Tidur sangat penting untuk kanak-kanak kerana tidur yang cukup memastikan otak dan tubuh kanak-kanak dapat membesar dan berkembang dengan baik. Kajian juga telah menunjukkan bahawa tidur adalah penting untuk kecergasan serta pelbagai fungsi utama anak-anak.
Menurut Hana Shahadan, yang juga pengasas Mommy Hana, dia berkongsi 7 ilmu tidur anak yang ramai ibu bapa tidak tahu sebagai panduan memastikan anak dapat tidur yang selesa dan cukup.
#1 Gunakan lampu tidur.
Lampu tidur yang malap cahayanya mampu menaikkan hormon melatonin anak. Hormon ini mampu membantu anak rasa mengantuk dengan lebih cepat.
#2 Jaga waktu tidur anak.
Sebolehnya pastikan anak tidur pada waktu yang sama setiap malam. Sebaiknya, tidurlah sebelum pukul 10 malam.
Berdasarkan kajian, anak yang mempunyai masa tidur yang sama lebih berkemahiran dalam membaca serta pandai matematik.
#3 Jauhkan gadget sebelum tidur.
Gadget mempunyai magnet yang sangat kuat terutamanya anak. Sekali anak dapat, sukar untuk dilepaskan, membuatkan mereka mengamuk dan menjadi liat untuk melelapkan mata.
Ads
#4 Hindari kafein.
Kafein ni bukan sekadar kopi. Iyea la, takkan la kita pun nak bagi kopi dekat anak kecil pula, kan?
Tapi jangan tak tahu, selain kopi, teh, coklat, aiskrim dan cereal juga mempunyai kafein. Jadi sebaiknya, cuba hindari makanan sebegini sebelum mahu tidurkan anak.
#5 Elakkan anak dari overtired
Aktiviti yang memenatkan ini memang sangat bagus untuk anak, tapi seeloknya jangan dibuat pada waktu malam, tetapi buatlah pada waktu petang.
Biasanya anak yang overtired akan susah untuk tidur.
#6 Sediakan tempat khas untuk anak tidur.
Jangan buat aktiviti lain di tempat tersebut kecuali untuk tidur. Lagi baik jika kita sudah didik anak untuk tidur di tempat yang sama sejak mereka masih kecil lagi.
Ads
Bila ada tempat khas untuk anak tidur, ianya mampu membuatkan anak cepat lelap kerana badan dan otak anak boleh berhubung dengan tempat itu sebagai tempat untuk tidur.
#7 Jadikan tidur siang sebagai rutin buat anak.
Tidur siang untuk anak ini tidak perlu terlalu lama. Cukuplah sekadar 15-30 minit setiap hari untuk topup kembali waktu tidur mereka yang terkurang.
Jangan pula terlebih tidur, takut-takut anak jadi susah tidur pada waktu malam. Lagipun kalau anak terlebih tidur waktu siang, badan mereka akan lebih cepat rasa penat dan malas.
Dan ya, waktu tidur siang ini berbeza mengikut usia anak. Semakin kecil anak, maka semakin baik untuk mereka dapatkan tidur siang dengan lebih lama.
#8 Ibu ayah pun tidur sekali.
Ads
Bila kita sudah minta anak tidur awal, kita pun kenalah tunjuk contoh tauladan yang baik dengan tidur juga. Boleh bayangkan, ibubapa minta anak tidur, tapi kita masih tengok tv atau main hp. Agak-agak anak mahu tidur?
Lagipun, sangat bagus kalau ibubapa dapat tidur awal. Jika ada perkara mahu dibuat, boleh dibuat dengan bangun pada awal pagi.
#9 Pasangkan audio.
Audio penenang ini sangat berguna lagi-lagi buat anak yang sukar untuk tidur. Antara audio yang boleh dipasang ialah bacaan Al-Quran, alunan zikir serta lullaby.
Sebaiknya pasangkan audio ini melalui peranti yang bebas radiasi seperti Islamic Audio Device.
Ianya selamat untuk minda dan perkembangan anak, selain mampu membuatkan anak mendapat deep sleep yang sangat bagus untuk kesihatan diri.
Antara kerisauan dan persediaan yang kita ibu bapa sering lakukan adalah pengurusan anak-anak kecil semasa hari raya. Terutamanya pada hari raya pertama yang memerlukan kita membawa anak berjalan ke sana sini.
Ada juga yang bimbang boleh ke anak kecil bertahan dalam keadaan orang ramai dan singgah dari rumah ke rumah sehingga petang. Ini antara dilema ibu-ibu yang baru pertama kali beraya dengan anak. Lain pula situasinya bagi yang ada anak ramai dan perlu hadap setiap perangai berbeza.
Berdasarkan perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli, ibu bapa kena buat mental planning. Antara mental planning yang kita selalu lakukan semasa membuat persediaan raya bersama anak-anak termasuk:
Pemilihan baju raya yang menyerap peluh dan selesa.
Pemilihan kasut raya yang senang dipakai-buka untuk anak-anak toddlers yang dah mula berjalan sendiri.
Beg kecil yang akan membawa segala perkakas anak-anak sepanjang berjalan raya yang di dalamnya terkandung:
*Wet wipes (senang nak lap mulut anak, tangan, meja rumah orang yang anak kita kotorkan secara sengaja mahupun tak sengaja, secara comel mahupun menggeramkan).
*Pampers (kalau anak masih pakai pampers)
*Baju sepersalinan (atau dua,tiga persalinan) untuk anak dan mak (kot anak termuntah kat baju kita)
*Plaster (kot terluka yang menyebabkan tangisan sekuat tenaga)
*Termos air panas (kalau ada anak yang masih menyusu botol) termasuklah segala barang penyusuan beliau.
*Permainan manipulatif untuk lekakan anak (nanti saya share dalam posting yang lain tentang aktiviti manipulatif untuk lekakan anak ni)
*Bekas letak duit raya anak (sebab ayah diorang mesti kata “Suruh Mama simpan. Nanti hilang.” Kan? Kan?)
*Botol air masak seorang anak satu (Ajar anak-anak jaga botol air masing-masing. Mereka perlu belajar jaga kesihatan diri.)
Dan senarainya berterusan mengikut keperluan-keperluan tambahan keluarga
Yang saya senaraikan di atas adalah perkara-perkara fizikal. Perkara-perkara fizikal ini amat penting bagi memastikan anak-anak kita selesa sepanjang berjalan raya. Kerana sesungguhnya anak yang selesa, menjamin kesejahteraan ibu bapa.
BAGAIMANA PULA DENGAN PENJAGAAN KESELAMATAN DAN PERILAKU ANAK?
Memastikan anak mengikut arahan, menjaga keselamatan dan duduk sopan santun semasa kita pergi berjalan raya adalah satu cabaran.
Terutamanya kalau anak anda macam anak saya. 3 orang anak lelaki yang lasak dan kreatif. Tapi… Manja… Boleh pening dibuatnya kadang-kadang. Main sikit punya lasak, tapi bila terhantuk antara satu sama lain sikit, raungannya sehingga ke lorong belakang rumah depan boleh dengar (ha! tengah fikir la tu macam mana lorong belakang rumah depan tu). #pengsan.
Antara kaedah yang biasa Terapis Kanak-kanak guna adalah memberikan Social Story atau Cerita Sosial untuk anak-anak faham do’s and dont’s semasa apa-apa event persekitaran yang kita mahu anak-anak faham.
Social story ini perlu dimulakan awal. Tak boleh pagi raya baru nak mula tunjuk. Anda sudah boleh mula tunjuk sekarang. Ajak anak anda lihat gambar-gambar social story yang anda sediakan dan terangkan pada mereka atau ajak mereka berbincang dengan anda tentang gambar yang anda tunjukkan.
Pukul anak dengan niat untuk ajar bukan sesuatu yang boleh membantu. Sebaliknya jika keadaan ini berterusan ia boleh membuatkan akan pendam perasaan dan tak mustahil bila besar akan menjadi anak yang semakin degil.
Menurut Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa, hakikat ini yang masih ramai orang cuba nafikan dan ramai orang malu menyuarakan rasa. Ya memang mudah melepaskan RASA di tangan dengan memukul anak. Tapi fahami kesan kepada otak anak itu.
Anak anak yang dipukul diherdik ini mempunyai Bilangan Gray Matter (Connective Tisu dalam Otak) yang sedikit di dalam otak yang penting untuk Perkembangan Otak. Tisu ini jika kurang maka akan terganggu Emosi, Memori, Kawalan Otot, Pertuturan dan banyak lagi Fungsi Otak.
Kalau hendak beri kurang lagi Gray Matter teruskan ibu ayah ambil langkah merotan anak. Jangan katakan kesan pada Gray Matter malah anak anak yang dirotan ini
Jadi lebih Ganas sebab mereka fikir memukul itu boleh sebab Ibu Ayah pukul mereka. Anak yang Otak Rasional belum cukup matang akan fikir ok je pukul kawan.
Anak akan develop antisocial Behavior di mana anak anak ini merasakan diri mereka tidak cukup bagus bersama dengan orang lain.
Yang paling sedih anak-anak ini tidak percaya sudah kepada Ibu Ayah mereka. Ye lah takkan nak percaya orang yang suka sakiti mereka.
Jadi Ibu Ayah bagaimana? Sudah terpukul? Jangan risau.
Ramai juga sudah terpukul anak kerana seperti diterangkan tadi memang energi marah jika tidak disalurkan dengan betul maka ke tanganlah dia.
Sebab itu Ibu Ayah penting Ibu Ayah jaga Emosi dahulu.
Bagaimana?
Self Care
Pastikan anda menjaga diri dan keperluan diri anda dahulu. Untuk beri anak kasih sayang kita perlu sayangi diri.
Circle dan Support
Saya suka sarankan Ibu Ayah bercerita pada sistem sokongan yang anda percaya. Boleh jadi pasangan boleh jadi rakan seperguruan.
