Kehamilan

Ibu Hamil Stres, Bayi Boleh Lahir Awal Dari Due! Suami Mesti Jaga Emosi Isteri

Share

Bertenang dan kekal positif, itu yang sepatutnya untuk ibu mengandung. Emosi kena jaga supaya tidak stres. Kalau asyik tertekan, ibu boleh jatuh sakit dan tumbesaran bayi dalam kandungan terjejas.

Bukan itu sahaja, jika emosi ibu tak stabil, kelahiran pramatang mungkin terjadi. Ikuti penjelasan dari Pegawai Perubatan Kehamilan dan Sakit Puan, Dr Aimi Rahayu Abdul Rashid.

Menurut Dr Aimi Rahayu, stres adalah punca utama yang biasa berlaku pada ibu mengandung. Cuma bagaimana ibu hamil boleh rawat stres tersebut yang ramai tak tahu.

Ini kerana jika stres melampau, ia boleh menganggu perkembangan janin dan menjejaskan kesihatan ibu itu sendiri sehingga boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan risiko lain lagi.

Biasanya punca tekanan ini adalah faktor dalaman seperti ada masalah kesihatan yang sedia ada. Contoh si ibu takut gugur atau takut hendak bersalin sehingga rasa tertekan.

Bukan itu saja, ada juga wanita yang mengandung secara IVF, IUI, atau guna ubat subur, mereka dah ada masalah tekanan sebelum ni ada dlm diri mereka. Itu pun mungkin salah satu punca stres juga.

Bagi faktor luaran pula, ia berkaitan dengan pasangan seperti mungkin ada masalah rumah tangga, kewangan atau hubungan tak baik antara ahli keuarga sendiri atau keluarga mentua selain faktor pekerjaan boleh bawa stres kepada wanita hamil.

BACA [Anak Kerap Menangis, Perhatikan Ada Tak Urat Hijau Pada Hidung Antara Mata]

Jika wanita alami tekanan dan hamil, dia dalam situasi merembeskan hormon stres berlebihan. Bagaimanapun, kalau ibu pandai kendalikan situasi ini dengan baik, dia boleh kembali kepada keadaan tak tertekan.

Sekiranya stres yang tak dikawal dengan baik, akan cepat sakit kepala, perubahan emosi – susah nak tidur, cemas dan kurang makan.

Selain itu, boleh beri kesan pada bayi kerana tak dapat nutrisi yang cukup dan bila follow up di klinik, bayi akan kurang berat badan dan secara tak langsung doktor akan buat keputusan untuk lahirkan bayi awal dari tarikh sebenar disebabkan ibunya stres dan bayi tak membesar dengan baik.

Langkah yang ibu hamil boleh lakukan untuk elak stres:

Kenal pasti apa punca stres

Meluahkan kepada suami, teman atau ahli keluarga yang boleh dipercayai. Ni pun boleh kurangkan stres. Buat aktiviti yang digemari

Makan makanan yang bernutrisi

Amalkan pemakanan yang bernutrisi dan berzat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Suami pun kena ambil berat, tanya khabar, supaya isteri rasa disayangi.

Ini antara yang isteri impikan. Tak salah pun suami ambil berat dan tolong buat kerja rumah. Sebab yang dikandung pun anak sendiri.

Andai kata, jika tak dapat dibendung, ibu hamil kena beritahu pada doktor di klinik untuk atasi masalah yang dihadapi.

Kongsi Dr Aimi Rahayu lagi, jika ibu pernah ada sejarah kelahiran pramatang sebelum ini, mungkin potensi kelahiran pramatang seterusnya tinggi.

Bukan itu sahaja, sejarah kesihatan ibu seperti mempunyai masalah tekanan darah tinggi, kencing manis, plasenta previa juga boleh menyebabkan bayi terpaksa lahir awal.

Ikuti perkongsian lanjut Dr Aimi Rahayu dalam video di bawah ini:

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents

Published by
Wan Amy