Kehamilan

Ibu Hamil Perlu Tahu Apa Yang Perlu Dimakan Semasa Hamil! 6 Superfood Ini Mampu Tingkatkan Kesihatan Ibu & Kandungan

Share

Selaku ibu hamil, anda perlu tahu apa yang perlu dimakan dan begitu jugalah sebaliknya. Pengambilan makanan yang sihat dalam diet harian amat penting agar ia menjamin kesihatan diri anda sendiri dan perkembangan positif kandungan.

Makanlah apa sahaja yang anda mahu. Namun pastikan enam makanan yang digelar superfood tidak terlepas daripada senarai makanan harian anda yang sedang hamil kini.

  1. Ikan

Pengambilan ikan ketika hamil selalu menjadi pertikaian kerana ada yang bimbang tentang kandungan merkuri yang tinggi. Biasanya ikan yang hidup di dalam lautan dalam mempunyai risiko sebegini.

Walaupun begitu, anda perlu maklum bahawa ikan sangat kaya dengan sumber protein. Ia juga memiliki kandungan Omega-3 yang tinggi. Oleh yang demikian, ikan sangat diperlukan untuk membolehkan anak dalam kandungan mempunyai sumber yang baik untuk mengembangkan kemampuan otaknya.

Sebagai langkah keselamatan, anda digalakkan untuk makanan ikan dua atau tiga kali seminggu. Dalam pada itu, pastikan ikan dimasak dengan sempurna. Elakkan daripada memakan isi ikan yang mentah seperti yang diletakkan di sushi. Langkah ini penting untuk mengelakkan jangkitan kuman kepada janin dalam kandungan.

  1. Sayur-sayuran berdaun hijau

Ramai yang sedia maklum bahawa sayur-sayuran adalah sangat penting untuk

Menjamin tahap kesihatan berterusan. Oleh sebab itulah, adalah penting untuk anda mengambil jumlah hidangan sayur-sayuran yang mencukupi dalam menu harian.

Dalam pada itu, digalakkan untuk anda lebihkan sayur-sayuran berdaun hijau. Sayur bayam adalah sayur yang paling disyorkan kerana ia tinggi dengan kandungan asid folik. Maklum sahajalah, asid folik adalah sumber yang bagus untuk perkembangan saraf tunjang anak di dalam kandungan.

  1. Brokoli

Selain daripada sayur-sayuran berdaun hijau, anda juga perlu memberi perhatian kepada satu lagi sayur yang mempunyai warna hijau. Ia adalah brokoli!

Memasukkan brokoli sebagai salah satu kandungan bagi memenuhi keperluan pengambilan sayur harian memastikan anda dapat memperoleh beberapa nutrien makanan penting. Menerusinya anda secara tidak langsung mengambil kalsium dan potassium. Jadi, ia dapat membantu proses pertumbuhan tulang bayi di dalam kandungan.

  1. Telur dan daging

Telur adalah sumber protein terbaik, rendah kalori dan penuh dengan khasiat Omega-3 untuk tubuh. Selain daripada itu, telur juga mempunyai khasiat yang tinggi dalam asid folik, zat besi dan choline di mana dapat membantu anda menghalang kecacatan janin.

Daging pula kaya dengan protein daripada sumber haiwan yang dapat membantu pertumbuhan sel dan otot kandungan. Dengan pengambilan daging yang cukup, ia dapat menghilangkan rasa letih yang biasa dialami oleh ibu hamil. Jangan lupa untuk makan daging tanpa lemak! Daging sebegini pilihan diyakini mempunyai sumber protein yang sangat tinggi.

  1. Produk tenusu

Mengambil kandungan kalsium yang cukup ketika hamil adalah sangat penting. Anda tentu tahu dan sedasr dengan kepentingannya, bukan? Selain daripada menguatkan tulang dan gigi anda, kalsium juga membantu menguatkan tulang dan pertumbuhan tubuh anak di dalam kandungan.

Pastikan anda minum satu hingga dua gelas susu sehar. Jika tidak mahu minum susu, anda boleh gantikannya dengan melebihkan pengambilan produk tenusu yang lain juga. Contohnya keju dan yogurt.

  1. Tauhu

Selain daripada kaya dengan kalsium, tauhu penuh khasiat dengan zat besi, vitamin A dan K. Ia juga adalah sumber yang kaya dengan asid folik dan boleh menjadi snek yang sempurna untuk wanita yang hamil.

Published by
NuFa