
Seorang wanita di Houston, Texas selamat melahirkan bayi kembar tiga yang comel dan sihat selepas dia sendiri bertarung nyawa akibat COVID-19.
Menurut Women’s Hospital of Texas, Pada 8 mei lalu Maggie yang ketika itu hamil 28 minggu perlu dimasukkan ke wad kerana dia dan bayi di dalam kandungan perlu dipantau.
Tetapi setelah menjalani ujian COVID-19, 48 jam kemudian Maggie disahkan positif COVID-19.
“Kebimbangan utama Maggie bukan dirinya tetapi orang sekeliling,”” kata wakil hospital. “Dia bimbang tentang kesihatan kembar tiga, suaminya dan anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun, serta petugas kesihatan dan doktor yang merawatnya.”
Suami Maggie juga disahkan positif novel coronavirus dan tidak dapat mengunjunginya di hospital, di mana dia terpaksa tinggal selama berminggu-minggu.
Selepas lima ujian COVID-19 dijalankan, dua daripadanya kembali negatif. Pada 4 jun, Maggie diberitahu bahawa tali pusat bayi pertamanya sudah terbelit di leher dan dia dikejarkan ke wad pada hari yang sama untuk melahirkan bayi secara C-Section.
Ketika dia bersiap-siap untuk ke dewan bersalin, Maggie mendapat sokongan dari nurse, dan juga dari keluarganya.
“Maggie masih ingat, tepat jam 3:59 petang ayahnya memanggil untuk berdoa dan ketika tiba waktu epidural seorang jururawat memeluknya dengan erat hingga selesai,” kata hospital.
Ketiga-tiga bayi kembar yang diberi nama Isabella, Nathaniel, dan Adriel, dilahirkan secara pembedahan C-Section dengan hanya dua minit ketika usia kandungan 32 minggu. Ketiga-tiga bayi sihat dan selamat.
“Semua orang kagum dengan Maggie,” kata wakil hospital.
Sekarang bayi kembar tiga ini sudah berusia satu bulan, ketiga bayi itu semakin besar dan semakin sihat. Mereka masih berada di ICU Tahap II.
“Maggie memberitahu bahawa walaupun agak sukar berpisah dengan bayi kembarnya, dia masih dalam keadaan baik kerana dia tahu mereka mendapat rawatan terbaik dari pasukan khas yang berdedikasi terutama melibatkan kesihatan bayi-bayinya dan menjaga mereka dengan selamat semasa wabak.”
Sumber: PEOPLE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Batuk Jika Berterusan Mesti Ada Tak Kena. Ini 7 Jenis Batuk & Simptom Perlu Tahu!

Dalam keadaan sekarang ini, boleh dikatakan ramai yang mengalami masalah batuk, demam dan selesema. Tambah pula dengan wabak Covid-19 yang masih belum reda ditambah pula dengan virus Influenza, ia agak merisaukan semua orang.
Ibu bapa yang anak batuk berpanjangan dan ada kesan sampingan lain, dinasihatkan terus bawa jumpa doktor untuk rawatan lanjut. Manakala bagi kita yang dewasa dan batuk masih tak elok, mungkin boleh tengok pada faktor ini.
Menerusi perkongsian di Twitter Farmacora, ini 7 jenis batuk dan maksudnya yang anda kena tahu dan berhati-hati.
Anda tahu tak batuk ada banyak jenis dan setiap jenis batuk itu ada maksudnya serta petanda kesihatan seseorang. Tak semestinya bila batuk sahaja, anda dah dijangkiti Covid-19.
Batuk adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang kesan daripada faktor-faktor luaran. Batuk juga tanda amaran bahawa sesuatu yang tidak kena sedang berlaku kepada kesihatan kita.
1. Batuk dengan simptom selesema
Batuk ini merupakan simptom selesema disebabkan perubahan cuaca & disertai dengan hidung tersumbat, sakit badan atau sakit tekak.
2. Batuk berdarah
Batuk ini mungkin datang dari paru-paru atau saluran pernafasan. Batuk berdarah, boleh menjadi tanda penyakit lain yang berbahaya seperti kanser paru-paru.
3. Batuk basah
Sebab biasa batuk basah adalah bronkitis yang berlaku apabila saluran pernafasan membengkak dan menghasilkan mukus. Simptom ini biasanya berkaitan dengan virus dan boleh berlaku selepas seseorang kena selesema.
4. Batuk basah dengan demam
Ini kadangkala tanda radang paru-paru (pneumonia) yang termasuklah demam, menggigil, dan sesak nafas. Kahak mungkin berwarna hijau, kuning atau berdarah.
5. Batuk kering
Kalau selalu batuk pada waktu malam tanpa mukus dalam masa yang lama, ini adalah tanda asma. Simptom-simptom asma bagi kebanyakan orang adalah sesak dada, nafas berdehit dan sesak nafas
6. Batuk masam
Batuk selama lebih daripada 2 bulan dengan rasa masam adalah tanda GERD (penyakit gastroesophageal reflux). Ini biasanya berlaku apabila asid perut masuk ke dalam tekak.
