Seorang wanita di Houston, Texas selamat melahirkan bayi kembar tiga yang comel dan sihat selepas dia sendiri bertarung nyawa akibat COVID-19.
Menurut Women’s Hospital of Texas, Pada 8 mei lalu Maggie yang ketika itu hamil 28 minggu perlu dimasukkan ke wad kerana dia dan bayi di dalam kandungan perlu dipantau.
Tetapi setelah menjalani ujian COVID-19, 48 jam kemudian Maggie disahkan positif COVID-19.
“Kebimbangan utama Maggie bukan dirinya tetapi orang sekeliling,”” kata wakil hospital. “Dia bimbang tentang kesihatan kembar tiga, suaminya dan anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun, serta petugas kesihatan dan doktor yang merawatnya.”
Suami Maggie juga disahkan positif novel coronavirus dan tidak dapat mengunjunginya di hospital, di mana dia terpaksa tinggal selama berminggu-minggu.
Selepas lima ujian COVID-19 dijalankan, dua daripadanya kembali negatif. Pada 4 jun, Maggie diberitahu bahawa tali pusat bayi pertamanya sudah terbelit di leher dan dia dikejarkan ke wad pada hari yang sama untuk melahirkan bayi secara C-Section.
Ketika dia bersiap-siap untuk ke dewan bersalin, Maggie mendapat sokongan dari nurse, dan juga dari keluarganya.
“Maggie masih ingat, tepat jam 3:59 petang ayahnya memanggil untuk berdoa dan ketika tiba waktu epidural seorang jururawat memeluknya dengan erat hingga selesai,” kata hospital.
Ketiga-tiga bayi kembar yang diberi nama Isabella, Nathaniel, dan Adriel, dilahirkan secara pembedahan C-Section dengan hanya dua minit ketika usia kandungan 32 minggu. Ketiga-tiga bayi sihat dan selamat.
“Semua orang kagum dengan Maggie,” kata wakil hospital.
Sekarang bayi kembar tiga ini sudah berusia satu bulan, ketiga bayi itu semakin besar dan semakin sihat. Mereka masih berada di ICU Tahap II.
“Maggie memberitahu bahawa walaupun agak sukar berpisah dengan bayi kembarnya, dia masih dalam keadaan baik kerana dia tahu mereka mendapat rawatan terbaik dari pasukan khas yang berdedikasi terutama melibatkan kesihatan bayi-bayinya dan menjaga mereka dengan selamat semasa wabak.”
Sumber: PEOPLE