Kehamilan

Ibu Hamil Yang Kerap Terdedah Asap Rokok Punca Baby Kecil Dalam Kandungan & Bermasalah

Share

Rokok berbahaya pada anda, sama juga lah, berbahaya pada bayi dalam kandungan. Tak kira perokok tegar atau perokok pasif, kesannya sama. Kenapa bahaya tu?

Rokok akan merencat oksigen dan nutrisi penting sampai ke bayi melalui gangguan pada fungsi placenta.

Merokok dapat meningkatkan risiko untuk

  • Keguguran
  • Kehamilan luar rahim
  • Bayi meninggal secara tiba-tiba dalam kandungan, atau sejurus sahaja lepas dilahiran ( sepertiga baby yang meninggal sejurus selepas dilahirkan dikaitkan dengan ibu yang merokok )
  • Bayi dilahirkan dengan kecacatan – biasanya masalah sumbing bibir atau lelangit
  • Masalah tumbesaran dalam rahim – baby kecil dan bermasalah
  • Uri lekang ( placental abruption )
  • Risiko kelahiran bayi pramatang ( tak cukup bulan )

Kalau dah lahir pula, baby yang dilahirkan oleh ibu yg merokok berisiko;

  • Sindrom bayi mati mengejut ( SIDS ) – lebih-lebih lagi mak nya sambung merokok lepas bersalin
  • Asthma, jangkitan kuman pada peparu
  • Masalah tingkahlaku seperti ADHD
  • Prestasi anak anak ni kat sekolah tak memuaskan
  • Dengan berhenti merokok dan jauhkan diri dari asap rokok, SEMUA risiko yang saya sebutkan dapat dikurangkan.

Ape lagi? Jom katakan TAK NAK kepada rokok!

 

Sumber: Facebook Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.

Published by
NuFa