran Syawal. Namun atur pemakanan dan asas kebersihan agar boleh mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan memberikan beberapa tips berkaitan untuk ibu hamil.
Ibu mengandung yang kandungan dah berusia lebih 36 minggu, tak dinasihatkan travel jejauh. Kalau naik kapal terbang pun tak lepas dah.
Mohon berjumpa dan bertanya pada Dr dulu mengenai kesesuaian untuk travel jejauh. Tapi, kalau nak gak travel jauh ada beberapa DO and DONT’S yg boleh diamalkan :
1) Uri bawah, pernah melahirkan kehamilan pramatang, darah tinggi ketika hamil yang mencanak, pernah ada darah beku kat kaki ( thrombosis ) dan embolism dan masalah-masalah lain setelah dipikirkan Dr tak sesuai tuk travel, silalah ambil berat dan jangan berdegil. Dok je kat umah diam diam, tunggu orang datang beraya. Boleh kan?
2) Kalau boleh guna kenderaan sendiri berbanding kenderaan awam. Yelah, kalau kenderaan sendiri boleh la adjust perjalanan tu, boleh berhenti-henti untuk berehat jap, nak pegi tandas ke apa kan?Bila dah hujung-hujung kehamilan ni biasanya akan selalu terkencing-kencing, disebabkan rahim yg membesar tu akan menekan pundi kencing si ibu. Biasa tu akan terkencing-kencing. Maka kalau kenderaan sendiri, senang la.
3) Kalau perjalanannya jauh, berhenti setiap 2 jam. Buat regangan kaki dan tangan, keluar dari kereta berjalan sikit dan kemudian sambung perjalanan. Penting ni untuk peredaran darah yang bagus pada kaki, jangan duduk memanjang sepanjang perjalanan.
4) Pakai TED stoking (Thrombo-Embolus Deterrent). Stoking jenis ini memastikan peredaran darah lancar pada kaki, sebagai usaha mengelakkan darah beku pada kaki (thrombosis).
Ni bukan stoking biasa kita pakai pada paras pergelangan kaki tu. TED stoking ni dibuat mengikut kaki individu tu dipakai hingga ke paras paha.
5) Perjalanan yang berliku-liku ibarat ular kena palu ataupun jalan tak rata – BUKAN penyebab ibu tu terberanak. Tak ada kena mengena. Proses bersalin tu datangnya dari sistem fisiologi badan, bukannya sebab jalan tak rata atau berliku-liku. Jangan mengarut!
6) Tali keledar keselamatan jangan lupa pakai. Tkde alasan. Jangan nampak abang polis abang JPJ baru kelam kabut nak pakai.
Ada cara pemakaian yg betul – tali pinggang keledar di tengah-tengah dada ibu di celah buah dada dan bahagian bawah diletakkan pada bahagaian bawah perut yg besar tu, bukan direct atas perut.
Kalau berlaku eksiden ( mintak dijauhkan ) tali pinggang keledar ini melindungi ibu dan mengurangkan impak eksiden. Perut yg besar tu tak berfungsi sebagai AIRBAG. Yang takmau pakai seatbelt dah kenapa?
7) Mintak bantuan En. suami sekalian, tolong survey dan gugel gugel klinik kesihatan, hospital kerajaan atau hospital private yang terdekat sepanjang perjalanan yang anda akan lalui untuk pulang ke kampung atau ke destinasi beraya.
Kata kunci kat sini adalah HOSPITAL TERDEKAT. Jangan nak memilih hospital cantik la, hospital wangi la, hospital yg ada doktor cantik, hospital ada aircond la dan seumpana dengannya. Kalau da nama pun kecemasan, pergi je hospital TERDEKAT, kecemasan pun nak choosy kemain. Macam-macam korang ni.
8 ) Buku follow up mengandung bawak ke mana-mana, sumbat dlm handbag. Kang kalau cakap buku pink, yg dok follow up kat private terasa lak sebab buku dia bukan kaler pink mcm kat gomen.
Senang cite, buku follow up mengandung bawak ke mana-mana, anggap sebagai passport atau IC – ada pelbagai maklumat kehamilan. Kot-kot la mak ni pengsan ke, dijumpai tak sedar diri ke, sakit nak beranak ke, buku ni akan memberikan maklumat apa yang doktor mahukan.
9) Ubat-ubatan ; kalau ada insulin ke ubat darah tinggi ke atau ubat ubat lain yg perlu – angkut le skali. Jangan buat buat lupa atau tinggalkan. Nnti tekanan darah mencanak tinggi, gula pulak haywire sapa nak jawab?
10) Nama pun raya kan? Mmg la macam-macam makanan ada. Jangan makan sampai tak ingat dunia. Makan berpada-pada, bersederhana. Makan sikit-sikit tapi kerap. Yang manis-manis, air gas manis-manis tu amek sikit-sikit dahla.
11) Rancang jadual perjalanan, takyah la berkampung dalam kereta dan terperangkap dalam jem. Pilih waktu perjalanan yg kurang jem supaya ibu tak terperap dalam jem memanjang. Yelah raya kan, jalan mana tak jem ? So rancang elok-elok. Takda orang hobinya suka terperangkap mengelamun dalam traffic jam.
12) Kita tak tahu orang disekeliling kita sihat ke tak atau pembawa kuman. Orang mengandung ni senang terdedah kepada penyakit. Jadi sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada. Kurangkan exposure di tempat yg terlalu ramai orang.
Sentiasa gunakan hand rub/hand sanitizer selepas bersalaman dengan org. Ada yg jenis botol kecik tu senang dibawa kemana-mana.
Menjaga dan memelihara kesihatan juga adalah salah satu cara dalam memelihara Syawal.
Setulus ikhlas,
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan