Anak-anak memang suka makan bebola ayam. Sebenarnya ibu boleh buat sendiri resipi ini. Barulah senang hati nak bagi anak makan sebab menggunakan bahan-bahan yang lebih terjamin kebersihannya, tiada bahan pengawet dan lebih jimat.
Kalau tak tahu nak buat, boleh ikut resipi dikongsi oleh Murni Rahmat ini. Ternyata bebola ayam buatannya mendapat sambutan ramai kawan-kawan anaknya yang membawa bekalan ini ke sekolah.
Bahan-bahan:
2 cawan isi ayam-saya kisar guna blender kering
2 cawan serbuk roti-patut yang putih, tapi rumah tak ada stock
2 biji telur
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Serbuk bawang putih-takde pun takpe
Garam
Daun sup/daun bawang
Cara membuat:
Gaul semua sampai sebati
Tips untuk senang buat kerja, basahkan tapak tangan dengan minyak masak baru dia tak melekat kat tangan. Kalau rasa adunan mcm lembik sangat, tambah je tepung tapi bebola tu jadi liat sikit la.
Letak cheddar cheese. Kalau takde pun takpe. Guna mozzarela cheese untuk effect ‘tarik’.
Bulatkan dulu banyak-banyak.
Lepas itu celup bebola dalam telur dan serbuk roti.
Siap untuk digoreng.
Inilah hasilnya selepas digoreng. Panas sedap, sejuk pun sedap juga.
Sumber: Murni Rahmat via Masak Apa Hari Ni (MAHN)