Seorang ibu telah menghantar email kepada admin untuk berkongsi rasa kecewanya terhadap tadika. Namun dia tidak menyalahkan tadika seratus peratus. Mungkin anaknya manja disebabkan neneknya terlalu manjakannya.

“Anak perempuan saya sekarang berumur lima tahun. Pada awal tahun ini saya telah masukkan dia ke sebuah tadika. Masa hari pertama memang dia teruja sangat tidak menangis pun, siap suruh saya balik. Hari kedua, muka anak saya sudah masam. Hari ketiga terus tidak mahu ke sekolah. Rupa-rupanya dia takut dengan cikgu kelasnya.”

Kami mendapatkan ulasan daripada Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr. Bustam Kamri mengenai hal ini. Ini penjelasan  Dr. Bustam.

Kanak-kanak yang memasuki tadika amat seronok dan teruja untuk belajar. Mereka tidak sabar menanti hari pertama persekolahan. Kesediaan kanak-kanak berkeinginan untuk belajar perlu digalakkan oleh ibu bapa. Lebih lagi kanak-kanak yang sudah boleh berdikari tanpa ditunggu oleh ibu bapa di luar kelas.

Apabila berlaku perubahan tingkah laku pada hari kedua bermakna kanak-kanak menghadapi situasi yang tidak kena pada dirinya. Masalah seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana emosi negatif ini akan memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak di masa-masa akan datang.

IKLAN
Ibu Ini Kecewa, Bila Hari Pertama Anak Teruja, Tapi Menangis Hari Kedua Di Tadika. Komen Pakar Kanak-Kanak Ini, Ibu Ayah Wajib Baca!
Perkembangan setiap kanak-kanak itu berbeza. Oleh itu, guru tadika harus bijak memainkan peranan untuk memastikan kanak-kanak suka ke tadika. First impression itu penting!

APA TINDAKAN IBU BAPA

1.Sebelum hari persekolahan di tadika ibu bapa seharusnya berbincang dengan pihak pengurusan tadika. Kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada bakal guru yang menguruskan kelasnya. Kanak-kanak yang diperkenalkan kepada guru lebih awal dapat menjalin keserasiannya. Apabila berlaku pertukaran guru yang tidak serasi kepada kanak-kanak akan menjejaskan emosinya.

IKLAN

2.Perasaan takut kepada guru yang tidak dikenali akan mengganggu pembelajaran kanak-kanak. Guru merupakan tempat kanak-kanak berlindung. Kanak-kanak menganggap guru baru merupakan orang luar yang tidak dikenali. Keprihatinannya guru terhadap kanak-kanak amat diperlukan dengan menjalin kemesraan dan membina kepercayaan. Kanak-kanak terlalu sensitif dengan tingkah laku orang dewasa dari segi gerak tubuh dan pertuturan.

Guru yang tidak terlatih dan tidak mempunyai ilmu pendidikan awal kanak-kanak biasanya tidak dapat membezakan cara pendekatan yang diperlukan oleh kanak-kanak tadika.

3.Ibu bapa seelok-eloknya bertanya kepada anak sewaktu hari pertama mendaftar di tadika. Berbincang dengan anak sama ada serasi dengan guru yang baru dikenali. Ibu bapa boleh melihat sendiri sewaktu guru berkomunikasi dan melayani anak di kelasnya. Kanak-kanak biasanya akan bercerita dengan jujur sekiranya dia suka kepada guru dan sebaliknya.

IKLAN

4.Ibu bapa perlu meminta kebenaran dengan pihak tadika untuk menukar kelas.  Berbincang dengan pengurusan dengan cara berhemah demi kebaikan bersama. Minta pandangan kepada pihak pengurusan tadika akan masalah yang dihadapi oleh anak anda. Sikap terbuka pengurusan dan guru diperlukan supaya tidak ada perasaan negatif terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak perlu diberi hak untuk memilih guru kerana di peringkat ini emosi perlu diberi perhatian kerana secara tidak langsung akan menjejaskan tumpuan dan minat pembelajarannya.

5.Kanak-kanak tidak boleh belajar dalam keadaan keterpaksaan dan menerima apa yang disogokkan oleh orang dewasa kepadanya. Mungkin ada orang beranggapan anak orang lain boleh menerima keadaan guru yang sama. Masalahnya tidak semua kanak-kanak boleh menerima keadaan yang sedemikian dan kemungkinan kanak-kanak itu tidak tahu untuk menyuarakan pandangannya. Berkemungkinan juga pihak ibu bapa memandang remeh perkara pertukaran guru dan kelas.

6.Terdapat pihak tadika yang tidak dapat menerima kenyataan dan sentiasa memihak kepada gurunya. Langkah yang terbaik tukarkan anak anda ke tadika lain. Sekiranya tadika itu terlalu jauh dan anda tidak berkemampuan, dipihak anda perlu memujuk anak untuk belajar menghadapi keadaan. Sebelum mengambil tindakan berunding dengan guru dan dikhuatiri menyentuh perasaan guru, pertimbangan kedua perlu dibuat pilihan bagai menarik benang di dalam tepung. Mungkin hanya itu satu-satunya tadika di kawasan tempat tinggal anda. Ataupun di tadika tersebut hanya terdapat sebuah kelas sahaja maka anda tiada pilihan lain.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI