Mengamalkan petua dari nenek untuk mudah bersalin antaranya amal pakai kain atau seluar atas perut. Tak dapat disangkal lagi kadangkala petua orang lama yang patut diamalkan oleh ibu mengandung untuk mudah bersalin tak salah untuk dicuba asalkan ia tidak bertentangan dengan agama.
Menyedari hal tersebut, seorang ibu Syamira Osmanberkongsi petua tradisional yang diajar oleh neneknya untuk memudahkan proses bersalin. Dengan keizinan dari-Nya, petua tersebut diakui menjadi asbab memudahkan dia melahirkan anak beberapa bulan lalu. Jom baca kisah beliau seperti dikongsi dalam facebooknya.
Tips beranak
Masa mengandung kan hayla dah masuk 5bulan mcm tu , wan hayla a.k.a nenek hayla suruh umy pakai kain atau seluar atas perut.
Kalau seluar tu susah la. Pakai kain sarong jugak yg senang pakai mesti atas perut. Sampai la nak beranak pom pakai mcm tu. Katanya untuk bg anak turun elok dan duduk pada kedudukannya.
Tips lagi yang dia bagi tiap kali mandi hisap air hujung rambut tu. Ni nak bagi senang beranak. Tapi tak mampu nak buat sebab terpotong rambut jadi pendek.
Ads
Masa 7 bulan umy dah start minum air selusuh yang wan ambilkan dengan ustaz. Ni air selusuh minum setiap hari. Yang ni bukan air selusuh yang bila jalan dah bukak baru kena minum.
Sambil-sambil tu umy amalkan makan kapsul minyak kelapa dara. Kapsul tu juga umy cucuk dengan jarum ambil minyak dia dan buat urutan perineum kat laluan bersalin tu. Ni tujuan untuk lembutkan kawasan tu dan kurangkan risiko berkoyak.
Ok bila 36 weeks tu umy tiba-tiba rasa perut mengeras lain macam. Rasa tak selesa tapi tak sakit Pagi pukul 8 umy pergi hospital nak check tengok-tengok dah buka 2cm. So kena la tahan wad sebab 36 weeks jalan dah buka. Duduk la umy di dalam wad tapi tak sakit.
Ads
Petang tu wan hayla datang bawa kan milo panas campur dengan manjerin dan telur ayam kg 2 biji mentah-mentah suruh umy habiskan semua tu. Ni nak bagi ada tenaga dan cepat jalan buka. Sambil-sambil tu umy buat jalan itik pusing katil umy
Tiba-tiba lepas pada tu kuar darah. So nurse kata tu tanda nak bersalin dah tu. Tapi tak sakit lagi juga. Tunggu la dulu.
Lepas magrib tiba-tiba rasa tak sedap perut. Rasa contraction. Lepas isyak makin kuat. Pukul 11 pm mcm tu check jalan 9cm. So umy di suruh ambil barang-barang baby sebab dah nak masuk labour room. Umy masih boleh berjalan ke labour room. Tak sempat naik wheelchair.
Ads
Masuk labor room nurse pecah kan air ketuban dan check jantung baby. Elok je siap check tu terus umy teran hahahahha tak tahan. Keluar la hayla sekali teran. Alhamdullilah takde koyakkan apa-apa. Baby pom sihat hendaknya. Dalam 15 minit umy dok labor room.
Berbaloi jugak umy amal segala tips-tips tu. Tak cuba tak tahu kan. Mungkin rasa macam leceh dan mengarut tapi yang penting semua dengan izin Allah.
Ramai suami yang takut untuk menemani isteri mereka bersalin. Tapi sebenarnya, anda tidak perlu takut dan jangan biarkan isteri anda bersalin seorang diri tanpa ditemani. Kerana saat sukar itu kadang-kadang memerlukan suami di sisi. Jadi temanilah isteri anda.
Bila suami di sisi, isteri akan dapat lebih kekuatan untuk bersalin. Kesakitan memang tidak boleh dikurangkan, tapi dengan adanya emotional support dan physical support dari suami akan membuatkan isteri lebih kuat. Ikuti perkongsian dari Dr. Taufiq razif di facebooknya;
Kenapa Saya Tengok Isteri Bersalin?
Ni gambar tangan saya yang baru dipulas pulas dan diremas remas oleh isteri yang sedang bertarung di dewan bersalin.
Ya Rabbi! Sakit!
Tapi entah kenapa makin dia pulas pulas dan remas tangan saya ni, saya jadi makin sebak dan bahagia.
Setiap kali saya nampak matanya terpejam menahan sakitnya kontraksi, makin saya hulur tangan saya ni.
Pulas-lah!
Remas-lah!
Gigit-lah sayang!
Asalkan ia boleh mengurangkan kesakitan sayang!
Tapi hakikatnya tak berkurang pun. Dia tetap bertarung dengan kesakitan tu sendirian. Habis tu, kenapa saya berdegil juga nak tengok sendiri proses isteri saya bersalin tu??
– Saya nak bagi ’emotional support’ pada isteri saya sebenarnya. Walaupun saya tak mampu nak bagi painkiller pada jasadnya tetapi kehadiran saya tu sendiri adalah painkiller pada emosinya
– Saya nak tingkatkan Empati diri saya juga sebenarnya. Simpati semata-mata tak cukup. Ada masanya lelaki macam saya ni terlalu sibuk. Kesibukan terlampau boleh butakan mata hati kita sendiri sebenarnya.
– Tanpa empati, saya takkan boleh rasakan keletihan dan kesakitan isteri saya yang menjaga anak anak saya ketika saya jauh daripada rumah
– Saya juga nak bantu isteri saya ketika dalam dewan bersalin tu. Alhamdulillah semalam sempat juga la saya ‘wudhukkan’ dan bantu isteri saya solat Zuhur beberapa minit sebelum dia bersalin
– Saya juga bertanggungjawab nak bagi ‘physical support’ pada isteri saya masa kat dalam tu. Bayangkan masa tu isteri saya boleh nak gigit jari dia sendiri. Hampir berdarah jarinya! Mujur saya gantikan tangan dia dengan tangan saya!
– Masa tu isteri saya tengah mengalami ’emotional hijacking’ akibat kesakitan melampau. Dia dah tak boleh fikir rasional dah masa tu.
Saya sebagai suami la yang kena bantu. Tu la kenapa kami dicipta berpasangan. Untuk saling membantu dan melengkapkan!
Kita tahu bahaya kesan asap rokok pada perokok. Tanpa sedar thirdhand smoke atau asap rokok yang melekat di persekitaran dalam rumah juga beri kesan buruk pada orang yang tak menghisap tapi turut menghidu terutamanya kanak-kanak.
Mungkin ada di kalangan ayah yang merokok beranggapan dengan tidak menghisap rokok di hadapan anak maka si kecil bebas daripada sebarang kesan buruk asap rokok. Namun kita terlupa kesan saki-baki asap rokok tersebut telah melekat di seluruh persekitaran rumah.
Anak-anak yang sedang membesar dan berekplorasi kawasan sekeliling rumah sudah pasti tidak akan terlepas daripada menyentuh, menghidu atau menjilat peralatan dalam rumah yang sudah terlekat asap rokok hisapan si ayah.
Tanpa sedar anda sendiri yang telah mendedahkan anak kepada bahaya asap rokok!
Tahu ke apa itu thirdhand smoke? Secondhand smoke kita pernah dengar kan. Kalau nak tahu lebih lanjut baca perkongsian daripada Dr. Khairul Hafidz, Founder & Chairman of #MedTweetMY tentang bahayanya thirdhand smoke ini.
Tahukah kalian, selain perokok dan secondhand smoke, ada juga istilah thirdhand smoke?
Thirdhand smoke terjadi apabila saki baki nikotin dan bahan kimia dari rokok melekat pada permukaan bahan-bahan indoor, yang akhirnya bereaksi dengan bahan tersebut membentuk bahan toksik kepada manusia.
Bahan campuran toksik ini juga mengandungi bahan-bahan penyebab kanser yang akhirnya dihidu oleh manusia. Ia membahayakan terutamanya kepada kanak-kanak.
Contoh asap melekat di dinding, pakaian atau perabot, lama-lama reaksi kimia menghasilkan bahan toksik campuran yang berbahaya.
Oleh kerana itu, matlamat kami adalah untuk membentuk PERSEKITARAN BEBAS ROKOK, bukan hanya orang berhenti merokok.
Kami mahu persekitaran bebas asap rokok dan orang awam bebas dari menjadi mangsa secondhand dan juga thirdhand smoke.
Sumber: Khairul Hafidz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Muntah & cirit-birit tanpa henti, nurse cucuk ambil darah & masukkan air pun tak sedar. Rupa-rupanya Heidy, anak Haziq Hussni dijangkiti rotavirus.
Kanak-kanak yang mengalami rotavirus selalunya cirit birit, muntah-muntah dan demam suhu tinggi. Haziq melalui Instagram & Instastory berkongsi mengenai keadaan anak sulungnya, Muhammad Heidy Nufael, 2 tahun yang mengalami cirit-birit dan muntah berterusan sehingga lemah. Heidy terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ambil darah pun tertidur
Isteri Haziq, Ayunda Putri memberitahu yang Heidy mungkin “kering teruk” (mengalami dehidrasi) kerana muntah & cirit-birit berterusan.
Deejay radio & hos TV ini mengakui dia cukup fobia apabila anak sakit kerana dahulu anak keduanya Chayra pernah mengalami batuk kokol (batuk 100 hari).
Si kecil Heidy alami cirit birit & muntah kerap hingga menyebabkan dia sangat lemah. Setiap kali makan akan buang air besar & setiap kali minum akan muntah. Tindakan membawa Heidy ke hospital tepat kerana doktor mengatakan tubuh Heidy sememangnya sudah kering.
Manakala isteri Haziq, Putri turut berkongsi tentang keadaan Heidy yang telah berada di hospital selama 6 hari 5 malam (ketika itu). Menerusi Instastory, Putri berkongsi info tentang rotavirus.
Sekarang tengah musim Rotavirus, mommy daddy hati-hati.
Putri juga berkongsi info mengenai bahaya rotavirus. Ia sangat mudah berjangkit. Anak berusia 1 tahun ke bawah boleh mendapatkan vaksin rotavirus sebagai vaksin tambahan.
Putri sebagai ibu berasa terkilan kerana terlepas memberikan vaksin tambahan itu kepada Heidy kerana ketika itu Heidy sudah pun berusia lebih satu tahun.