Kuasa Allah, tiada siapa tahu. Kun Fayakun! Inilah situasi yang mengejutkan buat pasangan suami isteri dan seluruh ahli keluarga apabila Allah kurniakan bayi lelaki yang sihat dan cukup sempurna sifatnya setelah 9 bulan dalam perut tanpa langsung diketahui kehadirannya.
Mesti ramai yang tertanya-tanya, adakah langsung tak perasan kehadiran khalifah kecil dalam kandungan itu? Namun inilah yang dikatakan kuasa Allah dan keajaiban berlaku.
Kebiasaannya wanita hamil akan melalui fasa alahan atau perubahan badan tapi pengalaman seorang ibu ini benar-benar buatkan dirinya sendiri tak sangka melahirkan bayi dengan selamat dalam tandas seoran diri.
Ingatkan sakit perut, rupanya sakit nak bersalin
Seminggu sebelum kelahiran ‘bayi ajaib’
Kisah yang telah dikongsi oleh adik kepada wanita tersebut di laman TikTok itu mendapat respons dari orang ramai dan masing-masing menganggap kelahiran bayi ajaib ini bukti kebesara Allah.
Menurutnya, mereka sekeluarga dikejutkan dengan kehadiran bayi ‘ajaib’ itu apabila kakaknya selamat melahirkan anaknya pada jam 4 pagi di dalam tandas seorang diri.
Ads
Jelasnya lagi, wanita itu terpaksa duduk di tandas hampir satu jam kerana tiada siapa di dalam rumah yang menyedari perkara tersebut sehinggalah ibu mereka bangun untuk ke dapur.
Melihat kejadian itu, mereka bergegas menelefon ambulance dan setiba sampai nurse meminta buku pink untuk semakan lanjut namun dia menjawab kakaknya tiada buku pink kerana dia tidak mengetahui tentang kehamilannya.
“Nurse tanya buku pink ada? Dan saya terus cakap tak ada sebab kakak saya tak tahu dia pregnant. Nurse pun pening,” katanya.
Setakat ini, keadaan kakak dan bayinya dalam keadaan baik dan bayi lelaki comel itu diberi nama Muhammad Khalish Wafiq.
Ads
“Kuasa Allah. 9 bulan dalam kandungan tanpa diketahui oleh ibunya sendiri. Kun Fayakun. 1 dalam seribu. Baby ajaib,” jelasnya.
“Tanda kebesaran Allah, Allah jaga…”
Di ruangan komen, semuanya tak sangka dan mengucapkan tahniah. Inilah kebesaran Allah SWT.
Ads
Ada juga yang turut berkongsi pengalaman ahli keluarga yang mengalami situasi mengandung tanpa sedar walaupun kandungan dah besar.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Bagi pelakon, Izzue Islam dia cukup tersentuh hati apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ingin membantu dia dan isterinya, Awin untuk mendapatkan cahaya mata.
Izzue yang berpeluang bertemu Tunku Azizah di belakang pentas ketika pementasan teater Mak Yong pada Oktober lalu berkata, tawaran itu disifatkan sebagai satu pertolongan yang amat bernilai buat dirinya.
Tawarkan Untuk Buat IVF
“Saya akui terkejut dan terharu apabila Tunku Azizah sendiri tawarkan untuk bantu saya dan isteri mendapat zuriat.
“Pertemuan ketika di belakang pentas selepas selesai pementasan teater Mak Yong memang cukup manis. Waktu itu, saya tidak tahu nak cakap apa sebab segan dengan baginda.
“Bagaimanapun Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya dan isteri sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu saja,” katanya.
Menurut Izzue, sehingga kini dia belum berkesempatan bertemu Permaisuri memandangkan jadual kerjanya yang padat.
“Belum ada rezeki untuk bertemu dengan baginda. Saya agak sibuk dengan beberapa komitmen serta sibuk dengan penggambaran sebuah drama.
“Insya-Allah kalau ada rezeki, mungkin awal tahun depan saya akan berjumpa baginda,” katanya.
Untuk rekod, Yayasan Fertiliti Tunku Azizah yang diasaskan baginda menawarkan penajaan pasangan yang terpilih untuk rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim (IVF) di sebuah Pusat Fertiliti yang mengambil bahagian di Malaysia.
Hampir enam tahun mendirikan rumah tangga, Izzue dan Awin belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Pasangan itu bernikah pada 2 Jun 2013.
Bagi sesetengah orang memelihara haiwan peliharaan ibarat satu terapi. Tapi ada segelintirnya yang akan mengalami alahan lagi-lagi untuk anak kecil. Keadaan ini jika tak dikawal boleh memudaratkan kesihatan seisi keluarga.
Seperti perkongsian seorang ibu Egee Qaseh di Facebooknya, dia terpaksa membotakkan kepala salah seorang anak kembarnya selepas terkena jangkitan kulat kepala daripada kucing yang luka. Berkongsi lebih lanjut, anak kembarnya dipercayai bermain dengan kucing jalanan yang menumpang di rumah mereka.
Terkena penyakit kulat kepala
Ramai yang tanya kenapa den pendekkan rambut anak den. Ini jawapan dia. Ada jugak yang konpius yelah sebab haritu twin perempuan. Ni twin lelaki pulak. Si kembar Ena dan Eca ni terkena penyakit yang diberi nama RINGWORM atau KULAT KEPALA dalam bahasa mudah nak faham. Doktor dah cakap siap-siap. Virus ni memang makan masa lama nak sembuh puan. Degil virus dia. Betul-betul lama. Hampir 8 bulan sebab doktor tak tahu ubat apa yang rasi dengan virus atas kepala tu. Kena try dan error.
Kisahnya bermula bila satu hari tu den tengok kepala Eca macam botak sikit dekat tengah sebesar duit syiling 5 sen. Antara punca-punca terjadinya masalah ini seperti yang dinyatakan doktor ialah jangkitan dari kucing yang ada luka. Maksudnya kita nampak dia macam ada luka, kurap. Bukan kucing sihat ye. Tak tahu sama ada kucing tu memang dah sedia terdedah kepada virus apa dan berjangkit melalui sentuhan atau air liur kucing tu.
Anak den tak main kucing sebab ada asthma tetapi seminggu sebelum tu ada kucing jalanan menumpang di rumah sebab baru lepas beranak. Adalah satu hari tu mungkin den terlepas pandang anak-anak den main dengan kucing tu. Bergantung kepada antibody budak, tak semua budak mudah berjangkit. Ada yang okay ada yang tak. Tapi anak den mudah berjangkit dan dia tak mudah berjangkit sama-sama manusia. Cuma dari haiwan ke manusia. Wallahualam…
Mula dengan tanda kecil di kepala
Dari situlah den perasan ada tanda tu dekat kepala anak den. Kita tak cakap tak boleh bela kucing cuma kalau kucing tu ada luka ke kurap ke atau apa.. Baik elakkan anak kita pegang-pegang dia. Dan sekiranya kucing kita ada luka bawaklah pergi vet secepat yang boleh. Benda ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kalau nak cakap bab kebersihan saya dah cukup jaga dah sebab anak saya semua ada ASTHMA. Habuk ke apa ke memang alhamdulillah terjaga. Kita pun tak sangka harini dia main dengan kucing elok je. Esok main dengan kucing lain tiba-tiba jangkit pulak.
Cuma nak nasihatkan jika ada tanda-tanda seperti gambar ni segeralah dapatkan rawatan cepat sebab setiap budak tak sama. Dan Allah dah tentukan anak den nak kena. Siapalah kita nak persoalkan. Episod 8 bulan yang betul-betul menguji kesabaran kita sebagai ibu. Benda sama dok berulang-ulang. Harini baik esok dia jadi balik. Bertabahlah berdoalah. Allah maha penyembuh. Alhamdulillah sekarang ni dah sembuh dan bebas dari virus ni. Rambut pun dah tumbuh dengan jayanya. Syukur sangat-sangat.
Bulatan sebesar duit 5 sen, makin membesar
Ni Ena dan Eca. Umur 5 tahun asalnya rambut diaorang memang panjang macam inilah. Memang kalau jumpa sesiapa. Ramailah yang suka yelah. Twin gegirl rambut panjang macam tu. Bikin orang geram tapi jenuh jugaklah mak dia nak jaga rambut tu. Shampoo semua. Aduiii
Kisah bermula bulatan dia kecik jeee. Dalam 5 sen mula-mula den ingatkan takda apalah. Dia akan ok tapi dalam masa dua tiga hari bulatan itu makin membesar. Lepas tu rambut tu reput guys. Kita pegang jee dia dah tercabut. Ya Allah masa tu punyalah cuak tak tau nak buat apa. Nak fikir apa, dok fikir eh anak aku ni sakit kee. Lepas tu bawak pergi klinik doktor cek dia cakap kena jangkitan kulat kucing ni puan. Ha.. Terkedu jugak sebab macam blur. Eh bila masa anak aku main kucing. Pastu eh boleh ke berjangkit dekat manusia. Doktor sarankan gunting rambut diaorang atau baik botakkan. Den macam ya Allah. Susah nak terima hakikat nak kena botakkan kepala anak sebab masa tu rasa jangkitan tu ok. Dia takkan membesar dan akan baik sebab tu kita jumpa doktor. InsyaAllah masa ni doktor bagi ubat sapu dan dia suruh beli shampoo khas untuk kulat dekat farmasi. Nasihat saya jika anak anda ada tanda pertama macam ni bawak ke klinik pakar dan dapatkan rawatan secepat boleh.
Merah, bertompok dan bernanah
Okay ini dalam masa seminggu rambut naik tapi ring tu semakin merebak dengan jayanya. Menjadi kemerah-merahan. Bertompok-tompok kepala anak den. Macam keradangan. Dah sapu ubat klinik dah shampoo dan dah buat semua. Tapi masih tak baik. Tak rasi barangkali tapi den tetap istiqomah. Kuatkan hati yang ianya hanya sementara dan anak den akan sembuh. Walaupun dalam hati sedih tengok kepala dia macam tu sebab memamg boleh rasa gatal dia tu mcm mana.
Keadaan makin teruk den botakkan lagi kepala dia bagi licin semua. Merah-merah tu bermata dan akan jadi nanah mcm ni. Doktor cakap jangan usik jangan picit sebab keadaan akan jadi lagi teruk. Masa ni den bawak pergi jumpa pakar kanak-kanak sebab rasa macam ubat klinik tu tak rasi dgn dia. Lepas bernanah tu kepala dia akan jadi kuping0kuping. Malam-malam dia menggaru. Masa ni kita sebagai ibu.. ya Allah sedih meruntun jiwa.
Garu sampai berdarah
Kalau sapu ubat baru akan terjadi mcm ni. Berulang selama 4 bulan. Tiap2 malam depe akan menggaru2. Yelah kitapun pun kdg2 terlena. Mana nak sedar depa dok garu2. Sedar2 muka kita basah. Pergi tengok cermin rupanya penuh darah kat muka. Sebab kepala depa dok kena muka kita. Masa ni kita redha jela nak buat mcm mana. Den gerakkan depa tengah malam. Basuh pakai air garam dan sapu ubat lagi. Ini fasa yang paling sedih dalam hidup. Ujian ni berat dirasakan sebab macam takde jalan penyelesaian. Penat.
Cuba cara tradisional pulak. Sapu buih daun gelenggang campur kapur sireh. Dia jadi kering kepala at least takdelah nampak berair dan berdarah.
Ambil masa 8 bulan untuk sembuh
Masa ni hospital bagi antibiotik tapi kena makan mengikut arahan yg betul sebab banyak effect dia ok. Masa ni kepala dah makin baik rupanya dia rasi dgn ubat yg dari hospital jugak. Mana2 ubat sama samada dari pakar kanak2 atau klinik atau hospital. Cuma kita tak tahu anak kita rasi yg mana. So kena try and error, itulah doktor cakap.
Alhamdulillah masuk bulan ke 8. Rambut2 semua dah naik dgn jayanya. Maka Eca betul2 dah sembuh dari kes jangkitan kulat. Azab dia betul2 menguji hati dan kesabaran orang yg menjaganya. Nak menjawab soalan org2 sekeliling lagi. Mental kena kuat oii. Dah terjawab dah semua persoalan kenapa den membotakkan kepala anak den. Sepanjang 8 bulan ni adalah 5,6 kali den botakkan kepala dan alhamdulillah jugak sepanjang sakit kepla ni diaorg tak kena serangan asthma.
Dah lebat dah sehat rambutnya. Alhamdulillah sekarang ni baru berani bagi guna shampoo biasa. Itupun seram jugak kadang-kadang 8 bulan tu bukan sekejap nak berdepan dgn benda2 mcm ni. Hanya seorang ibu je yg boleh buat semua ini kena kuatkan semangat. Pedulikan pandangan orang teruskan usaha dan istiqomah dgn ubat2 yg doktor bagi sebab diaorg nak yg terbaik buat anak kita jugak. Jangan salahkan kucing dan jangan benci kucing sebab kucing terlalu comel untuk dibenci cuma bila kita nampak kucing tu luka. Terbiar. Hadkan anak kita sebab kita tak tahu virus apa yg ada. Kanak2-kanak antibodi dia tak kuat. Harap2 cerita den ni dapat membantu sekiranya ramai ibu bapa di luar sana hadapi perkara yg sama.
Masalah utama mama ayah bila nak kemas baju anak ke taska atau tadika dan terlupa nak siapkan awal-awal. Bila anak dah masuk tidur barulah mama ada masa nak siapkan beg pakaian mereka. Tapi setiap kali nak buka almari baju, terpaksa buka lampu bilik sebab tak jumpa baju yang nak diletakkan dalam beg.
Bila dah buka lampu, tentu-tentu tidur anak terganggu. Anak kalau dah terjaga memang susah nak lelap balik kan? Satu masalah lain pula timbul! Mama ayah yang ada masalah macam ni boleh baca perkongsian daripada ayah ini. Selamat mencuba!
Just nak share lampu LED murah dan berbaloi untuk wardrobe / kitchen cabinet.
Pasang je dekat hinge pintu settle masalah terang almari bila bukak. Tapi pastikan yang pakai hinges saja boleh guna, pintu sliding tak boleh guna ya.
Modal RM1.70 saja di Shopee! Dia bagi sekali dengan bateri tinggal nak pasang je.
Ini battery yang dia beri sekali masa beli. Kalau korang nak beli boleh dapatkan dekat link yang aku letak dekat bawah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.