7. Batuk perokok
Ini adalah tanda popular dalam COPD. Pesakit COPD mempunyai masalah dengan pernafasan disebabkan sekatan saluran pernafasan. Satu lagi simptom yang berkaitan dengan COPD adalah rasa sesak, nafas berdehit dan sesak nafas.
*Awasi tanda-tanda batuk ini dan dapatkan rawatan dengan cepat ya!
Kredit: Twitter @Farmacora
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hanya Mata Putih Di Kelopak Mata. Kuatnya Wanita..” PU Amin Sebak Tengok Isteri Bersalin

Rezeki bagi Pencetus Ummah Amin kerana telah dikurniakan cahaya mata yang ketiga setelah isterinya selamat melahirkan anak perempuan kedua dalam keluarga mereka.
Melalui instagramnya, PU Amin telah menyatakan bahawa isterinya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 5 pagi semalam (22 April). Dia juga berkongsikan situasi menemani isteri ketika sedang bertarung melahirkan anak.
Melalui perkongsiannya itu, dia menyatakan bahawa menemani isterinya ketika bersalin adalah situasi yang ditakuti. Hal ini kerana, dia dapat melihat sendiri bagaimana isterinya itu bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.
Tambahnya lagi, saat-saat itu juga telah menimbulkan rasa insaf dalam dirinya betapa kuatnya insan bergelar wanita.
PU Amin juga turut berpesan kepada lelaki di luar sana supaya sentiasa menghargai pengorbanan isteri dan jangan sesekali menyakiti mereka.
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini..
Pagi tadi saya sampai rumah dari Ipoh ( Ceramah di sana ) jam 1 pagi , kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut, jam 4 pagi di Hospital. Jam 5 pagi isteri saya selamat melahirkan. Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya. Alhamdulillah selesai menjawab tadi..
Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui, adalah teman isteri ketika bersalin tadi..
Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali. Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami..
Insaf. Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan. Kuat orang perempuan. Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan..
Wahai anak, jangan kau luka hati ibu mu. Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu. Pengorbanan mereka ini cukup agung..
Bagi kawan kawan yang belum dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat. Percayalah pasti ada..
Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku. Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar .
Sumber: ig PU Amin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baby Kurus Tak Cukup Susu Tu, Top-up Guna Formula” Sebelum Cakap Tak Cukup Susu, Ambil Tahu Perkara Ini

Anggapan tidak cukup susu adalah salah satu sebab utama ibu memberhentikan penyusuan susu ibu terlalu awal atau memberi susu formula serta makanan lain kepada bayi sebelum tiba waktu yang sepatutnya.
Ramai ibu tertanya-tanya sama ada susu badan mereka cukup untuk bayi mereka. Kebanyakan ibu dan ahli keluarganya akan beranggapan bahawa ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi apabila sering berdepan dengan situasi di bawah.
- Bayi sering menangis.
- Bayi tidak tidur untuk jangkamasa yang panjang.
- Bayi tidak tenang semasa di payudara dan susah untuk menyusu dengan baik.
- Bayi menghisap jari atau tangannya.
- Bayi terlalu besar atau terlalu kecil.
- Bayi yang menyusu terlalu lama pada payudara pada satu-satu masa.
- Bayi menyusu terlalu kerap.
- Ibu merasakan susunya kelihatan cair.
- Tiada atau sedikit sahaja susu keluar apabila diperah.
- Payudara ibu tidak penuh atau lebih lembut dari biasa.
- Ibu tidak nampak susu meleleh keluar atau ibu tidak mengalami tanda-tanda reflek oksitoksin.
- Bayi masih mahu menerima susu gantian (susu formula) atau makanan lain apabila diberikan walaupun telah selesai menyusu susu ibu.
Situasi di atas mungkin menunjukkan bayi tidak mendapat cukup susu tetapi ini bukan petunjuk sebenar yang boleh dipercayai sepenuhnya. Ada beberapa tanda yang perlu diambil perhatian bagi menunjukkan ibu cukup susu iaitu:
- Bayi kelihatan kenyang dan tenang selepas menyusu. Biasanya bayi tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
- Bayi boleh bertindak-balas, mempunyai keanjalan otot yang baik dan kulit bayi tegang dan lembap.
- Selepas hari ke-2, bayi yang mendapat susu yang cukup akan menghasilkan lampin basah sebanyak 2 hingga 6 atau lebih dalam masa 24 jam (Jadual 1). Manakala, air kencingnya kelihatan cair dan jernih. Jika bayi diberi air masak sebagai tambahan kepada susu ibu, pengeluaran air kencingnya juga banyak tetapi berat badan bayi tidak akan bertambah dengan baik kerana kurang zat makanan. Bayi juga akan membuang air besar 3 hingga 8 kali dalam masa 24 jam dan kekerapannya semakin berkurangan apabila bayi berumur lebih dari satu bulan.
- Berat bayi bertambah mengikut umur (Jadual 2) di mana bayi membesar sehingga memerlukan pertukaran saiz pakaian.
- Ibu yang menyusukan bayi akan dapat merasakan payudara yang penuh sebelum menyusu akan menjadi lembik apabila bayi selesai menyusu.
- Ibu rasa dahaga dan berpeluh selepas sesi penyusuan.
- Semasa penyusuan, payudara yang tidak dihisap oleh bayi turut mengeluarkan susu dan tanda-tanda ini menunjukkan ibu menghasilkan cukup susu.
Jadual 1: Bilangan lampin di basahi air kencing dan najis mengikut umur bayi
Ibu kerap khuatir apabila bayi berumur bawah 4 hingga 6 minggu mengeluarkan najis setiap kali selepas menyusu. Perkara ini adalah normal bagi bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif. Terdapat juga bayi yang tidak mengeluarkan najis selama beberapa hari. Namun, selagi bayi berasa selesa, perut tidak membengkak, tidak meragam dan masih menyusu seperti biasa, ibu tidak perlu risau. Walau bagaimanapun, jika ibu berasa ragu, sila dapatkan nasihat doktor bagi mendapatkan kepastian.
Berat badan bayi terus meningkat apabila diberikan susu ibu sejak hari pertama kelahiran lagi. Namun, pada awal kelahiran, bayi kehilangan berat badan sekitar 5% hingga 7% disebabkan oleh pembuangan mekonium dan kehilangan air daripada badan. Penurunan berat badan ini membuatkan para ibu memberikan air kosong sebagai tambahan. Keadaan ini akan meningkatkan risiko kehilangan berat badan lebih banyak berbanding dengan bayi yang diberikan susu ibu sahaja. Purata kenaikan berat badan sejak lahir hingga 4 hari adalah sebanyak 170 gram (6 oz). Manakala kadar normal pertambahan berat adalah di antara 150 gram hingga 240 gram.
Jadual 2: Kenaikan Berat Badan Bayi/Minggu Mengikut Umur
Berat badan bayi akan meningkat sebanyak 2.5 kali ganda hingga 3 kali ganda daripada berat lahir semasa bayi berusia 1 tahun. Panjang bayi pula bertambah sebanyak 50% dan ukur lilit kepala bayi bertambah sebanyak 33% semasa mereka berusia 1 tahun (Jadual 3).
Jadual 3: Pertambahan panjang dan ukur lilit kepada bayi mengikut umur
Perhatian kepada ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu:-
- Bayi yang diberi susu ibu akan mempunyai otot yang lebih pejal berbanding bayi yang diberi susu formula.
- Tidak perlu menimbang bayi sebelum dan selepas menyusu kerana ia tidak memberi gambaran yang tepat tentang berapa banyak susu dihasilkan dan dikeluarkan. Ia juga boleh mengurangkan keyakinan ibu dan mendorong ibu memberi minuman lain kepada bayinya.
- Berat badan bayi yang masih tidak meningkat dengan baik walaupun telah diberi susu ibu dengan kerap dan teknik yang betul, mungkin mempunyai masalah kesihatan. Rujuk bayi untuk rawatan lanjut.
- Bayi yang sentiasa mahu menyusu dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda masalah kesihatan tetapi tidak meningkat berat badan dengan baik, mungkin tidak mendapat susu yang mencukupi. Ini selalunya disebabkan oleh teknik penyusuan ibu yang kurang berkesan.
- Penyusuan pada sebelah payudara yang diberhentikan dengan terlalu awal sebelum berpindah ke payudara yang sebelah lagi akan menyebabkan bayi hanya mendapat susu awal (fore-milk) dan tidak susu akhir (hind-milk). Susu awal mempunyai kandungan laktosa yang tinggi dan rendah lemak.
- Susu akhir (hind-milk) mempunyai kandungan lemak yang tinggi yang membuatkan bayi rasa kenyang. Memberi penyusuan yang lebih kerap dengan jarak penyusuan yang pendek antara 30 hingga 40 minit boleh memastikan bayi mendapat susu yang tinggi kandungan lemak dari susu akhir yang masih tinggal dari penyusuan sebelumnya.
- Setiap ibu perlu sentiasa memerhatikan tanda-tanda yang telah dinyatakan di atas sebagai panduan untuk mengukur tahap kesihatan dan tumbesaran bayi yang sempurna. Tanggapan “tidak cukup susu” mungkin boleh diperbetulkan melalui pembacaan dan perkongsian daripada ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Sentiasa berfikiran positif dan bertindak di atas kebenaran bagi membentuk generasi yang lebih sihat pada masa yang akan datang.
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI