Ketika ini ibu bapa dah mula fikir bagaimana untuk latih anak berpuasa dan pastikan mereka tidak mudah mengalah untuk berbuka lebih awal. Mungkin bagi anak yang dah biasa berpuasa sebelum ini kurang sikit cabarannya.
Sebagai ibu bapa, setiap masa dalam bulan Ramadan ini waktu yang baik untuk memperbetulkan kembali sikap, amalan dan tabiat negatif anak supaya mereka lebih faham dan boleh memanfaatkannya untuk kebaikan diri pada masa akan datang.
Sebagai persediaan awal, berikut dikongsikan tip mudah ajar anak puasa penuh tanpa rasa terpaksa. Bagaimanapun, jika ada anak usia 7 tahun masih belum mampu, jangan paksa. Tengok pada keadaan anak itu juga.
Tip ini dipraktikkan oleh seorang ibu, Puan Noraliza Alwi buat anak-anaknya dan berjaya melalui fasa ini dengan baik.
Zara dah mula belajar berpuasa pada umur 7 tahun. Tak penuh. Masa umur 8 tahun baru mula dapat puasa penuh. Dua abangnya juga dah mula puasa penuh masa umur 7 tahun.
Saya nak share tip mudah anak dapat puasa penuh bulan Ramadan. Moga dapat jadi panduan ibu bapa yang ada anak nak ajar berpuasa. Saya dah buat pada 3 anak saya sejak umur 6 tahun.
7 Tip Mudah Anak Puasa Penuh Ramadan
1. 1-2 minggu sebelum Ramadan dah mula cerita keterujaan kita nak sambut Ramadan. Beri heads up awal agar minda anak juga bersedia.
2. Buat plan & target. Buat plan list dan target tentang aktiviti baru khas Ramadan. Contohnya ada tabung sedekah, Sahur on time setiap hari. Buat target khatam Quran dan plan buat majlis. Peringkat keluarga kecil kita saja. Ini umpama reward. Sesuatu yang buat anak excited.
3. Setiap malam ceritakan keindahan & Magik Ramadan. Sembahyang jemaah Maghrib hingga Terawih bersama itu saat yang sangat best untuk bercerita
4. Sediakan juadah sahur kegemaran yang mengenyangkan. Jangan sekali-kali paksa anak jika menolak untuk makan nasi. Lidah kelat pagi-pagi. Boleh gantikan dengan oat brownies, hummus kurma, juadah yang manis-manis asli yang sihat. Berikan minum air secukupnya sangat penting untuk kuat berpuasa
5. Sediakan makanan favourite dia masa berbuka. Keseronokan orang berpuasa walaupun kita yang dewasa adalah masa berbuka kan. Tanya dia apa nak makan berbuka nanti. Sediakanlah makanan ikut kegemarannya sebagai reward dan buat dia rasa bestnya berpuasa.
6. Biarkan anak bebas buat aktiviti yang dia suka. Main board games sangat mengisi masa. Tidak perlu rigid pada aktiviti spiritual semata.
7. Sorok makanan dan buah kegemarannya sepanjang waktu berpuasa untuk elak trigger dia nak berbuka.
Semoga perkongsian tip mudah nak ajar anak berpuasa penuh di bulan Ramadan ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu ayah.
Apapun jangan sekali-kali kita paksa. Kita buat cara halus. Insyaallah boleh punya😊
Kredit: Noraliza Alwi
ARTIKEL BERKAITAN [Resipi Pati Kurma, Sesuai Untuk Minum Masa Sahur. Gerenti Bertenaga Esoknya!]
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI