Emosi ibu hamil mempengaruhi anak dalam kandungannya. Kalau ibu sentiasa gembira dan kerap ketawa dikatakan akan memiliki bayi yang kurang meragam! Jadinya kalau tak mahu bayi anda nanti kuat meragam, sentiasa gembira dan ceriakan diri anda sepanjang mengandung.
“Baiknya anak Nelly tu. Tak banyak ragam pun, kurang menangis. Senang dia nak jaga.”
“Eh, ko ingat tak masa ngandung dulu, Nelly pun selalu happy. Asyik ketawa je. Tak pernah nampak muka dia stres ke, sedih ke. Mungkin sebab tu kot baby dia tak banyak ragam.”
Sebenarnya memang ada fakta mengatakan ibu yang gembira dan selalu ketawa semasa mengandung akan melahirkan bayi yang juga ceria dan gembira! Berikut beberapa fakta benar tentang pentingnya ibu hamil untuk sentiasa gembira dan ceria.
1. Paras hormon kortisol yang tinggi (hormon stres yang bertanggungjawab untuk tindakbalas dalam badan) ketika mengandung ada kaitan dengan bayi yang kuat menangis dan kurang tidur selepas dilahirkan.
IKLAN
2. Stres kronik ketika hamil juga ada kaitan dengan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah. Kepada ibu hamil, sila beri perhatian kepada emosi diri sendiri. Begitu juga dengan orang yang paling rapat iaitu suami.
3. Satu kajian yang dilakukan oleh Pennsyvlania State College of Medicinemendapati ibu yang bahagia dan mendapatkan banyak sokongan dari orang terdekat akan menurunkan risiko kolik berlaku pada bayi baru lahirnya.
IKLAN
4. Emosi positif ibu mempengaruhi keadaan bayi yang dilahirkan. Emosi positif boleh berlaku sekiranya ibu banyak tersenyum dan ketawa. Jadi ibu mesti selalu berdamping dengan orang-orang yang positif dan ceria serta boleh membuatkan ibu merasa bahagia dan gembira sentiasa.
Kajian menunjukkan ibu yang merasa bahagia setelah melahirkan bayi mempunyai bayi yang menangis kurang dari tiga jam dalam sehari.
Maka diharap para ibu hamil akan lebih mengawal emosi diri. Walaupun sedang dilanda kesedihan atau stres anda masih mampu memberikan senyuman demi anak yang dikandung. Tak ketinggalan kepada para ayah supaya lebih prihatin terhadap perubahan emosi isteri hamil dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin sesetengah wanita hamil menganggap waktu mengandung untuk berehat. Tidak boleh bergerak aktif atau terlalu lasak dikhuatiri memberi kesan kepada kandungan. Sebenarnya jika seseorang wanita hamil itu aktif dan banyak bersenam sewaktu mengandung, amalan ini dapat memudahkan proses kelahiran kelak.
Carilah jenis senaman mengikut kemampuan tubuh. Paling penting, ikuti kelas atau latihan kecergasan yang diawasi oleh instruktor bertauliah. Berminat untuk kekal aktif, tetapi keliru dengan pilihan senaman yang boleh diamalkan?
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa jenis senaman yang mungkin tidak anda sangkakan baik untuk wanita mengandung, tetapi amat bagus jika boleh diamalkan.
Carilah senaman yang anda suka kerana ia dapat membantu anda untuk kekal konsisten dan berdisiplin untuk melakukannya. Amalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Pa&Ma senaraikan beberapa jenis senaman yang boleh anda cuba untuk kekal aktif dan mudah-mudahan memudahkan proses melahirkan anak nanti;
BERLARI
Senaman ini paling cepat dan berkesan untuk mengaktifkan jantung. Selagi tubuh anda berkemampuan, ubah jaraknya selagi tenaga anda mampu menanganinya. Jika baharu mula bersenam, jangan terus berlari. Mulakan perlahan-lahan dengan berjalan terlebih dahulu.
BERENANG
Aktiviti ini sangat baik untuk ibu hamil kerana ia membantu menggerakkan lengan dan kaki. Ia juga membantu mengaktifkan jantung dan paru-paru. Semakin besar kandungan, anda akan dapati tubuh semakin ringan di dalam air.
