Ibu mengandung adalah golongan berisiko tinggi dan penting untuk mereka mendapatkan vaksin COVID-19. Fahami dengan lebih lanjut tentang kesesuaian vaksin-vaksin COVID-19 kepada golongan ini seperti yang dikongsikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)
Garis Panduan Vaksin COVID-19 Untuk Ibu Mengandung & Menyusukan Bayi
Ramai yang tertanya, usia kehamilan berapa minggu boleh ambil vaksin? Bagi anda yang masih belum tahu, ibu mengandung sesuai diberi vaksin diantara 14-33 minggu kehamilan.
Pfizer
Vaksin jenis mRNA selamat digunakan semasa hamil tanpa tanda bahaya yang ketara.
Kesan sampingan jarang berlaku, ringan, sementara dan boleh dirawat.
Sinovac
Laporan interim yang dikeluarkan WHO membenarkan penggunaan vaksin Sinovac untuk ibu mengandung dan yang menyusukan bayi kerana manfaatnya mengatasi risiko.
Bagi mereka yang telah menerima vaksin Sinovac dan kemudiannya disahkan hamil, anda disarankan untuk mengambil dos kedua setelah usia kandungan melepasi 14 minggu kerana vaksin ini tidak mempunyai kontraindikasi ketika hamil.
AstraZeneca
Tiada kontraindikasi terhadap ibu mengandung atau yang menyusukan bayi.
Bagi mereka yang telah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin AZ dan kemudian disahkan hamil, anda disyorkan untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin yang sama 14 minggu selepas dos pertama.
Pemberian vaksin Anti Tetanus Toxoid (ATT) dan COVID-19 secara bersama
Pemberian bersama vaksin lain, iaitu ATT bersama dengan vaksin COVID-19 sama ada secara serentak atau pada bila-bila masa sebelum atau selepas vaksin adalah selamat dan tidak memerlukan penangguhan atau selang waktu tertentu.
**Dos kedua boleh diberikan selepas usia kandungan 33 minggu mengikut seperti yang telah dijadualkan.
Vaksinasi bagi kandungan yang berusia melebihi 33 minggu bukanlah suatu kontraindikasi mutlak dan boleh dipertimbangkan mengikut sesuatu kes berdasarkan penilaian risiko dan manfaat yang dijalankan ke atas setiap individu.
Kredit: JKJAV
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)