Bagi ibu hamil, tidur yang cukup bukan saja penting untuk kesihatan diri, tapi juga untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Kurang tidur boleh menyebabkan ibu cepat letih dan stres. Jadi, penting untuk jaga waktu tidur dan pastikan badan cukup rehat sepanjang kehamilan.

Menurut petikan Public Health Malaysia Kajian terbaru yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism mendapati ibu yang tidur kurang dari 7 jam setiap malam berisiko tinggi melahirkan anak yang lambat berkembang dari segi sosial, emosi, dan percakapan. Kajian ini melibatkan lebih 7,000 ibu dan anak dan hasilnya menunjukkan anak lelaki lebih terkesan.

Ibu Hamil Tidur Kurang 7 Jam, Anak Lambat Bercakap?

Jika ibu hamil tidur kurang 7 jam
1. Anak lambat bercakap
2. ⁠Perkembangan sosial anak lambat
3. ⁠Perkembangan emosi anak lewat

Ads

Ibu mengandung biasanya susah nak tidur kerana perubahan hormon, kerap ke tandas, atau rasa tidak selesa. Tetapi kajian ini memberi amaran bahawa tidur kurang dari 7 jam boleh meningkatkan risiko masalah perkembangan pada anak. Ibu yang mengalami Short Sleep Duration (SSD) juga berisiko mengalami diabetes sewaktu hamil, yang seterusnya boleh menjejaskan perkembangan otak anak dalam kandungan.

Data menunjukkan bahawa ibu yang tidur cukup mempunyai anak dengan perkembangan yang lebih baik, terutama dalam kemahiran sosial dan percakapan. Untuk mengelakkan risiko ini, ibu hamil disarankan menjaga corak tidur dengan tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam. Tidur yang mencukupi bukan hanya penting untuk kesihatan ibu, tetapi juga untuk perkembangan optimum anak dalam kandungan.

Ads

Ibu Hamil Tidur Kurang 7 Jam, Anak Lambat Bercakap?

INFO PENTING

Ads

Berikut beberapa tips yang boleh bantu ibu hamil tidur awal:

Tetapkan rutin tidur – Cuba tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari supaya badan terbiasa dengan jadual tersebut.
Elakkan skrin sebelum tidur – Cahaya dari telefon atau TV boleh ganggu pengeluaran hormon melatonin yang bantu kita tidur. Cuba tutup skrin sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur.
Kurangkan kafein – Minuman berkafein seperti kopi dan teh boleh buatkan ibu susah tidur. Cuba elak minum selepas tengah hari.
Cipta suasana selesa – Pastikan bilik tidur tenang, dengan lampu malap dan suhu yang nyaman. Ibu hamil mungkin lebih selesa tidur dengan bantal tambahan untuk sokong perut atau belakang.
Relaks sebelum tidur – Cuba aktiviti relaks seperti membaca buku, mandi air suam, atau amalkan teknik pernafasan dalam untuk bantu badan tenang sebelum tidur.
Makan malam ringan – Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur, tapi pastikan perut tak kosong. Snek ringan seperti biskut atau susu suam boleh bantu tidur lebih nyenyak.
Dengan amalkan tips ni, ibu hamil boleh galakkan diri tidur awal dan dapatkan rehat yang secukupnya setiap malam.

Sumber: Public Health Malaysia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI