Bila sebut tentang kanak-kanak, memang menjadi lumrah mereka suka merajuk, marah dan mengamuk tak tentu pasal. Kadang-kadang hal tersebut kita rasakan terlalu ‘simple’ untuk membuatkan anak marah, tapi begitulah kanak-kanak.
Sukar untuk memahami perasaan mereka, tingkah laku mereka yang sekejap okay tapi tak lama kemudian berubah menjadi raksaksa kecil. Namun adakah ada cara untuk membuatkan anak tenang ketika dirinya sedang mengamuk? Ikuti perkongsian ini.
ANAK LEBIH CEPAT BERTENANG BILA RASA DIRI DIFAHAMI
Diulang.
‘Anak lebih cepat bertenang bila rasa diri difahami.’
Saya teringat anak saya pernah meraung kat Sunway Lagoon. Semata-mata sebab dia teringin makan capati.
Kau tengah berseronok dalam tu, tiba-tiba dia petik benda yang tak wujud kat tempat tu.
Aje yang bikin panas. Dah la banyak mata yang memerhati.
Mujur saya teringat ‘quote’ kat atas tu.
Saya pun duduk depan anak. Pandang mata dia dan cakap dengan tenang.
“Aqlan tiba-tiba teringin makan capati ke?”
Anak saya mengangguk. Tiba-tiba tangisan dia tadi turun dari skala 10 ke skala 5.
Ads
“Mama pun teringin. Sedapnya kalau dapat makan capati kan. Tapi Aqlan, kat sini tak ada jual capati. Apa kata kita cari makanan lain dulu. Keluar nanti, kita cari kedai yang jual capati.”
Ibarat hujan lebat yang berhenti tiba-tiba. Aqlan terus mengangguk, senyum dan jawab sepatah “OK”.
Mak pulak yang konfius.
Macam kena game pun ada.
Memang betullah.
Ajaib betul emosi anak boleh mereda bila mereka rasa diri difahami.
Anak sulung saya pun pernah mengamuk. Semata-mata ter-kaler orang dengan warna coklat gelap.
Kalau ikut logik akal sendiri, rasa nak mengamuk balik pun ada. Benda kecik boleh setel gini pun nak mengamuk.
Ads
Sebelum mengamuk, saya ingat balik ‘mantra’ kat atas ni. Saya pun cakap pada dia.
“Ammar tak suka warna macam ni? Nampak buruk? Ammar rasa rosak dah lukisan Ammar?”
Bertalu-talu anak saya mengangguk, membalas pertanyaan saya. Ajaibnya, amukan anak saya tadi terus reda.
“Nak mama tolong tak? Mama cuba padam, lukis balik. Kemudian kita test kaler lain kat kertas lain sebelum kaler balik, ok?”
Macam orang rasuk kena jampi, dia terus ok. Siap senyum lagi.
That easy!
Lepas ni, kalau anak korang mengamuk, repeat ayat kat atas tu. Untuk ingatkan diri,
Ads
‘Ok relax. Ada cara nak tenangkan dia’.
Teknik ajaib ni dinamakan VALIDATION.
Bila anak rasa emosinya divalidasi, ada 3 KESAN POSITIF yang berlaku:
✅️ Spark otak rasional untuk connect dengan otak emosi.
✅️ Anak lebih tenang sebab rasa diri difahami.
✅️ Anak akan belajar gunakan perkataan untuk ekspresikan apa yang mereka rasa di lain hari akan datang.
Dan yang paling penting, dalam jangka masa panjang, kita mendidik anak mencari solusi.
Kita membiasakan anak menggunakan otak rasional untuk kawal emosi. Bukan biarkan diri dikuasai emosi.
Memang semua ibu bapa akan mengatakan risau jika anak masih tak tahu membaca lagi. Sebenarnya, persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
Kanak-kanak dikatakan telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai
10 TIP MENGGALAKKAN ANAK MEMBACA BUKU
Salah satu cara untuk menggalakkan kanak-kanak membaca ialah:
1.Terangkan kepada kanak-kanak boleh membaca walaupun jika mereka tidak pasti apa yang dinyatakan menerusi cetakan.
2.Pilih cerita yang tahapnya yang biasa dan ia boleh dibacakan semula.
3.Mula dengan membaca gambar, menjelaskan dalam bahasa yang mudah apa yang dilihat. Gunakan pengetahuan anda terhadap jalan cerita dan isyarat visual dalam ilustrasi untuk menerangkan secara perlahan apa yang berlaku.
4.Baca satu halaman pada masa yang sama, berhenti untuk memberi kanak-kanak menyerapkan komen anda.
5.Ajak kanak-kanak yang boleh membaca sendiri untuk membaca halaman selepas anda membaca (gambar) dua atau tiga halaman.
6.Berterusan menggalakkan kanak-kanak yang boleh membaca dan juga yang tidak boleh membaca untuk mengambil bahagian.
7.Bertanya kepada kanak-kanak yang terhenti sewaktu membaca, pandu mereka kepada isyarat visual pada halaman buku.
8.Melalui penceritaan, tanya soalan menggunakan ayat mudah atau sebahagian ayat sahaja.
9.Tunjukkan cara belajar membaca gambar atau ilustrasi. Teruskan membaca ilustrasi sehingga kanak-kanak selesa dengan rutin membaca.
10.Melayani pertanyaan semasa bercerita dengan menjawab dan bincang pertanyaan oleh kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Faktor kesuntukan masa membuatkan gaya pemakanan keluarga kini berubah hampir keseluruhannya. Salah satu faktornya kerana bilangan ibu berkerjaya semakin meningkat saban hari yang menyebabkan semakin kurang makanan yang dimasak sendiri di rumah.
Sebagai penyelesaiannya, ramai dalam kalangan ibu bapa mengambil alternatif dengan memilih untuk membeli makanan segera atau makanan sejuk beku mahupun makanan yang ditinkan. Namun sekiranya diteliti dengan bijak mampukah makanan sebegini menyaingi khasiat makanan yang dimasak di rumah atau hanya mampu memberi kelazatan semata-mata.
Perkongsian dari Puan Azlinda Hamid mungkin boleh memberi panduan dan mencari punca kenapa anak-anak kerap sakit. Apa yang dkongsikan ini adalah salah satu penyebabnya.
Alhamdulillah dapat buat nugget sendiri sejak tahun 2016 dan sejak itu perlahan-lahan hentikan pembelian nugget komersial di rumah.
Kenapa saya buat nugget sendiri? Ya ada kisah disebalik mulanya langkah membuat nugget sendiri.
Tahun 2016 adalah tahun di mana kehidupan saya sebagai ibu sangat mencabar kerana mempunyai anak yang baru memulakan persekolahan darjah 1 (perlu naik van sekolah seawal 6.45 pagi), anak bersekolah tadika (sangat sukar bangun pagi & bersiap) & anak kecil yang masih fully breastfeeding (24jam melekat dengan ibu).
Suami ketika itu masih bekerja makan gaji & kerap kerja luar untuk tempoh yang lama. Jika tidak kerja luar, kerja hakiki perlu keluar seawal pagi (sesudah subuh)
Dan pada tahun 2016 la anak-anak kerap sakit terutama Nadhil yang setiap bulan mesti MC tidak ke sekolah. Kemuncak pada bulan March apabila Nadhil berulang demam setiap bulan & ibu terpaksa ambil EL berulang kali menyebabkan ibu segan dengan majikan & kawan-kawan yang terpaksa cover kerja ibu. Dari situ ibu kaji penyebab demam berulang / antibodi lemah.
Akhirnya ibu dapat jawapan bahawa kebanyakan masalah kesihatan adalah berpunca dari perut kita sendiri iaitu pemakanan. Bermula dari post Dr. Suriyakhtun mengenai leaky gut ibu bertemu ramai insan hebat dalam pemakanan sihat sehingga mengenali Pn. Ainini Zainal (boleh follow beliau banyak info pemakanan sihat) & produk Oven Nini .
Sejak dari itulah ibu cuba ubah cara pemakanan kami sekeluarga termasuk membuat nugget sendiri (anak-anak gemar nugget). Alhamdulillah mudah sangat buat nugget sendiri.
Sumber: Diari Keluarga Naslin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkongsi barang merupakan antara perkara yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak awal usia terutama anak bermula usia tiga tahun. Kanak-kanak pada tahap ini berada pada fasa perkembangan egocenterik iaitu mula mengenali diri sebagai individu dengan menganggap semua barang adalah hak miliknya.
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibubapa atau pendidik bagi membantu mengurangkan perasaan egocentric ini.
1.Jadi teladan kepada kanak kanak
Anak awal usia banyak belajar melalui peniruan. Sentiasa gunakan perkataan “berkongsi” seperti mama nak berkongsi biskut dengan adiklah, boleh adik kongsi air dengan mama.” Biar anak faham maksud berkongsi melalui perbuatan yang kita tunjukkan. Apabila anak berkongsi, jangan lupa beri pujian atau penghargaan seperti ucapan ‘terima kasih”, “sayang anak mama” dan sebagainya lagi. Pujian dan penghargaan ini menyebabkan si kecil berasa serasa seronok untuk mengulang lagi tingkahlaku yang sama. Lama-kelamaan akan mula berkongsi secara semulajadi tanpa perlu di suruh. 2.Pegang dan pulangkan semula
Lakukan proto-sharing iaitu boleh menunjukkan barang mainan pada orang lain, biarkan orang lain memegangnya tapi meminta semula barang tersebut. Ia seakan meminjam barang seketika. Sebenarnya proto sharing boleh dianggap sebagai langkah permulaan kanak-kanak berkongsi. Jadi galakkan juga tingkah laku ini berlaku. Misalnya si ibu boleh berkata pada sikecil dengan ayat seperti “Cantiknya kereta Anas, boleh tak tunjukkan pada Amin”. Kemudian apabila Anas mula bermain dengan mainan yang lain, minta Anas berikan kereta mainannya pada Amin dan jangan lupa untuk memuji tingkah laku Anas tersebut. 3.Tunggu giliran
Turn taking adalah salah satu cara yang berkesan untuk menggalakkan anak belajar berkongsi barang dengan kanak-kanak lain. Sentiasa mengamalkan turn taking atau tunggu giliran semasa anak berada di rumah supaya menjadi satu tabiat pada si kecil anda. Misalnya anda boleh meminta si kecil anda memeluk anak patung kesayangannya. Kemudian berkata sekarang giliran mama pula memeluk teady bear tersebut. Aktiviti giliran seperti ini akan menyebab anak kecil berasa walaupun memberikan barang kepada orang lain, mereka masih berpeluang untuk mendapatkan semula barang atau mainan tersebut. 4.Minta izin
Hormati barang mainan atau barang kesayangan si kecil anda. Biasakan meminta izin pada anak anda sebelum mengambil barang atau mainannya dan beri peluang mengatakan tidak. Pastikan juga anak lain atau kawan kawan yang menggunakan barangan si kecil anda menjaganya dengan baik apabila dipinjamkan dan sentiasa meminta kebenaran dan juga mengucapkan terima kasih. 5.Had masa bermain
Kaedah Time It boleh menghadkan tempoh masa bermain sesuatu mainan pada si kecil dengan memberi tahu bahawa hanya boleh bermain dengan mainan tersebut selamat 10 minit. Selepas itu giliran kakak atau kawan lain pula bermain dengan mainan tersebut. Si kecil mungkin tidak memahami maksud lama masa 10 minit atau 20 minit. Jadi sediakan timer atau jam loceng yang akan berbunyi bila had masa yang ditetapkan telah tamat. 6.Libatkan kerja amal
Bila ada peluang atau kesempatan, cuba libatkan anak kecil anda dengan kerja kerja amal. Cuba libatkan dalam kerja mengumpulkan barangan untuk sedekahkkan kepada rumah amal atau pada kanak-kanak lain yang lebih memerlukan. Dalam masa yang sama ceritakan padanya tentang bagaimana dapat menghiburkan hati orang lain dengan berkongsi atau memberikan mainan yang sudah tidak digunakan lagi pada kanak-kanak lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.