“Bila letak Nufail kat riba ibu dia, nampak air mata kakak mengalir. Dia seolah faham itu anaknya cuma tak boleh nak peluk erat.”
Itu yang dikongsikan oleh adik Jahidah Nordin sebelum ini, wanita yang selamat melahirkan anak dalam keadaan koma secara pembedahan 30 November tahun lalu gara-gara dianiaya oleh suami.
Apa yang menyedihkan, sejak dalam rahim ibu lagi Nufail tak merasa makanan atau nutrisi lengkap kecuali susu. Bakal genap setahun tak lama lagi, bayi bernama J Eshan Nufail itu semakin bijak dan sihat walaupun ketika dalam kandungan doktor maklumkan kakinya agak kecil.
Selain kakaknya tidak pernah jamah apa-apa selain susu sepanjang koma dan terlantar atas katil, Fauziah Nordin turut risau memandangkan berat badan anak buahnya belum di tahap ideal lagi.
@ziahzara_15 anak Soleh bijak nufail..♥️♥️🥹#babyjahidah #nufailfamily #eshannufail #babyajaib #mangsaderasuamidayus #braindamage #ziahzara ♬ Buah Hati – Armada
Terbaru di Tik Tok Fauziah, hati terasa sebak tengok Nufail mengesot masuk bilik ibunya. Seolah dia dah tahu ibunya duduk kat mana.
Dalam waktu yang sama, Nufail juga sangat aktif bergerak di sekeliling rumah. Sebagai ibu saudara yang menjaganya sejak dari awal lahir sehingga kini, Fauziah akui sebak apabila melihat gelagat spontan Nufail yang pandai mengesot masuk ke dalam bilik ibunya.
Tindakan itu memperlihatkan naluri kuat anak buahnya, kerana seolah-olah tahu di mana kedudukan Jahidah Nordin tanpa dibantu oleh sesiapa.
Mungkin naluri dia dapat rasakan mak panggil, manalah tahu kan…”ibu, ibu adik datang ni”
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sayu menyaksikan gelagat anak tunggal Jahidah Nordin. Walaupun belum boleh memanggil ibunya, tapi dia ibunya berada dalam bilik tersebut.
Pada masa sama, ramai yang turut mendoakan Nufail agar sihat membesar sekali gus dapat menjadi peneman setia serta pembela ibunya suatu hari nanti.
Pandai cari mama dia..
Semoga Allah mempermudahkan urusan Nufail dan ibunya. Harap ada keajaiban dari Allah kerana setiap yang berlaku itu adalah rahsia dariNya.
Kredit : TikTok ziahzara_15 / viralnewsupdates
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI