“Ibu Hampir Hilang Nyawa Sayang..” Sebelum Bersalin Lebih 1 Liter Air Ketuban Doktor Sedut

Share

Setiap ibu pengalaman mengandung dan bersalin tak sama. Ada yang dari awal kandungan sehingga bersalin semuanya lancar tetapi ada sesetengah ibu yang perlu mendapat pemeriksaan doktor disebabkan masalah kesihatan.

Bagaimanapun setiap ibu pengorbanannya dianggap satu jihad dan pasti akan ada ganjaran syurga buatnya. Seperti perkongsian seorang ibu, Puan Nisa Fadzil yang melalui pengalaman mengandung berisiko dan doktor menyatakan mungkin boleh meragut nyawanya atau bayi dalam kandungan. Namun alhamdulillah semua berjalan lancar dan bayi dilahirkan juga membesar dengan sihat.

Berita pemergian Siti Sarah ni agak dekat juga di hati. Bezanya arwah pergi awal, dan saya pula masih dipanjangkan umur untuk berbakti sebagai hamba Allah – isteri dan ibu kepada 9 anak. Alhamdulillah..

Arwah lahir bulan September sama denganku. Tahun pun sama. Baru hari ini rasa nak bercerita sedikit kisah sedih ketika nak lahirkan baby kesembilan pada April yang lalu.

Hamilkan 8 orang anak sebelum ni tak diduga sangat. Biasa-biasa je lah. GDM (kencing manis ketika preggy) tu biasa kena juga la beberapa kali. Alhamdulillah tak ada apa-apa komplikasi.

Macam biasalah, saya plan nak bersalin di DBM (klinik bersalin private yang semua docnya perempuan) tak jauh sangat dari rumah kami, tapi makan masa 40 minit juga nak sampai hihi.

Kandungan 7 bulan baru doktor tengok ada sesuatu tak kena

Bulan ke-7 checkup di klinik berhampiran, Dr. J dah kesan sesuatu yang tak kena. Bulan ke-8 punya check up, doc DBM gesa buat test kencing manis. Nak dijadikan cerita, lekat GDM. Start dari tu lah stop makan minum manis apa semua. Seksa oiii.

Scan pula baby membesar dengan jayanya dan ini antara faktor doc suruh buat saringan diabetes tu. Saya punya husnuzon lah tak sangkut GDM sekali sangkut daaa.

Itu satu hal. Appointment di DBM pula dengan doc pakar scan. Dia scan details lah dan resultnya mengejutkan juga. Air ketuban saya terlalu banyak – #polyhidramnious dan boleh menyebabkan situasi bernama AFE. Seram jugak baca korang google la sendiri lebih details yek.

# note: Amniotic fluid embolism (AFE) is an extremely rare, but life-threatening complication that affects pregnant women shortly before, during, or immediately following labor and childbirth. Most instances occur during labor.

Ok la. AFE ni kes rare juga kiranya. Air ketuban saya 2x ganda banyak dari biasa. Syukurla baby baik dok diam-diam je tak berpusing jadi songsang. AFE ni risikonya sebelum bersalin, semasa dan selepas. Andaikata ada air ketuban saya termasuk sikit pun dalam saluran darah, saya boleh meninggal.

Masa dengar doc pakar tu explain, saya dengan suami masih maintain cool je. Terkejut je lah dengar kebarangkalian risiko-risiko yang bakal terjadi disebabkan AFE tu. Risiko tu untuk baby dan saya sekali. Baby boleh mati mengejut. Oh tidakkk.

Doc juga mention kemungkinan besar saya akan bersalin lebih awal dari due date, secara czer. Gulppp terkedu kami laki bini. Apa pun kami usahakan je yang terbaik.

Dipendekkan cerita, DBM akhirnya tolak “kes” saya utk bersalin di situ. Too many risks katanya yang mereka tak sanggup ambil. Redho je lah nak buat macammana kan. Allah nak uji sikit.

Doc pakar scan tu suggest saya serah diri ke GM Penang atau Hospital Seberang Jaya. Dalam hati saya dah tolak awal2 huhu. Makanya kami laki bini discuss dalam kereta, nak try nasib di KPJ. Suami saya kata tak kisah la bab kos bersalin yang penting baby dan saya selamat.

Balik rumah tu saya dah start nangis. Dan nangis dan nangis. Especially tiap kali lepas solat. Lajuuu je airmata mengalir. Dok bayang kalau AFE tu terjadi. Tak sempatla saya nak peluk cium baby. Kesian encik somi handle anak 8 orang. Kesian anak-anak. Dok bayang muka sorang, sorang depan mata.

So pendekkan cerita lagi kami buat appointment di KPJ dengan seorang doc pakar O&G. Surprisingly beliau pun mention pasal AFE ni dan dia agak risau nak terima saya as patient.
AFE ni doktor-doktor pun seram dengar katanya. Itu doc pakar sendiri cakap ko bayangkan yg mendengar ni cane. Allahuakbar besarnya dugaanMu kali ni..

Tapi alhamdulillah doc tu aturkan juga saya utk bersalin secara normal dulu pada minggu ke 37 pregnancy. Lega sikit dengar camtu. Sebab takleh tunggu due date, nanti baby terlalu besar boleh cecah lebih 4kg nanti dan risiko lain pulak mari nanti.

Kami redha dan accept dengan planning doc tu. Syukur sangat dapat doc pakar perbidanan yg baik dan sporting macam Dr. Muna tu. Rasa sedih saya semakin dapat overcome dengan baik…

Menjelang minggu ke 37 nak bersalin tu, saya mula banyakkan berjalan. Alhamdulillah masa tu belum start PKP 3.0. Maka sempatlah saya ajak anak teman berjalan di supermarket berdekatan. Sampai lenguh2 lah kaki dan pinggang dibuatnye haha.

Amalan minum koko + butter pun saya buat. Tak pernah2 buat sebelum ni yg 8 orang tu. Demi nak ikhtiar mudah dan cepatkan bersalin, saya redah je buat.

Pagi 3 Ramadhan pun tiba. Tarikh bersalin yg Dr. Muna bagi dah tiba. Time sahur tu saya tak makan apa, means tak bersahurlah. Just minum koko + butter secawan.
Sampai di KPJ, saya mampu makan 2 keping roti dan beberapa biji kurma + air selusuh suami buat je utk sedikit energy masa nak “berjihad” satgi..

Dari saya bangun tidur sampailah ke KPJ saya tak henti2 zikir dan doa. Yelah, macam2 kebarangkalian boleh terjadi dek kerana High Risk pregnancy kali ni kan. Dengan debar nak bersalin nya allahuakbar. Nak swab test pun debor. Sempat juga baca surah Maryam sekali round.

Air ketuban doktor sedut lebih 1 liter

Allah Maha Penyayang. Dr buat scan dan VE dah 5cm. Doa saya terkabul ! Macam yang saya hajatkan masa nak bersalin anak ke-5 dulu. Bukaan dah 5cm. Sama. Proses bersalin lancar, tak lama. Proses swab test pun lancar je.

Cuma yg kali ni Dr. masukkan juga Pitocin utk percepatkan proses bersalin. Pemantau rapi weih. Air ketuban dipecahkan dan disedut ke dalam balang khas. Banyak betolll lebih 1 liter tak termasuk yg belum keluar sepenuhnya. Berenang2 baby dalam rahim tu ye.

Air ketuban tu disedut untuk elak AFE berlaku. Saya tawakkal dan teruskan zikir, doa sampai tiba masa nak bersalin. Rupanya doktor punya cuak masa tu tapi beliau tak bagitau saya lah. Lepas bersalin baru bagitau hihi.

Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan, proses bersalin dari mula masuk ubat sampai selesai, dalam masa lebih kurang 2 jam saja. Merasalah bersalin normal di KPJ ni.

Allah izinkan umur saya dan baby panjang. Dapatlah bermain dgn baby debab Izzara Fatimah yg dah nak masuk 4 bulan ni. Panjang pula coretan kali ni. Moga membesar dengan sihat yan sayang.

Kredit: Nisa Fadzil

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy