Mengamalkan petua dari nenek untuk mudah bersalin antaranya amal pakai kain atau seluar atas perut. Tak dapat disangkal lagi kadangkala petua orang lama yang patut diamalkan oleh ibu mengandung untuk mudah bersalin tak salah untuk dicuba asalkan ia tidak bertentangan dengan agama.
Menyedari hal tersebut, seorang ibu Syamira Osman berkongsi petua tradisional yang diajar oleh neneknya untuk memudahkan proses bersalin. Dengan keizinan dari-Nya, petua tersebut diakui menjadi asbab memudahkan dia melahirkan anak beberapa bulan lalu. Jom baca kisah beliau seperti dikongsi dalam facebooknya.
Tips beranak
Masa mengandung kan hayla dah masuk 5bulan mcm tu , wan hayla a.k.a nenek hayla suruh umy pakai kain atau seluar atas perut.
Tips lagi yang dia bagi tiap kali mandi hisap air hujung rambut tu. Ni nak bagi senang beranak. Tapi tak mampu nak buat sebab terpotong rambut jadi pendek.
Masa 7 bulan umy dah start minum air selusuh yang wan ambilkan dengan ustaz. Ni air selusuh minum setiap hari. Yang ni bukan air selusuh yang bila jalan dah bukak baru kena minum.
Sambil-sambil tu umy amalkan makan kapsul minyak kelapa dara. Kapsul tu juga umy cucuk dengan jarum ambil minyak dia dan buat urutan perineum kat laluan bersalin tu. Ni tujuan untuk lembutkan kawasan tu dan kurangkan risiko berkoyak.
Ok bila 36 weeks tu umy tiba-tiba rasa perut mengeras lain macam. Rasa tak selesa tapi tak sakit Pagi pukul 8 umy pergi hospital nak check tengok-tengok dah buka 2cm. So kena la tahan wad sebab 36 weeks jalan dah buka. Duduk la umy di dalam wad tapi tak sakit.
Petang tu wan hayla datang bawa kan milo panas campur dengan manjerin dan telur ayam kg 2 biji mentah-mentah suruh umy habiskan semua tu. Ni nak bagi ada tenaga dan cepat jalan buka. Sambil-sambil tu umy buat jalan itik pusing katil umy
Tiba-tiba lepas pada tu kuar darah. So nurse kata tu tanda nak bersalin dah tu. Tapi tak sakit lagi juga. Tunggu la dulu.
Lepas magrib tiba-tiba rasa tak sedap perut. Rasa contraction. Lepas isyak makin kuat. Pukul 11 pm mcm tu check jalan 9cm. So umy di suruh ambil barang-barang baby sebab dah nak masuk labour room. Umy masih boleh berjalan ke labour room. Tak sempat naik wheelchair.
Masuk labor room nurse pecah kan air ketuban dan check jantung baby. Elok je siap check tu terus umy teran hahahahha tak tahan. Keluar la hayla sekali teran.
Alhamdullilah takde koyakkan apa-apa. Baby pom sihat hendaknya. Dalam 15 minit umy dok labor room.
Berbaloi jugak umy amal segala tips-tips tu. Tak cuba tak tahu kan. Mungkin rasa macam leceh dan mengarut tapi yang penting semua dengan izin Allah.
Rindu nak beranak lagi
Throwback 24.6.2016
Sumber: Syamira Osman