Bukan membawang tapi lebih mendapatkan suara kita didengari.
Berguru
Guru Penting untuk kita sentiasa Update, Refresh dan relearn semuanya. Manusia memang mudah Terlupa. Bila berguru, guru akan ingatkan kembali.
Selain itu Ibu Ayah kuatkan Spiritual anda. Kita boleh terus bersedia menjadi Ibu Ayah yang santai tapi sedia dengan ilmu yang penuh rasa sayang pada diri dan keluarga.
Dah dah pergi minta maaf dan peluk anak sekurang-kurangnya 12 kali sehari untuk perkembangan mereka.
Dapat sesuatu?
Jemput #share agar ramai raih manfaat dan kebaikan.
Dan Jemput FOLLOW dan set SEE FIRST Nurul Sheriena Musa untuk Tips Perkembangan Anak dan Parenting dari seorang Terapis dan juga Ibu yang gigih belajar
Anda tidak boleh mengubah warna kulit bayi. Warna kulit bayi, sama ada cerah atau gelap, ditentukan oleh gennya pada saat dia disenyawakan. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memutihkan atau menggelapkan kulit bayi sebelum atau selepas lahir.
Apa yang boleh berubah untuk sementara atau yang mempengaruhi warna kulit, tona dan kompleksi mukanya ialah isu kesihatan dan alam sekitar. Apabila isu-isu tersebut telah selesai, warna kulit bayi anda kembali kepada asal.
-Kulit bayi mungkin nampak merah atau kemerahan kerana suhu yang tinggi.
-Dia mungkin nampak pucat kebiruan sedikit kerana sejuk terutamanya jika tangan dan kakinya terdedah.
-Sesetengah bayi bertukar jadi biru atau ungu jika terlalu kuat menangis. Walau bagaimanapun, jika warna kebiruan ini tidak hilang selepas berhenti menangis, atau jika bayi anda berwarna kebiruan di seluruh badannya dan tidak hilang selepas beberapa hari, ini mungkin tanda bahawa ada masalah pernafasan atau peredaran. Maklumkan kepada doktor anda dengan segera.
-Sesetengah bayi juga nampak lebih gelap beberapa hari selepas dilahirkan kerana mereka kehilangan air dan berat pada mulanya, dan ini boleh membuat kulit mereka kelihatan kusam. Walau bagaimanapun, kebanyakan bayi akan mendapat tona kulit yang sihat sebaik sahaja corak penyusuan sudah stabil dan mereka mendapat susu yang cukup.
Kulit bayi baru lahir berbeza rupa mengikut jumlah minggu kehamilan anda semasa bayi dilahirkan.
-Bayi pramatang mempunyai kulit yang nipis dan jernih, dan mungkin disaluti lapisan lanugo, bulu yang halus dan lembut. Mereka juga mungkin diselaputi verniks, satu bahan yang putih berminyak yang melindungkan kulit daripada cecair amnion.
-Bayi cukup bulan dan bayi lewat bulan dilahirkan dengan hanya sedikit verniks dalam kelipat-kelipat kulit mereka. Bayi dilahir lewat juga mempunyai kulit yang agak berkedut dan amat sedikit lanugo atau tiada langsung.
Kompleksi wajah bayi mungkin kelihatan berubah kerana bayi di kalangan kebanyakan kaum dan etnik dilahirkan dengan kulit yang agak cerah dan biasanya kemerahan. Warna kemerahan itu datang dari salur-salur darah yang jelas kelihatan melalui kulit bayi yang masih nipis.
Kebanyakan ibu bapa menyangka warna kulit yang kemerahan ini ialah kompleksi bayi dan merungut apabila warnanya bertukar kepada tona kulit sebenar dalam beberapa minggu seterusnya hingga usia bayi setahun.
Dalam keluarga yang lebih tradisional, nenek dan makcik mungkin menasihati ibu baru untuk mengurut bayi mereka dengan susu mentah, krim segar, tepung gandum lengkap dan adunan kunyit untuk mendapatkan kulit yang putih dan licin.
Amalan ini elok dielakkan sebab susu mentah mengandungi pelbagai bakteria seperti E coli dan salmonela, selain menyebabkan cirit-birit, dan disenteri. Krim segar juga boleh membuatkan kulit berminyak, yang boleh menyebabkan ruam. Juga, ciri kesat tepung gandum lengkap dan kunyit boleh menyebabkan calar lebam pada kulit bayi.
ADA IBU YANG SUKA MENYAPUKAN BANYAK BEDAK DI KULIT BAYI UNTUK MEMBUAT MEREKA PUTIH. INI PERBUATAN SIA-SIA. SEBENARNYA, BEDAK BOLEH JADI BERKETUL-KETUL PADA KULIT BASAH DAN MENYEBABKAN KERENGSAAN DAN KETIDAKSELESAAN.
Kadangkala bayi mendapat ruam kulit dan tanda lahir yang memerlukan pemeriksaan lanjut. Jika anda bimbang mengenainya, jumpalah doktor atau pakar kanak-kanak.
Sumber: Baby Center
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.