Ibu Hilang Sekejap Terus Menangis. Dalam Situasi Ni Anak Kita Bukan Mengada Ya!

Share

“Kalau dengan ibu bukan main manja dan mengada-ngada ya..” Kita selalu dengar ayat macam ni kan terutama bila ada anak-anak yang susah nak berenggang atau tinggal sekejap terus menangis.

Ingat anak-anak kita bukannya saja-saja berbuat demikian. Dia ada fasa tertentu untuk dilalui sebelum betul-betul memahami keadaan sebenar.

Menurut Ibu Rose yang selalu berkongsikan ilmu keibubapaan dan kekeluargaan, anak-anak kecil dalam fasa ini sebenarnya dia nak beritahu sesuatu. Berikut adalah perkongsiannya.

Anak kita bukan mengada-ngada

Dikatakan anak berperangai buruk bila dengan ibunya.

“Waa….” Leha, kenapa biar anak tu nangis lama-lama? Sian kak long tengok”.

“Ala kak…si kecik ni, asik nangis je. Pantang tak nampak saya. Manja sangat. Kena ajar sikit ni biar jadi berani.”

“Ish ko ni…belajar mana ni? Anak ko baru 1tahun sebulan. Tak boleh macam tu. Kena cepat tengok kenapa dia nangis. Lagi ko biar lama nangis macam ni, dah besar nanti pun cepat nangis, tantrum.”

“Yeke kak long?. Saya ingat jangan manjakan sangat supaya cepat belajar anak ni.”

ARTIKEL MENARIK [Anak Jenis Susah Berenggang, Sensitif Masa Kecil Selalunya Anak Yang Cerdik]

Alahai…ramai yang salah sangka begini. Mari ibu terangkan lebih lanjut mengenai hal ini.

Keadaan ini normal untuk anak bawah setahun

Bagi anak berumur 1 tahun ke bawah, sebenarnya kita tidak boleh mengatakan dia berperangai buruk jika dia menangis nak ikut anda masuk tandas, atau tidak boleh jauh dari anda langsung.

Pada usia ini, bahagian otak bawah atau reptilian brain yang sedang develop. Bahagian otak ini, menjaga keselamatan dan perlu rasa selamat untuk perkembangan seterusnya.

Bila mama pergi dari dia ke toilet ke atau ke mana, anak itu tengok mamanya hilang dan rasa selamat tergugat. Itu yang dia menangis. Itu bukan manja…jangan salah faham dan bukan juga berperangai buruk. Itu tabii dan perkembangan kanak-kanak.

Anak kecil menangis bukan kerana dia berperangai buruk, dia menangis untuk communicate keperluannya. Maka selidiklah apa yang dia perlukan dan tunaikan.

Tak elok biarkan anak menangis

Ibu, risau bila ibu bapa muda tersilap faham begini, kerana kesannya buruk. Kerana takut anak menjadi manja,sedangkan pada usia ini, anak amat perlukan belaian ibu dan bapa. Dan kerana kononnya takut anak itu manja dibiarkan anak itu sorang-sorang dan menangis melalak beberapa jam. Akhirnya, tahap untuk rasa selamat itu tidak berakhir, sudah 6 tahun pun masih clingy dan esteem diri yang rendah kerana berasa dia tidak penting dan tidak dikasihi.

Anak yang dikatakan berperangai buruk jika sudah lebih 4 tahun, perangainya mungkin menyepak dan merontak-ronta bukan kerana dia berada dengan ibunya. Tetapi kerana dia tidak dididik dengan kasih sayang dan ketegasan, loving and firm. Kerana anak yang dididik dengan loving and firm, dia tahu had-had kelakuan yang dibenarkan. Yang menjadi berperangai buruk adalah yang dididik TANPA meletakkan had-hadnya atau pun boundaries.

Contoh, tengok TV sampai pukul 2 pagi pun dibenarkan…atau bila memukul kawan-kawan, ibu bapa tengok sahaja dan tidak mengambil tindakan memberitahu perbuatan itu salah.

Walaupun pada ketika itu anak itu masih 2 tahun, ibu bapa perlu membetulkan kelakuan anak itu dan mulakan perlahan-lahan. Dan berulang sehingga anak itu faham. Ianya mungkin mengambil masa BEBERAPA BULAN.

Kita hanya boleh mengatakan seorang anak itu berperangai buruk sekiranya anak itu TELAH berusia 4 tahun keatas kerana pada usia ini, barulah seorang anak itu sudah mula boleh berfikir dan memahami reason. Namun, tidak yang kompleks….tapi sudah boleh sedikit. Dan bila sedari kecil ibu bapa berusaha memberi penerangan atau reason, anak itu akan membesar menjadi seorang yang mudah memahami, reasonable.

” children raised with reasons become reasonable

Cara didikan penting

Yang dikatakan berperangai buruk itu maksudnya anak itu melakukan perkara-perkara yang tidak boleh diterima dalam sosial, seperti memukul kawan, menyepak, merampas, menjerit-jerit marah, berguling-guling hendakkan barang di kedai….namun perlu difahami ini BUKAN kerana anak itu berada dengan ibunya…ia adalah kerana didikan yang diterima sebelum ini lebih kepada PERMISSIVE dimana semuanya tidak mengapa, diikut semua kehendak anak itu.

Apa yang kita katakan sebagai ‘permissive parenting’? Permissive parenting adalah anak tidak dikenalkan dengan peraturan dan contoh perangai baik sejak kecil.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Pijak Pasir, Pegang Benda Lembik Geli, Tandanya Anak Kurang Rangsangan. Kena Bertindak Cepat!]

Bagi pendapat dan pegangan Ibu, anak berperangai buruk diantara sebab utamanya BUKAN kerana anak itu dengan ibunya atau bapanya, …it is the parenting. Sebab ramai para ibu yang bijak mengendalikan dan mendidik anak-anaknya..dan anak tidak berperangai buruk bila dengan mereka.

Jadi, TIDAK BENAR bila dikatakan “Anak ni, kalau dengan maknya, dia buat perangai.”. Tapi adalah tentang GAYA PARENTING mak itu sendiri.

Sumber: Ibu Rose

Published by
Wan Amalia Mohd Daud