Anak-anak memang suka makan bebola ayam. Sebenarnya ibu boleh buat sendiri resipi ini. Barulah senang hati nak bagi anak makan sebab menggunakan bahan-bahan yang lebih terjamin kebersihannya, tiada bahan pengawet dan lebih jimat.
Kalau tak tahu nak buat, boleh ikut resipi dikongsi oleh Murni Rahmat ini. Ternyata bebola ayam buatannya mendapat sambutan ramai kawan-kawan anaknya yang membawa bekalan ini ke sekolah.
Bahan-bahan:
2 cawan isi ayam-saya kisar guna blender kering
2 cawan serbuk roti-patut yang putih, tapi rumah tak ada stock
2 biji telur
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Serbuk bawang putih-takde pun takpe
Garam
Daun sup/daun bawang
Cara membuat:
Gaul semua sampai sebati
Ads
Adunan akan lembik dan melekat sikit kat tangan.
Tips untuk senang buat kerja, basahkan tapak tangan dengan minyak masak baru dia tak melekat kat tangan. Kalau rasa adunan mcm lembik sangat, tambah je tepung tapi bebola tu jadi liat sikit la.
Letak cheddar cheese. Kalau takde pun takpe. Guna mozzarela cheese untuk effect ‘tarik’.
Ads
Bulatkan dulu banyak-banyak.
Lepas itu celup bebola dalam telur dan serbuk roti.
Ads
Siap untuk digoreng.
Inilah hasilnya selepas digoreng. Panas sedap, sejuk pun sedap juga.
Sesekali ada masanya kita teringin nak makan aiskrim Malaysia. Bukan anak-anak saja, kita yang dewasa pun adakalanya boleh layan makan sampai dua tiga aiskrim. Cuti sekolah ini apa kata tambahkan aktiviti anak-anak dengan menyediakan aiskrim Malaysia ini bersama-sama dengan anak. Gamat seketika dapur bila anak berebut-rebut nak tolong.
Resipi aiskrim tiga bahan yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Safwah Abd Sani nampak menyelerakan. Bukan hanya susu malah digabungkan sekali dengan nutella yang sememangnya enak dan manis.
Ini rupanya rahsia aiskrim lemak berkrim, rasa lembut bila dimakan. Sebelum bersalin hari tu saja teringin nak makan aiskrim Malaysia.
Tapi nak aiskrim yang rasa lemak manis, lembut je kita gigit. Bukan yang keras macam kita pepak ais tu. Apa lagi, terus buka google dan search “resepi aiskrim malaysia”. Terima kasih pada yang share resepi ni.
Rupanya 3 bahan wajib ini yang menjadikan aiskrim Malaysia kita rasa cukup semuanya, lemak manis dan lembut bila dimakan.
Resepinya;
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 tin air
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dulu)
Secubit garam
Sedikit nutella
Resepi ni boleh pakai untuk buat semua jenis perisa.
Sebab nak buat perisa nutella, saya masukkan nutella dalam piping beg kemudian baru picitkan dalam plastik aiskrim. Untuk sekali bancuhan ni dapatlah dalam 15-20 batang aiskrim.
Bila buat sendiri memang berbaloi dan rasa puas bila makan. Lagi bila kau boleh letak nutella sesuka hati ikut nafsu.
Sekali sekala boleh la kan. Lagipun nak tunggu datang rajin tu entah bila la pulak nak membuatnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila musim perayaan dan sibuk travel, ibu kena tahu panduan sediakan menu ringkas bayi supaya tidak rasa terbeban dan orang lain yang lihat pun tak akan komen macam-macam.
Kalau boleh elakkan daripada menyuapkan anak anda makanan yang tak sesuai untuk usianya disebabkan tak sempat masak atau tiada bahan-bahan.
Puan Herny Hafiz berkongsi panduan mudah dan ringkas menyediakan menu ringkas untuk bayi dalam memastikan dia tetap makan makanan berkhasiat yang dimasak sendiri oleh ibu.
Beri makanan kepada baby adalah salah satu topik membawang yang popular ketika balik kampung nanti. Jadi kita geng memasak kena lah tampil dengan gaya memasak mudah dan serve with style.
Kalau guna cara biasa masak di dapur akan membuka ruang untuk di bawang kerana nampak leceh.
Berikut beberapa tips untuk mommies semua memasak healthy food tanpa siapa-siapa pun perasan. Boleh masak dalam bilik saja. Boleh sedikan makanan sambil tidur.
6 bulan : puree buah > pilih buah fresh tak perlu steam contohnya avocado, naga, pisang, betik.
7 bulan : bubur blend atau slow cook porridge guna beberapa jenis bahan utama : CBB + beras baby (mixed porridge) + ubi-ubi + dry mixed herb + ghee
8 bulan : bubur cair (slow cook) guna beberapa jenis bahan CBB + beras baby (mixed porridge) + ubi + (ikan @ ayam) + dry mixed herb + ghee
9 bulan : bubur pekat (slow cook) CBB + beras + ubi + (ikan @ ayam @ telur ) + celery @daun sup @ daun bawang @ mixed herb + ghee
10 bulan : nasi lembik nasi ayam @ nasi lemak @ nasi daging + telur rebus + timun
11 bulan nasi berlauk (sesuai guna ELB ) nasi putih + ikan steam + ayam steam @ telur steam bersama sayuran.
12 bulan (sesuai guna ELB ) makanan dewasa
ELB = electric lunch box
Untuk snacking : beli biskut atau buah buahan
Beberapa menu complete meal menggunakan slow cooker 0.6 liter di bahagian komen. Cara masak guna slow cooker. Sebelum tidur masukkan bahan-bahan kemudian biarkan sampai subuh. Boleh masak di dalam bilik tidur.
*ubi : sweet potato , kentang , carrot ( tahan lama) * kebanyakan bahan mentah di atas tak perlu peti sejuk untuk simpan melainkan ikan dan ayam dan CBB
* Resipi CBB (chicken bone broth) simple 1 kg tulang ayam + 2 keping asam keping + 1 batang kayu manis + 5 ulas bawang putih + air sekadar tenggelam bahan. asak selama 6-8 jam. Dah siap sejukkan dan isikan dalam ziplock kecil supaya mudah disimpan dan menjimatkan ruang. Resipi CBB ni bagus sebagai perasa , immune booster dan elak kembung.
* pilihan untuk ikan dan ayam boleh buat floss / serunding : caranya rebus ikan atau ayam. Ambil isi tumbuk. Blend bawang merah , bawang putih, halia (tumiskan) Kemudian masukkan isi ikan tadi kemudian masak hingga kering.
Anak-anak suka makan roti, apa kata cuba buat roti sardin pula. Jika anak tak tahan pedas, tak perlu letak potongan cili api. Nak sediakannya pun simple je. Sesuai untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah juga.
Resipi yang dikongsi oleh Yatiekitchen ini nampak sedap dan apa yang menariknya resepi roti sardin ini tak serap minyak dan rangup bila dikunyah.
Buat untuk hidangan minum petang pun sesuai sangat. Roti sardin ni juga sesuai dibuat sebagai menu sampingan kalau kita ada majlis kecil-kecilan.
Resipi Roti Sardin
Bahan-bahan:
1 tin sardin Adabi
Hirisan Bawang Merah Besar
2 ulas bawang putih
Cili padi merah x 1 hiris serong
Cili padi hijau x 2 hiris serong
1/4 biji limau nipis
Gula merah 1/2 sudu kecil
Cili kisar 1 sudu besar
Asam keping 1/4 keping
Adunan Tepung:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air sejuk
1/2 cawan air panas
1/4 sudu serbuk kunyit
Garam
Mushroom seasoning
1/2 biji Limau nipis
Tip tambahan: Kalau taknak roti serap minyak, kena buat campuran air panas & air sejuk untuk adunan tepung dan perahan limau nipis.
Cara-caranya:
1. Tumis bawang, bawang putih, cili padi , sehingga garing , masuk cili kisar , masuk sardine ( sos jgn dibuang ), biarkan sampai pecah minyak
3. Satukan kesemua bahan adunan tepung tadi, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
4. Masukkan sardin ke dalam roti, lipat dua , celup dalam adunan tepung , panaskan minyak dan goreng sehingga garing , biar roti goreng sekata.
5. Agak-agak dah kekuningan , toskan pada kitchen towel.
Mudah je kan nak buat roti sardin kantin sekolah ni. Lepas ni kalau ada lebihan roti dan sardin di rumah, boleh buat roti sardin dan frozen kan sahaja. Lebih jimat dan selamat.
Untuk yang suka pedas, nak setiap gigitan tu kena cili, boleh tambah beberapa biji cili padi. Tapi jika ada anak-anak kecil cukup sekadar 4 biji sahaja untuk 1 tin sardin kecil ni. Rasa pedas dia akan kurang dan sesuai untuk dimakan seluruh isi keluarga.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...