Biasanya tindakan ibu ayah akan cepat rasa nak marah bila anak menangis dan tantrum. Tak kira sama ada mereka menangis kerana mahukan sesuatu atau tanpa sebab yang diketahui. Macam tak boleh terima tengok anak menangis tanpa henti walaupun sudah dipujuk.
Sudahnya ibu atau ayah akan rasa geram dan akhirnya terus memarahi si kecil tanpa mempedulikan perasaannya. Apatah lagi jika perbuatan mereka tantrum dan menangis itu dibuat di tempat awam yang pastinya diperhatikan oleh orang ramai.
Bengang melihat anak buat perangai, ramai ibu bapa lebih senang mengambil tindakan memarahi, menengking atau memukul si anak untuk menyuruhnya diam serta berhenti daripada membuat perangai.
Walhal tindakan tersebut sebenarnya telah melukakan emosi anak dan paling risau ia sukar atau tak dapat dirawat. Emosi anak yang terluka akhirnya mencetuskan tingkah laku yang negative dan pastinya mereka akan terus mengulangi perbuatan tersebut lagi biarpun tahu akan dimarah dan dipukul oleh ibu dan ayah.
Mendapat tip yang diperolehi daripada konsultan perkembangan kanak-kanak, seorang ibu yang juga pengasas Aulad Read & Play, Dr Anayasmin Azmi berkongsikan ilmu tersebut untuk panduan semua ibu ayah yang mempunyai anak kecil.
Ads
Kalau anak menangis..
Elakkan dari cakap,
“Dah..dah jangan nangis”
“Diam..orang tengok tu..”
Ads
“Eh dahla takde ape pun..”
Sebaiknya acknowledge perasaan mereka.
“Oh..adik nangis sebab sedih ya..”
Ads
“Adik nangis sebab sakit ya..ok…ok..”
Paling worst kalau anak tengah tantrum kita cakap “tengok tu..budak tu tak nangis pun..”
Ini 5 Cara hadapi tantrum si kecil; yg saya belajar dari developmental consultant semalam:
tantrum pasti ada trigger. Sebaiknya kenal pasti trigger dan cuba prevent trigger berlaku.
Bila emosi tengah peak…buatlah ‘ignore’ therapy beberapa minit.
Perhatikan bagaimana anak ‘calm down’. Berapa lama dia ambil masa nak ‘settle’ kan emosinya…Ini berguna jika berlaku lagi situasi yang sama.
Dah calm down..dekatilah dan bicaralah dengan lembut.
Kuatkan hati hadapi pandangan umum. Kerana majoriti situasi, kita marah dan pukul anak disebabkan ‘pressure’ dari sekitar.
Saya ingatkan diri saya dan semua yang membaca..bersabarlah..berilah peluang anak belajar mengenal emosi
Betullah orang kata, sebelum anak dapat kaki ibu bapa mudah lagi nak kawal dan tak penat nak berkejar. Selepas usia setahun, siap sedialah dengan ketangkasan kaki dan tangan anak.
Ini kerana, dalam usia setahun hingga umurnya 3 tahun, tahap ‘explore’ anak lebih sedikit. Banyak perkara baru dia mahu belajar dan sentiasa memerlukan perhatian ibu bapa untuk memantau.
Begitu jugalah anak kepada pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya. Sejak Fatima dah laju berjalan, setiap pergerakannya cukup pantas.
Melalui video yang dikongsikan di Instagram fattzuralovelife, nampak kelincahan Fatima ketika dibawa bersiar-siar ke Taman Burung buat kali pertama. Memandangkan Fatima lahir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila pertama kali dapat keluar bukan main seronok.
Cepat je tanggal kasut terus campak
Namun apa yang menjadi perhatian orang ramai, gelagat Fatima yang dengan lajunya membuka kasut terus mencampakkannya ke dalam kolam benar-benar mencuit hati. Apatah lagi gaya spontan daddy terpaksa menyelamatkan kasut anak daranya itu.
Daddy terpaksa buka ‘silat’ untuk mendapatkan semula kasut anaknya sehingga hampir terjatuh.
Suara mak-mak Fazura dah keluar
Situasi lucu berkenaan turut dikongsikan semula peminat mereka di TikTok dikenali sebagai @kakidrama8 dan mendapat tontonan lebih dari satu juga viewers dari warganet.
Dapat didengar dengan jelas suara Fazura yang meminta anaknya agar tidak mencampakkan kasut ke dalam kolam namun tidak diendahkan oleh Fatima.
Malah ada yang memberitahu dan memahami perasaan sebagai ibu bapa yang mana tangan anak kecil sememangnya antara yang terpantas kalau nak baling atau campak sesuatu barang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak tantrum buat perangai itu memang asam garam untuk membesar. Namun ada caranya untuk mereka sentiasa punya mood yang baik iaitu daripada ibu dan ayah sendiri.
Percaya atau tidak hormon ibu menyusu juga boleh memberik kesan pada emosi anak. Jika ibu yang menyusu emosi atau mempunyai gaya hidup yang tidak sihat seperti stress dan sebagainya, keadaan itu sedikit sebanyak menyumbang kepada tantrum anak-anak.
Hal ini dikongsikan oleh Puan Maryam Jamadi melalui pengalamannya sendiri ketika anaknya mula tantrum dan buat perangai tatkala dia sibuk dan tertekan dengan urusan kerja.
Malah menurutnya, hormon ibu yang mempengaruhi emosi anak juga boleh memberi kesan pada tingkahlaku sosial si kecil pada masa akan datang walaupun sudah bercerai susu.
Justeru itu, dia menyarankan jika ini yang berlaku kepada ibu-ibu menyusu, ambil masa untuk buat perkara yang menenangkan sebelum menyusukan anak atau mengepam susu untuk bekalan si kecil.
Ikuti perkongsiannya:
HORMON IBU MENYUSU MEMBERI KESAN PADA EMOSI ANAK
Hari ini saya nak ceritakan tentang pengalaman anak tantrum dan jadi pemarah:
Anak saya tiba-tiba banyak meragam minggu lepas, menangis tanpa sebab. Semua benda tak kena dan jadi sangat pemarah bila tak ikut kemahuan dia. Pujuk macam mana pun tak jalan, kalau kes macam ini memang saya akan biarkan dia menangis untuk lepaskan semua kemarahan dia. Cara saya tahu dia dah puas nangis adalah bila dia dah mula buka mata untuk tengok sekeliling.
Selagi dia menangis menjerit tutup mata, buatlah macam-macam cara tak akan “laku”. Punca dia menangis memang “kelakar” dan tak boleh diterima:
– Tak nak mandi
– Tak nak tukar diaper walaupun dah “membuang”
– Nak buka peti ais
– Saya tegur bila dia tumpahkan air
– Nak makan sup panas menggelegak
– Baju dia pakai tak cantik
Benda kecil pun dia akan mengamuk macam kena dera, emosi dia sangat sensitif minggu ini dan saya mencari-cari puncanya dan apa salah saya. Pening + stress.
Dalam seminggu juga dia banyak meragam, selepas itu saya bercuti 3 hari. Tiba-tiba mood dia sangat ok, bangun tidur senyum tak ada nangis dan boleh mendengar arahan tanpa mengamuk. Kalau saya tak ikut kemahuan dia, dia boleh terima.
Lepas difikir-fikir punca, rupanya minggu yang dia banyak mengamuk itu adalah minggu appointment saya penuh selama 7 hari berturut-turut dari 9 pagi hingga 6 petang sebab nak kena ganti 7 hari saya bercuti. Suami pula sedang sibuk siapkan thesis master. Saya kerja beliau jaga anak, berganti-ganti.
Jadi masa itu saya stress, penat dan tak cukup rehat sampai demam, anak saya pun stress dan sangat kuat mengamuk.
Terlalu fikir kerja sehingga saya terlupa yang susu yang saya berikan kepada anak saya boleh “pass” hormon tak baik saya setiap kali saya stress dan penat iaitu hormon cortisol.
Hormon Ibu boleh beri kesan pada anak walaupun selepas bercerai susu
SUSU IBU + HORMON
Kajian telah dilakukan oleh evolutionary biologist di Harvard University terhadap monyet makmal menunjukkan hormon stress yang dikeluarkan semasa ibu stress fizikal atau emosi boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
Keputusan yang paling mengejutkan adalah hormon stress ini memberi kesan yang berbeza terhadap bayi perempuan dan lelaki. Susu yang mempunyai tinggi kepekatan hormon stress memberi kesan terhadap emosi dan perilaku seperti rasa takut, marah, sensitif ataupun tak selesa kepada bayi perempuan berbanding bayi lelaki.
Hormon cortisol pada susu ibu boleh memberi kesan kepada tingkahlaku sosial anak di masa akan datang walaupun selepas bercerai susu.
Inilah jadi mak ayah lagi-lagi anak pertama, kita belajar apa pun atau kerja apa pun bila kena dekat batang hidung sendiri memang pening.
Ini yang ibu menyusu perlu lakukan:
Jadi, untuk mak-mak yang masih menyusu badan kalau anak tiba-tiba kuat mengamuk dan meragam cuba check balik emosi kita semasa menyusu.
Kalau tengah penat dan dalam tergesa-gesa, saya cadangkan untuk ambil masa 10 minit untuk bertenang, minum air sekejap, makan coklat dan lupakan perkara yang menyemakkan kepala.
Boleh buka ayat Al-Quran ataupun white noise juga untuk membantu kita bertenang sebelum menyusu. Tak kiralah menyusu direct ataupun pam.
Bila agak-agak dah tenang, degupan jantung dah stabil dan normal baru mula menyusu ataupun mengepam.
Menyusu badan bukan bermaksud kita beri sumber khasiat dan keperluan bayi sahaja. Kita juga salurkan HORMON kita. Jadi, jaga-jaga dengan emosi sepanjang proses perjalanan menyusu badan.
Suami juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga emosi isteri sepanjang tempoh menyusu badan. Agak-agak isteri mula berkerut, offerlah nak masakkan makan malam ataupun tolong lipat sidai baju ke.
Macam kes saya, sebenarnya saya pun tak perasan tengah stress sebab enjoy kerja walaupun sangat penat. Selepas ini kena lebih berhati-hati lagi dengan hormon stress.
Terima kasih, semoga bermanfaat.
*Dialu-alukan untuk SHARE atau tag suami/isteri supaya sama-sama faham kesan emosi ibu menyusu kepada anak.
Maryam Jamadi
Ibu sama seperti anda
Pediatric Occupational Therapist
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi ibu antara satu tanggungjawab besar terutama mendidik anak. Kadang kala bila kepenatan ibu akan lebih membebel pada anak dengan tujuan untuk mengajarnya. Namun cara yang digunakan mungkin agak kasar dan tak elok di dengar.
Buat suami, anda kena faham kenapa isteri membebel. Seorang isteri atau ibu tak akan membebel sewenang-wenangnya jika tak ada sebab.
Seperti perkongsian dari Dr Taufiq Razif, bila seorang ibu atau ayah nak membebel pada anak, kena gunakan teknik yang betul. Bukan main cakap sahaja sehingga anak rasa rendah diri.
Bila isteri saya kepenatan saya biarkan je dia bebel anak-anak asalkan berpada-pada dan jaga bahasa supaya tak terkeluar doa-doa yang tak elok untuk anak-anak. Ada masanya, bebel tu jadi terapi juga untuk si dia kan.
Saya tak sarankan mak ayah bebel anak tapi secara realitinya amat jarang mak ayah yang tak bebel anak kan. Jadi mana-mana mak ayah nak bebel anak kena ada ilmu ni.
Nak bebel anak pun ada caranya. Salah cara bebel boleh jadi negatif anak tu nanti.
❌ Cara yang salah ❌
Adik, kenapa pengotor sangat ni? Dah habis pakai baju tu letak elok-elok dalam bakul
✅ Cara yang Betul ✅
Adik, bila dah habis pakai baju tu letak dalam bakul terus SEBAB nanti senang mak nak cuci
❌ Cara yang Salah ❌
Kenapa adik pemalas sangat ni! Dah habis makan cuci la pinggan!
✅ Cara yang Betul ✅
Adik, kalau dah habis makan tu cuci la pinggan sebab tu la cara adik nak bantu Mak. Adik kan sayang Mak.
Nampak tak beza cara bebel kat atas?
Bebelan positif ni adalah bebelan yang tak guna sumpah seranah dan label anak dengan sifat yang buruk. Tak perlu cakap anak pemalas atau anak pengotor. Terus direct tegur je.
Kalau nak suruh anak buat apa pun walaupun hanya cuci pinggan, masukkan sekali SEBAB dan ALASAN kenapa dia kena buat semua tu. Yang anak jadi degil sebab kita suruh je anak buat benda tapi kita tak bagitahu pun SEBAB apa dia kena buat benda tu.
Amal je 2 benda ni dalam bebelan anda dan InsyaAllah anda akan nampak perlahan lahan perangai anak akan berubah jadi lebih taat dan mendengar kata.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...