Pilu hati apabila disahkan mengidap dua kanser. Berdamai dengan takdi menjadikan wanita ini terus cekal untuk meneruskan kehidupan walaupun pahit untuk ditelan.
Dua jenis kanser yang mengubah hidupnya 360 darjah. Bayangkan betapa beratnya ujian yang dilalui oleh Rosliza, 54, apabila di saat dirinya masih berjuang melawan kanser payudara tahap empat yang dikesan pada 2020, dia disahkan pula menghidap barah tulang pada awal tahun ini. Dalam keadaan tubuh yang sudah lemah, dia terpaksa berhadapan dengan satu lagi berita yang meruntun jiwa.
Memetik laporan Berita Harian,didiagnos menghidap kanser payudara pada 2020 dan sudah sembilan kali menjalani rawatan kemoterapi dan 15 kali radioterapi bagi mematikan sel barah itu. Selepas 4 tahun, tahun ini doktor sahkan pula dia menghidap kanser tulang.
“Saya berdamai dengan takdir meskipun disahkan menghidap dua jenis penyakit kanser. Ini semua kuasa Allah SWT,” kata ibu tunggal, Rosliza Muhamad Amin.
Ads
“Namun, penderitaan itu tidak terhenti di situ apabila pada awal tahun ini, doktor mengesahkan saya menghidap kanser tulang pula. Ketika itu, saya terasa dunia gelap sekejap sehingga longlai seluruh badan.”
Berikutan itu, Rosliza berkata, beliau sekali lagi perlu menjalani sesi rawatan kemoterapi tetapi secara oral di rumah saja dengan mengambil pil bagi mematikan sel kanser berkenaan.
“Pada Mei lalu, saya mengalami sakit amat teruk pada tulang kaki kiri apabila berdiri atau berjalan atau duduk terlalu lama,” katanya yang telah menjalani pembedahan membuang payudara kiri, dua tahun lalu.
TERIMA BANTUAN
Ads
Selepas berpisah dengan bekas suami empat tahun lalu, dia berusaha menguruskan diri sendiri kerana tidak mahu menyusahkan dua anak yang turut berdepan kekangan kehidupan di luar Kelantan.
Rosliza yang tidak bekerja dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan, bagaimanapun bersyukur kerana segala kos rawatan penyakit kanser ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA).
Ads
Selain itu, beliau turut menerima faedah elaun keuzuran sebanyak RM300 sebulan melalui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Rosliza merupakan pencarum SKSSR melalui tajaan kerajaan.
“Alhamdulillah dengan inisiatif bantuan yang diterima, saya dapat meneruskan hidup walaupun tanpa suami dan menghidap dua jenis penyakit kanser… RM300 sebulan sangat besar maknanya buat saya.”
“Saya juga bersyukur kerana pada saat ujian datang bertimpa-timpa, masih ada individu di sekeliling yang prihatin dan sering bertanya khabar serta berdoa supaya penyakit saya sembuh.”
Terdahulu Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob, menyampaikan sumbangan makanan, keperluan asas serta kerusi roda kepada Rosliza di kediamannya di Kampung Manek Urai Baru, di sini, dengan turut dihadiri Pengurus Pejabat PERKESO Kuala Krai, Mohd Azran Che Nuri. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan bagi meringankan beban Rosliza, boleh menghubungi beliau melalui talian 019-3416536.
Rezeki tak pernah salah alamat. Tular video memaparkan pelakon popular Fattah Amin menaiki kereta mewah berwarna ungu di hadapan sebuah kedai emas.
Menerusi video berdurasi 29 saat yang dikongsi akaun TikTok milik All Fend Studio, Fattah Amin dilihat berada disebuah majlis pelancaran.
Dalam video berkenaan kelihatan Fattah Amin bersalam dan memeluk seorang lelaki setelah penyerahan kunci sebuah kereta.
Apa yang meruntun jiwa, reaksi Fattah Amin penuh makna apabila memeluk lelaki berkenaan sambil memejam mata.
Bukan itu sahaja, riak wajah pelakon popular ini seakan termenung apabila berada di dalam kereta mewah jenis Lamboghini mengundang seribu pengertian dikalangan peminatnya.
NETIZEN DOA BAIK-BAIK DAN SEBAK
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengatakan mungkin ia adalah rezeki untuknya atas kebaikan yang dilakukan.
Walau bagaimanapun, kereta mewah berwarna ungu itu tidak dapat dipastikan sama ada diberi khusus untuk Fattah Amin atau sekadar gimik pelancaran untuk produk terbaru kedai emas terbabit.
Apa-apa pun semoga urusan dan rezeki Fattah Amin dipermudah di masa hadapan. Juga doa ibu ayah sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan dan kekuatan buat Fattah Amin.
Kehidupan si kecil yang bernama Muhammad Iman Al Khausar Ismail berubah selepas kepalanya terhantuk di kerusi 10 bulan yang lalu. Kisahnya tular di media sosial kerana insiden yang berlaku kepadanya pada tahun lalu.
Namun semalam penderitaan yang ditanggung sudah berakhir apabila Iman telah disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat 19 Jun 2020.
Berita sedih itu dikongsikan oleh ibu kepada adik Iman iaitu Nursasabila Kamarulzaman menerusi akaun Facebooknya yang memaklumkan bahawa anak kesayangannya yang baru sahaja berusia 3 tahun itu telah pulang ke Rahmatullah. Lebih meruntun hati apabila mengetahui adik Iman ini sebenarnya anak tunggal dalam keluarganya. Pemergiannya merupakan satu tamparan hebat buat Nursasabila dan suami.
Muhammad Iman Al Khausar merupakan seorang kanak-kanak yang dilahirkan secara normal. Tanggal 17 September 2019 merupakan detik ‘hitam’ buat adik Iman apabila kepalanya telah terhantuk pada kerusi ketika bermain. Insiden itu telah mengubah nasib anak kecil ini dalam sekelip mata sahaja.
Difahamkan juga, adik Iman disahkan menghidap kanser saraf tahap 4 pada 22 Oktober 2019 iaitu sebulan setelah dimasukkan ke hospital berikutan hentakan di kepala dan menyebabkan pendarahan. Doktor mendapati terdapat ketumbuhan di kepala dan belakang matanya. Setelah hampir 10 bulan menderita, anak syurga ini telah ‘berehat’ dan kembali kepada pencipta-Nya.
Menjengah ke ruangan Facebook Nursasabila Kamarulzaman, rata-rata warganet menzahirkan ucapan takziah buat adik Iman dan keluarga. Dalam kesempatan itu juga, mereka berharap agar keluarga arwah terus tabah dan kuat menerima dugaan yang diberikan ini.
Takziah diucapkan kepada keluarga adik Iman, semoga tabah dan kuat menghadapi ujian kehilangan ini. Semoga Iman tenang bersama Sang Pencipta. Al-Fatihah.
Lain dari yang lain! Itulah yang boleh diperkatakan mengenai tema pakaian yang dipilih untuk diketengahkan seorang kanak-kanak ketika sambutan Hari Merdeka di sekolahnya baru-baru ini.
Lain dari kebiasaan, anak kecil ini memilih sut Angkawasan yang dihasilkan sendiri oleh ayahnya. Bukan biasa-biasa bahkan sut yang kelihatan seolah-olah terapung ini disiapkan sendiri oleh ayahnya.
Melalui perkongsian satu akaun Tik Tok, @iwan.jay, gaya anak kecil ini ternyata cukup hebat malah menerima pujian ramai.
“Orang lain semua princess-princess baju merdekanya.
“Tapi untuk kakak kita buat lain sikit. Tapi penat jugaklah nak buatnya. Haha,” tulisnya dikapsyen.
Tidak hanya memperlihatkan gaya anak kecil itu ketika beraksi di sekolah, bahkan langkah demi langkah ketika membuat sut hebat itu turut dikongsikan menerusi video yang sama.
Memang gigih namun hasilnya cukup luar biasa malah lain dari yang lain. Sut angkawasan yang dibuat seolah-olah terapung di angkasa lepas ini membolehkan ia terlihat cukup unik.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata hasil usaha luar biasa dari bapa ini turut mendapat pujian ramai malah memuji hasil kreatifnya yang cukup hebat.
Tip belikan mainan untuk anak, barulah anak tak tantrum di tempat awam. Tantrum anak kecil sering menjadi cabaran bagi ibu bapa, terutama apabila anak sudah terbiasa mendapat apa yang mereka mahukan tanpa batasan.