Seorang ibu telah menghantar email kepada admin untuk berkongsi rasa kecewanya terhadap tadika. Namun dia tidak menyalahkan tadika seratus peratus. Mungkin anaknya manja disebabkan neneknya terlalu manjakannya.
“Anak perempuan saya sekarang berumur lima tahun. Pada awal tahun ini saya telah masukkan dia ke sebuah tadika. Masa hari pertama memang dia teruja sangat tidak menangis pun, siap suruh saya balik. Hari kedua, muka anak saya sudah masam. Hari ketiga terus tidak mahu ke sekolah. Rupa-rupanya dia takut dengan cikgu kelasnya.”
Kami mendapatkan ulasan daripada Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr. Bustam Kamri mengenai hal ini. Ini penjelasan Dr. Bustam.
Kanak-kanak yang memasuki tadika amat seronok dan teruja untuk belajar. Mereka tidak sabar menanti hari pertama persekolahan. Kesediaan kanak-kanak berkeinginan untuk belajar perlu digalakkan oleh ibu bapa. Lebih lagi kanak-kanak yang sudah boleh berdikari tanpa ditunggu oleh ibu bapa di luar kelas.
Apabila berlaku perubahan tingkah laku pada hari kedua bermakna kanak-kanak menghadapi situasi yang tidak kena pada dirinya. Masalah seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana emosi negatif ini akan memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak di masa-masa akan datang.
Ads
Perkembangan setiap kanak-kanak itu berbeza. Oleh itu, guru tadika harus bijak memainkan peranan untuk memastikan kanak-kanak suka ke tadika. First impression itu penting!
APA TINDAKAN IBU BAPA
1.Sebelum hari persekolahan di tadika ibu bapa seharusnya berbincang dengan pihak pengurusan tadika. Kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada bakal guru yang menguruskan kelasnya. Kanak-kanak yang diperkenalkan kepada guru lebih awal dapat menjalin keserasiannya. Apabila berlaku pertukaran guru yang tidak serasi kepada kanak-kanak akan menjejaskan emosinya.
Ads
2.Perasaan takut kepada guru yang tidak dikenali akan mengganggu pembelajaran kanak-kanak. Guru merupakan tempat kanak-kanak berlindung. Kanak-kanak menganggap guru baru merupakan orang luar yang tidak dikenali. Keprihatinannya guru terhadap kanak-kanak amat diperlukan dengan menjalin kemesraan dan membina kepercayaan. Kanak-kanak terlalu sensitif dengan tingkah laku orang dewasa dari segi gerak tubuh dan pertuturan.
Guru yang tidak terlatih dan tidak mempunyai ilmu pendidikan awal kanak-kanak biasanya tidak dapat membezakan cara pendekatan yang diperlukan oleh kanak-kanak tadika.
3.Ibu bapa seelok-eloknya bertanya kepada anak sewaktu hari pertama mendaftar di tadika. Berbincang dengan anak sama ada serasi dengan guru yang baru dikenali. Ibu bapa boleh melihat sendiri sewaktu guru berkomunikasi dan melayani anak di kelasnya. Kanak-kanak biasanya akan bercerita dengan jujur sekiranya dia suka kepada guru dan sebaliknya.
Ads
4.Ibu bapa perlu meminta kebenaran dengan pihak tadika untuk menukar kelas. Berbincang dengan pengurusan dengan cara berhemah demi kebaikan bersama. Minta pandangan kepada pihak pengurusan tadika akan masalah yang dihadapi oleh anak anda. Sikap terbuka pengurusan dan guru diperlukan supaya tidak ada perasaan negatif terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak perlu diberi hak untuk memilih guru kerana di peringkat ini emosi perlu diberi perhatian kerana secara tidak langsung akan menjejaskan tumpuan dan minat pembelajarannya.
5.Kanak-kanak tidak boleh belajar dalam keadaan keterpaksaan dan menerima apa yang disogokkan oleh orang dewasa kepadanya. Mungkin ada orang beranggapan anak orang lain boleh menerima keadaan guru yang sama. Masalahnya tidak semua kanak-kanak boleh menerima keadaan yang sedemikian dan kemungkinan kanak-kanak itu tidak tahu untuk menyuarakan pandangannya. Berkemungkinan juga pihak ibu bapa memandang remeh perkara pertukaran guru dan kelas.
6.Terdapat pihak tadika yang tidak dapat menerima kenyataan dan sentiasa memihak kepada gurunya. Langkah yang terbaik tukarkan anak anda ke tadika lain. Sekiranya tadika itu terlalu jauh dan anda tidak berkemampuan, dipihak anda perlu memujuk anak untuk belajar menghadapi keadaan. Sebelum mengambil tindakan berunding dengan guru dan dikhuatiri menyentuh perasaan guru, pertimbangan kedua perlu dibuat pilihan bagai menarik benang di dalam tepung. Mungkin hanya itu satu-satunya tadika di kawasan tempat tinggal anda. Ataupun di tadika tersebut hanya terdapat sebuah kelas sahaja maka anda tiada pilihan lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasa dengar orang cakap tentang sakit tonsil, tonsil bengkak dan buang tonsil kan? Namun tak ramai yang faham apa itu tonsil, peranannya serta bahaya bengkak tonsil kepada kanak-kanak. Sebenarnya fungsi tonsil kepada sistem pertahanan anak sangat penting.
Semasa di awal pembesaran kanak-kanak, tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Tonsil akan melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilkan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil bengkak, menjadi radang dan membesar.
Menurut Doktor Hidung, Telinga, Tekak (ENT), Dr Ezairy M. Sallih, ibu bapa kena ambil tahu mengenai hal ini bila anak kerap demam atau ada masalah pernafasan.
Anda tahu tak saiz tonsil anak-anak kita ni ada gred 0 sampai 4?
Bila dah gred 4 ni, nak bernafas memang susah. Suara pun jadi lain!
Jadi bawalah jumpa doktor, mana tahu perlu dibedah. Hati-hati kalau ada ciri-ciri di bawah. Mungkin perlukan pembedahan!
Serangan tonsillitis teruk yang berulang melebihi enam serangan setahun beserta dengan demam panas dan bengkak kelenjar leher.
Sekatan pada saluran pernafasan sehingga mengganggu pernafasan, proses menelan dan percakapan. Masalah ini jika tidak dirawat dengan baik boleh membawa kepada sindrom apnea (berhenti pernafasan).
Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang melebihi sekali serangan. Juga dipanggil peritonsillar abscess.
Bengkak 1 sisi tonsil sahaja, tonsil membesar pada satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser. Harus berhati-hati.
Masalah tonsil yang menyebabkan masalah kesihatan lain.
Lepas ni ibu bapa kena lebih peka ya. Jika ada tanda-tanda seperti di atas jangan berlengah dan segera berjumpa doktor untuk rawatan dan pemberian ubat yang bersesuaian.
Anak masih tidak pandai bercakap? Pelat dan bercakap terlalu laju yang kita sendiri tidak faham?
Lagi satu anak faham apa yang kita ucapkan kepada mereka tetapi mereka hanya sekadar tersenyum dan jika bercakap sekalipun bahasanya boleh dikatakan seperti ‘Bahasa German’.
Kalau ya anak-anak anda ada masalah ini, jangan biarkan. Lakukan aktiviti yang boleh membantu kelancaran pertuturan anak kita sendiri di rumah.
Perkongsian dari Puan Hidayah Azir ini cukup mudah dan boleh membantu ibu bapa merancang aktiviti seperti ini sejak awal. Selain memberi keseronokan ia juga sangat bermanfaat.
Macam mana nak bagi anak mudah bangun awal pagi tanpa sebarang masalah? Ramai ibu ayah mengakui si kecil susah dikejut awal pagi untuk ke sekolah. Bila hari sekolah bertambah liat nak kejut. Lebih mengharukan siap ada drama air mata di pagi hari lagi.
Hanya sabar sahaja yang menjadi perisai ibu ayah setiap pagi untuk mengelakkan daripadarasa marah dengan sikap anak yang susah bangun pagi. Selain tindakan mengejutkan anak, ibu ayah mungkin boleh cuba amalkan tips yang dikongsi oleh seorang ayah ini, iaitu Encik Muhammad Ahmad.
Semoga ibu ayah dapat mengamalkan tip bermanfaat ini secara konsisten. InsyaAllah nanti mudahlah anak kita nak bangun pagi tanpa sebarang masalah.
Kenapa anak kita susah untuk bangun pagi.
Zaman bujang dulu lebih 5 tahun saya tinggal di pusat tahfiz. Ada pelajar anak yatim umur 7-10 tahun pukul 4 pagi dah pandai bangun sendiri atau di kejutkan oleh abang-abang yang lain dengan mudah untuk hafal Al-Quran.
Rupanya mereka ini umur 3 tahun dah dilatih bangun awal pagi. Mak ayah dah perdengarkan bacaan Al-Quran sebelum dan selepas subuh. Paling lewat bangun jam 8@9am.
Antara tips ibu bapa mereka buat:
▪️alihkan anak dari tempat tidur.
▪️Letak anak disebelah ketika solat dan baca Al-Quran walaupun anak tidur balik.
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
▪️Pupuk anak dari kecil untuk bangun solat suboh.
Akhirnya umur 4 tahun dah boleh ikut abi solat suboh berjemaah di masjid.
Rupanya ini antara tips untuk elak anak-anak tidak menangis atau liat untuk bangun awal pagi pergi sekolah. Dari kecil kita asuh mereka bangun awal pagi untuk solat subuh(walaupun mereka tidur balik) dan ajar anak-anak baca doa bangun tidur…
Tanyalah diri kita. Berapa kali dalam seminggu atau sebulan latih anak-anak yang belum baligh bangun untuk solat suboh. Mungkin persoalan ini akan terjawab kenapa anak sukar bangun untuk ke sekolah walaupun darjah 4.
-EncikMatt-
Sumber: Muhammad Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...