Apabila anak dah mencecah usia 6 bulan, pastinya ibu-ibu mula fikirkan menu sesuai untuk diberi pada si manja. Biasanya bubur nasi yang dikisar antara yang menjadi keutamaan selain puri buah atau sayur.
Jika ibu bekerja, penyediaan bahan asasnya perlu dilakukan lebih awal bagi menjimatkan masa memasak pada waktu pagi sebelum hantar anak ke pengasuh atau taska. Sekurang-kurangnya tidaklah kelam kabut untuk buat semuanya dalam satu masa.
Justeru itu, idea yang dikongsikan oleh Puan Izzah Kassim ini sangat membantu. Bukan saja untuk ibu bekerja, ibu suri rumah pun boleh praktikkan juga cara macam ni. Cepat dan mudah!
Dalam 15 minit siap!
Sekadar perkongsian cara saya menyediakan bubur baby. Saya ibu yang bekerja dan akan masak setiap pagi untuk baby 2 kali makan kemudian asingkan dalam 2 bekas kecil.
Beras frozen sangat-sangat membantu dan memudahkan, dalam 15 minit bubur dah siap masak. Sayur, buah, ayam pun saya buat frozen juga. Senang letak je 1 atau 2 cube. Cuma sayur yang berdaun saya tak buat frozen. Saya guna hand blander brand Sokany, bubur jadi halus elok.
– Basuh beras bersih-bersih. Lepas tu masukkan dalam satu sudu kecik dalam setiap ice tray, masukkan air bagi penuh ice tray.
Ads
– Beras frozen, ayam, carrot dan baby spinach.
– Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
Ads
– Hand blander Sokany bubur jadi halus elok.
– Asingkan siap-siap untuk 2x makan.
Bagi memudahkan ibu-ibu buat stok ni, sebaiknya beli bekas silikon dan tak perlulah nak lalukan bawah air paip tiap kali nak guna. Kebersihan pun terjamin. Seminggu sekali boleh tambah stok baru.
Jika ibu terlewat bangun pun, tak lah ambil masa lama di dapur untuk sediakan bekal anak sambil bersiap nak ke tempat kerja. Malah ibu yang suri rumah, sambil buat kerja rumah dah boleh siapkan makanan bayi.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Saya baru sahaja melahirkan anak sulung. Saya ingin tahu apakah amalan pemakanan yang boleh membantu saya mendapatkan anak yang cerdik otaknya?” Sudah tentu semua ibu bapa inginkan anaknya cerdik pandai. Pelbagai usaha akan dilakukan termasuklah memberikan makanan yang terbaik buat anak.
Puan Noorlailina Moha Mohtar, Pegawai Dietetik tampil memberikan penjelasan tentang pemakanan yang terbaik buat anak.
Jawapan saya, boleh! Soalan ini adalah soalan yang sering kali saya terima ketika berbincang dengan ibu-ibu hamil. Saya lihat mereka sanggup berpantang pelbagai perkara yang dirasakan boleh menjejaskan tumbesaran anak ketika mengandung, tetapi mula lupa tentang aspek yang perlu dititikberatkan selepas anak dilahirkan dan dalam proses membesar.
Pemakanan bayi memberi kesan kepada perkembangan otaknya bermula di antara pertengahan kehamilan dan usia dua tahun. Pertumbuhan otak yang tidak mencukupi menjelaskan mengapa kanak-kanak yang kekurangan nutrisi semasa janin dan bayi mengalami defisit tingkah laku dan kemahiran kognitif seperti lambat bercakap, IQ rendah dan pencapaian akademik yang rendah.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu puan dan suami lakukan bagi memastikan anak membesar sebagai seorang anak yang pintar.
1. Selepas kelahiran, pertumbuhan otak ini sangat bergantung kepada kualiti pemakanannya. Susu ibu menawarkan campuran nutrien paling baik untuk menggalakkan pertumbuhan otak. Oleh yang demikian, kualiti susu ibu sangat bergantung kepada kualiti pemakanan puan. Elakkan makanan diproses seperti jeruk, keropok, kerepek dan lain-lain lagi. Variasikan jenis makanan dan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini bermakna lebih banyak vitamin yang diperolehi daripada jenis makanan tersebut.
2. Pilih makanan yang mengandungi protein berkualiti tinggi. Banyakkan makan ikan terutamanya ikan yang tinggi dengan Omega-3 seperti salmon, tenggiri dan kembung. Selain itu, dapatkannya juga daripada suplemen seperti minyak ikan atau makanan yang telah ditambah dengan omega-3 seperti telur, susu dan lain-lain.
3. Setelah bayi mencapai usia enam bulan, kenalkan dia kepada makanan yang sihat dan lengkap. Dia boleh diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijadikan puri. Masukkan sumber protein secara perlahan-lahan ke dalam menu hariannya. Puri boleh dicampurkan dengan perahan susu ibu untuk menjadikannya lebih berkhasiat dan enak. Jangan hadkan pemakanan anda hanya dengan bubur nasi atau bijirin komersial semata-mata.
4. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan defisit kognitif pada anak. Oleh itu, penting untuk beri dia zat besi mencukupi. Zat besi bukan sahaja banyak terdapat dalam kerangan dan organ dalaman tetapi turut wujud di dalam lauk pauk seharian seperti ayam, daging dan ikan.
5. Beri anak makan banyak sayur dan akhiri dengan buah-buahan sitrus yang tinggi dengan Vitamin C. Zat besi adalah kritikal untuk mengekalkan kebolehan sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan.
6.Jika anak tidak disusukan dengan susu ibu, pilihlah susu formula bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Susu-susu ini diformulakan untuk meniru formula yang terdapat di dalam susu ibu. Namun, harus diingatkan bahawa susu ibu mempunyai lebih keupayaan untuk meningkatkan kepintaran anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas melahirkan anak, badan sudah semestinya kepenatan melampau kerana kehilangan banyak tenaga. Selain rehat yang mencukupi, pemakanan yang sihat dan segar juga antara yang diperlukan untuk cepat pulih.
Pun begitu, ibu harus bijak memilih makanan dan salah satu makanan yang penting ialah buah-buahan. Jadi, apakah buah yang boleh dimakan ketika pantang?
Ibu yang sedang berpantang perlulah mengambil pelbagai jenis makanan berkhasiat untuk menyokong pemulihan diri dan juga tumbesaran bayi.
Ramai ibu yang gemar menambah pelbagai jenis buah-buahan dalam diet harian. Pengambilan buah merupakan satu cara yang mudah untuk mendapatkan pelbagai nutrisi.
Antara buah yang boleh dimakan ketika pantang ialah pisang, mangga, avokado, betik dan banyak lagi.
Buah-buahan ini mengandungi serat yang baik untuk perut dan dapat mengurangkan risiko sembelit.
Buah pisang. Potassium merupakan makanan yang sangat penting untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Ibu perlukan sebanyak 5,100 mg potassium setiap hari. Sebiji pisang pula mengandungi 450 mg potassium.
Tembikai wangi. Buah ini mengandungi 50 gram vitamin C, hampir separuh daripada keperluan vitamin C harian ibu. Bukan itu sahaja, kandungan airnya juga lebih tinggi berbanding buah-buahan lain. Jadi, ia dapat membantu ibu kekal hidrat.
Beri biru. Salah satu kebaikan beri biru ialah kandungan antioksidannya yang tinggi. Antioksidan penting untuk memastikan daya tahan badan kekal kuat. Bukan itu sahaja, antioksidan ini juga boleh meresap masuk ke dalam susu ibu dan membawa manfaat untuk bayi.
Strawberi. Sedap dan berkhasiat! Selain itu, ia juga padat dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan kedua-dua ibu dan bayi. Buah strawberi mengandungi vitamin C, kalsium, potassium, magnesium dan zat besi.
Mangga. Buah mangga mengandungi banyak antioksidan dan vitamin K. Kandungan serat dan juga potassium di dalamnya dapat memastikan susu ibu kekal berkhasiat untuk bayi.
Elak makan buah-buahan ini
Selain buah yang boleh dimakan ketika pantang, ada juga beberapa buah-buahan yang perlu dielakkan.
Walau bagaimanapun, kesan sampingan buah-buahan ini berbeza mengikut individu.
Ada ibu yang boleh makan buah ini seperti biasa. Ada juga yang akan mengalami simptom seperti sakit perut, cirit-birit dan sebagainya.
Antara buah-buahan tersebut ialah:
Buah-buahan sitrus Buah-buahan ini mengandungi asid sitrik yang mungkin akan membawa mudarat pada sistem pencernaan anda. Jadi, elakkan buah-buahan yang masam ketika berpantang.
2. Ceri dan prun – Kedua-dua buah ini merupakan sejenis laksatif semula jadi. Jadi, ia akan membuatkan ibu lebih kerap ke tandas untuk membuang air besar.
Namun, sekiranya ibu mengalami sembelit, anda boleh ambil ceri dan prun untuk memudahkan pembuangan air besar.
Makanan manis memang menjadi kegemaran anak-anak. Kadang-kadang waktu pagi pun anak-anak dah minta buatkan air coklat kegemaranya.
Namun tahukah anda, gula yang tinggi boleh memberi pelbagai masalah kepada tubuh badan anak? Ikuti perkongsian Dr Mazliana bagaimana gula boleh merosakkan otak anak.
Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu.
Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.
Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, explain selalu. Anak-anak akan faham.
Susah nak buat, tapi kita cuba.
Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.
Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.
Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.
Atau mungkin option yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak. Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.
Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.
Biskut. Roti. Aiskrim. Jus buah. Jem. Bar coklat. Cereal. Keropok. Pes pasta. Sos. Kicap. Sos tiram. Pes masakan.
Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.
Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.
Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi k. Minum air kosong kan lebih sihat.
Kita cuba sama-sama ya, insyaAllah.
Kredit: Dr Mazliana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga mohon saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.