Menariknya aktiviti ini kerana anda boleh membuat senaman di dalam air yang membantu menguatkan sendi dan mengurangkan masalah edema terutamanya pada hujung waktu mengandung.
YOGA ATAU PILATES
Aktiviti yoga baik kerana ia memngajar anda untuk melenturka tubuh serta bersedia dengan posisi melahirkan bayi. Selain itu, senaman ini banyak mengajar teknik pernafasan yang baik untuk anda guna pakai ketika mahu bersalin.
Regangan yang dibuat haruslah mengikut kemampuan tubuh dan tidak dipaksa. Ikuti kelas dengan instruktor yoga bertauliah.
Pilates pula mensasarkan otot-otot yang lemah sewaktu anda mengandung. Anda akan diajar untuk menetapkan masa bersenam serta untuk kekal tenang dalam apa jua situasi. Jika berkesempatan, anda disarankan untuk mengikuti kelas pilates yang dianjurkan oleh jurulatih yang diyakini.
AEROBIK DAN TARIAN
Melakukan aerobik adalah selamat selagi anda melakukannya dengan impak rendah. Ia baik untuk memberi kekuatan kepada otot-otot tubuh anda. Dengan menari, anda akan menggalakkan aktiviti pengepaman darah ke jantung.
Menarilah mengikut jenis muzik yang digemari tetapi elakkan pergerakan lasak seperti melompat atau langkah yang terlalu rumit yang berkemungkinan menyebabkan anda hilang keseimbangan. Menari juga merupakan salah satu terapi terbaik buat wanita hamil.
SENAMAN KUATKAN LANTAI PELVIS
Senaman untuk lantai pelvis bertindak untuk menguatkan bahagian itu. Jika otot lantai pelvis lemah, anda cenderung untuk terkencing ketika bersenam, batuk, bersin atau ketawa. Dengan melakukan senaman ini secara konsisten, ia boleh dielakkan.
SENAMAN BEBAN
Jika anda mampu, lakukan senaman ini. Pilih berat mengikut kemampuan dan kekuatan tubuh anda. Biasanya senaman begini dibuat oleh wanita hamil yang sudah biasa melakukannya sebelum mengandung. Ia perlu dilakukan perlahan-lahan dan menggunakan beban yang tidak keterlaluan, sekadar untuk membantu menguatkan otot tubuh.
Senaman bertujuan untuk mengukuhkan otot serta membina ketahanan diri sebagai langkah persediaan untuk membawa bayi dalam kandungan yang semakin membesar.
Aktiviti yang bagus untuk wanita hamil akan mengepam jantung dan memudahkan tubuh untuk dilentur. Anda boleh berlari atau mengangkat berat tetapi rejim senaman harus ditukar mengikut trimester kehamilan.
Bersenam secara konsisten dapat membantu menguatkan bahagian tubuh untuk membawa berat badan yang bertambah, memperbaiki emosi, memberi tenaga, memastikan anda bersedia fizikal dan mental untuk bersalin, memberi tidur berkualiti kepada si ibu dan banyak lagi. Happy workout, mommies!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi, Nina Nadira yang mengumumkan kehamilan anak keduanya baru-baru ini.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nina menerusi laman Instagramnya. Malah Nina juga menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan.
Bekas peserta Akademi Fantasia yang juga pengacara itu juga turut memuat naik gambar keluarga kecilnya bersama baby bump yang semakin jelas kelihatan.
“Keluarga kecil kami semakin bertambah.
“Lima bulan,” tulis Nina ringkas menerusi Instagramnya.
Nina memuat naik dua koleksi foto dengan baby bump yang jelas kelihatan ketika bercuti bersama keluarga.
Gambar percutian keluarga yang cantik itu tambah manis dengan anak pertama Nina, Nina Lilyanna Ahmad Farhan yang kini berusia hampir empat tahun mencium perut ibunya yang semakin membesar.
Dalam pada itu, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Nina turut mengucapkan tahniah di atas kehamilan itu.
Terdahulu, Nina dan suaminya, Ahmad Farhan Rusman mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Nina Lilyanna.