Buah jambu batu merupakan antara buah tropika kegemaran ramai. Lebih enak jika dimakan sejuk. Tapi tiada masalah ke untuk wanita hamil menikmati buah ini? Jom ikuti perkongsian dari pakar Hello Health ini.
Selamatkah buah jambu batu buat wanita hamil?
Dengan rasanya yang enak dan manis, buah jambu ini secara amnya selamat dan baik untuk dimakan buat wanita semua peringkat kehamilan.
Ia buah yang kaya dengan nutrien serta memberikan manfaat kesihatan, terutamanya sepanjang tempoh kehamilan.
Buah ini harus dikupas sebelum dimakan bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan.
Paling utama, ibu yang mengandung perlu memastikan pengambilan jambu batu ini tidak melebihi berat antara 100 hingga 125 gram sehari.
Pengambilan secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan dan ia harus dielakkan bagi menghindari kesan buruk kepada janin.
Tetapi adakah anda tahu manfaat dan kebaikan buah jambu ini untuk mereka yang sedang berbadan dua?
Manfaat kesihatan buah jambu batu semasa kehamilan
Buah jambu ini secara keseluruhan adalah amat baik untuk pemakanan ibu hamil.Ini kerana ia menawarkan pelbagai kebaikan dan nutrien yang diperlukan sepanjang tempoh mengandung.
Meningkatkan imuniti Buah jambu ini kaya dengan vitamin C yang berperanan penting dalam menguatkan sistem imun.Ia membantu meningkatkan metabolisme dan imuniti badan, serta melindungi daripada pelbagai penyakit dan jangkitan.
Mengimbangkan tahap tekanan darah
Wanita hamil terdedah kepada tekanan darah tinggi semasa mengandung. Tetapi pemakanan buah jambu batu yang tinggi kandungan kalium dapat membantu mengekalkan tahap tekanan darah dan mengelakkan risiko keguguran dan kelahiran pramatang.
Mengawal kadar gula dalam darah
Diabetes gestasi adalah masalah biasa dialami ketika mengandung, terutamanya pada minggu ke-24 kehamilan.
Buah jambu berpotensi untuk mengawal kadar gula darah kerana kandungan serat yang tinggi serta kehadiran karbohidrat kompleks. Ini sekali gus dapat mencegah masalah diabetes semasa hamil.
Cegah sembelit dan buasir
Sembelit dan buasir juga antara keadaan yang kerap dihadapi wanita hamil, tetapi pengambilan buah jambu dapat mencegahnya.
Anda perlu berterima kasih kepada kandungan serat tinggi dalam jambu yang memastikan perjalanan pergerakan usus baik dan tepat pada masanya.
Meningkatkan pencernaan
Memakan jambu batu semasa mengandung membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan. Ia mencegah masalah pencernaan seperti pedih ulu hati, mual dan banyak lagi.
Memakan makanan beralkali disyorkan kepada wanita hamil kerana dapat menurunkan risiko mengembangkan keasidan dan refluks gastroesofagus.
Buah jambu ini umumnya bersifat alkali dan membantu menyeimbangkan kandungan asid dalam perut.
Rendahkan risiko kanser
Kes kanser dalam kalangan ibu mengandung jarang berlaku, tetapi bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati?
Jambu yang mengandungi antioksidan boleh membantu melawan barah. Ia juga kaya dengan likopen dan vitamin C untuk menyahtoksik badan.
Meningkatkan penglihatan
Jambu batu kaya dengan vitamin A dan dapat mencegah risiko kebutaan serta meningkatkan tahap penglihatan buat ibu dan janin.
Sistem saraf bayi
Selain kebaikan pada ibu, buah jambu yang mengandungi asid folik dan vitamin B9 bermanfaat dalam membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
Asid folik adalah vitamin penting untuk wanita hamil kerana membantu mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.
Mengurangkan risiko anemia
Keperluan zat besi semasa mengandung akan meningkat. Buah jambu mempunyai kandungan zat besi yang mencukupi bagi menjaga kadar hemoglobin sekali gus mengurangkan kecenderungan mengalami anemia.
Sumber vitamin B3 dan B6
Jambu batu merupakan sumber vitamin B3 dan B6 semula jadi yang baik serta penting untuk dimasukkan dalam pemakanan ibu hamil. Ini kerana ia dapat menyumbang kepada kesihatan kognitif.
Vitamin ini juga meningkatkan kesihatan otak janin dan memperbaiki tahap tumpuan serta fokus kepada wanita yang sedang mengandung.
Menenangkan fikiran
Tekanan yang dialami semasa hamil akan mengeluarkan kortisol, berisiko menjejaskan keadaan anda.
Tetapi dengan pengambilan jambu yang merupakan sumber magnesium dapat menenangkan otot dan saraf, sekali gus mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Mengurangkan mabuk pagi
Dikatakan kandungan vitamin C dalam jambu adalah baik untuk mengawal mabuk pagi (morning sickness).
Apa kata jika anda berasa mual, cuba untuk memakan sepotong jambu. Mungkin ia membantu mengatasinya.
Makan jambu batu dalam jumlah sederhana
Apa juga makanan haruslah diambil dalam kuantiti yang sederhana dan berpada-pada.Jika secara berlebihan, pastinya ia boleh mendatangkan kesan dan mudarat kepada kesihatan.
Begitu jugalah dengan pengambilan jambu batu ini, jika wanita hamil memakannya secara berlebihan pasti akan menimbulkan masalah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu hamil biasanya kurang peka dengan diet sihat yang perlu diikuti sepanjang tempoh mengandung. Kebanyakan ibu akan makan mengikut nafsu. Akibatnya berat badan akan naik mendadak dan berpotensi untuk menghidap diabetes. Pegawai Dietetik dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital, LAILA FADHILAH BINTI OMAR, berkongsi maklumat tentang isu kenaikan berat badan mendadak saat ketika hamil.
BERAPA BANYAK SEPATUTNYA BERAT NAIK?
Bagi memudahkan anda untuk memahami formula kenaikan berat badan ketika hamil, lihat info ini. Secara ringkas berat badan ibu hamil harus naik sebanyak:
Bagi wanita yang mempunyai BMI normal sebelum mengandung, jumlah peningkatan ketika trimester pertama adalah 5.2kg. Jumlah peningkatan yang baik setiap minggu adalah 0.40kg.
MANAKALA ibu yang hamil anak kembar pula perlu mendapatkan jumlah kenaikan berat badan antara 15kg – 20kg sepanjang tempoh mengandung iaitu lebih kurang 0.68kg seminggu.
Sebenarnya kenaikan berat badan semasa hamil berbeza mengikut BMI seorang wanita sebelum hamil. Namun secara keseluruhanya (bagi wanita BMI normal) adalah 11.5kg – 16kg.
KENAPA BERAT BADAN BOLEH NAIK?
Pertambahan berat badan yang naik mendadak adalah berpunca dari pengambilan makanan yang tinggi lemak, berminyak, gula, dan berkalori tinggi tanpa kawalan. Ada pendapat yang mengatakan faktor genetik menjadi penyebab kenaikan berat badan ibu hamil, namun tiada hasil kajian yang menyokongnya.
Semasa pemeriksaan bulanan dilakukan ke atas ibu hamil, doktor akan menyarankan ibu untuk minum air gula jika didapati beratnya naik terlalu banyak. Fungsi air gula adalah untuk mengetahui sama ada ibu mengandung itu menghidap gestatinal diabetic mellitus (kencing manis ketika hamil) atau tidak. Jika penyakit ini dapat dikesan dari awal, pemantauan kesihatan akan dibuat dengan lebih ketat dan si ibu akan diberikan diet seimbang yang harus dia ikuti.
RISIKO BERAT BADAN NAIK MENDADAK
Jika tidak diberi perhatian, ibu hamil mungkin menghidap kencing manis dan darah tinggi tanpa sedar. Si ibu akan berisiko untuk melahirkan melalui pembedahan atau bayi dalam kandungan bersaiz besar. Jika bayi terlebih berat, dia juga berkemungkinan menghidap hypoglycaemia (kurang glukosa dalam darah).
JAGA PEMAKANAN
Bagi mengelak berat badan naik secara mendadak adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak, berminyak, banyak gula dan tinggi kandungan kalori.
Selain itu, si ibu perlu belajar untuk mengawal porsi makanan yang diambil. Susunan waktu makan yang teratur juga boleh membantu untuk mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak.
Apakah Pecahan Berat Badan Ketika Hamil? Adakah Semuanya Berat Ibu Dan Anak?
Tidak. Pecahan berat badan ini adalah pada bayi (3.55kg), uri (0.67kg), air ketuban (0.896kg), payudara (0.448kg), darah (1.34kg), cecair (3.2kg) dan pengembangan rahim (1.12kg).
Tiada diet yang terperinci ketika sedang mengandung, si ibu hanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan memastikan setiap pemakanan yang diambil seimbang dengan porsi yang sederhana.
Pengambilan susu tidak menyumbang kepada peningkatan berat badan. Berat badan boleh naik jika anda minum susu bersama makanan yang tidak sihat. Jadi janganlah risau untuk minum susu ketika hamil kerana khuatir pertambahan berat badan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza yang bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Jantina anak kedua itu dikongsikan Aiman dan Zahirah ketika majlis gender reveal yang diadakan baru-baru ini dan dimuat naik pasangan ini menerusi Instagram masing-masing.
“It’s a baby girl! Alhamdullilah,” tulisnya di kapsyen.
Menerusi video yang dikongsikan itu, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat Aiman dan Zahirah berkumpul meraikan majlis berkenaan dengan tema warna putih yang melatari keseluruhan majlis.
Malah Aiman dilihat kelihatan begitu teruja ketika jantina anak kedua itu diumumkan. Begitu juga dengan Zahirah yang kelihatan cukup cantik dan berseri-seri walaupun sarat hamil.
Ads
Meninjau diruangan komen, pasangan ini dihujani dengan ucapan tahniah malah mendoakan agar proses kelahiran cahaya mata kedua itu dipermudahkan.
Berkongsi kisah kehamilan kedua ini, Zahirah mengalami kenaikan berat badan sebanyak 10kg malah paling gemar masakan Melayu berbanding rutin pemakanannya sebelum ini.
Terdahulu, Aiman dan Zahirah mendirikan rumahtangga pada 20 Februari 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Isaac Raees yang kini berusia tiga tahun.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usaha instafamous, Dr Say Shazril akhirnya membuahkan hasil. Setelah beberapa bulan berusaha untuk mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat,mengamalkan pemakanan lebih sihat, kurangkan pemakaian pakaian dalam di rumah dan mengambil suplemen kesuburan isterinya kini hamil.
Part 4 Bukan Semua Salah Perempuan By Dr Say Shazril Ini Menggembirakan
Dia yang sebelum ini mengalami Teratozoospermia iaitu banyak sperma yang abnormal secara morfologi dan sejumlah kecil sahaja sperma yang normal telah berusaha selama 3 bulan dengan meninggalkan amalan pemakanan kurang sihat iaitu pengambilan minuman ringan dan lain-lain sebelum dikejutkan dengan kejutan gembira—isterinya akhirnya hamil.
Dr Say Shazril telah memuatnaik gambar dia dan isterinya sambil memegang sekeping cetakan imbasan sonografi yang menunjukkan ada kantung comel bayi mereka. Kapsyen yan dikongsikannya ialah seperti berikut;
say_shazrilTopik :Bukan Semua Salah Perempuan Part 4 (Extra Credit)
Aritu dh part finale eh? Sy bukak balik la eh sb 3 bulan dh berlalu sejak sy lakukan ujian Semen Analysis pertama sy. Maka arini kena repeat tuk penentuan tahap kesedapan kuah sy. Ape yg telah berlaku sepanjang 3 bulan ni? Sy talak satu air berkarbonat, bila duduk rumah sy go full orang asli (tiada pakaian dalam maximum pengudaraan), sy amalkan pemakanan yg lebih sihat & sy intim bermadu dua dgn supplement kesuburan sy.
Alhamdulillah keputusan ujian kuah sy, LAZAT! Melonjak gembira sy & adik sy sb yelah 3 bulan menanggung malu kuah basi tu agak lama bagi kami berdua. Maka skang its time tuk sy & adik go all out “terkam” bini tapi tup tap kami terpaksa berpuasa sb Alhamdulillah BINI SAYA PREGNANT!
BERLINANG AIR MATA TENGOK SAY JUNIOR
Tiada perkataan yg dpt menggambarkan kegembiraan sy bila urine pregnancy test bini positif & bila pi scan nampak seketoi kantung comel yg memberi sejuta harapan kpd kami berdua. Berlinang air mata sy bang tgk Say Junior in the making.
ANTARA USAHA YANG DILAKUKAN
Mcm mana bley jadi lagu tu pdhl baru repeat test arini? Well, dlm tempoh 3 bulan ni disamping medication & lifestyle changes, sy tetap bersama bini & tetap berusaha (mostly sb xmau perabih duit kt IVF) & Alhamdulillah dengan rezeki-Nya terjadilah perlekatan. Di samping tu, tak dilupakan berkat doa kalian menjadi penyumbang utama kpd penerbitan Say Junior ni.
HARGAI NASIHAT, TUNJUK AJAR & POSITIVES VIBES
Maka dengan kesempatan 30th birthday sy arini, sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd anda semua followers sy atas advices, tunjuk ajar & paling penting positive vibes korg. Obviously sy xkn lupekan mrk yg dlm kesusahan trying to conceive spt sy pd awal2 dlu. Paling penting adalah kalian be open ttg mslh kalian & berkongsi dgn saluran yg btol & im all ears for u guys. Thank u again peeps setia membaca part 1 sampai part 4 sy.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.