
Konsep makanan rapu adalah sebagai kudapan. Tapi disebabkan makanan ini diambil untuk isi perut, inilah yang menyebabkan ketagihan.
Kenapa ketagihan? Kerana bahan didalamnya.
Jadi macam mana nak buat kalau anak memang tak nak makan (realfood/makanan bernutrisi) sebab sukakan junkfood?
HENTIKAN TERUS SUPPLY JUNKFOOD. Jangan bagi langsung wujud junkfood dirumah mahupun diluar.

Penuhkan peti ais kita dengan buah-buahan. Sentiasa ada masakan di meja makan (realfood). Jadi kita kekalkan konsep kudapan.Yang berbeza ialah makanan apa jadi kudapan.
Kalau anak mogok lapar hingga tak dapat zat yang baik? Manusia normal akan cari makanan sebagai survival hidup. Beliau takkan biar dirinya mati kelaparan. Mereka akan makan buah-buah dalam peti tu, percayalah.
Lauk yang kita masak harian tu akan jadi survival food untuk anak-anak yang baru nak belajar tukar ‘healthy eating habit’.
Jadi ibu percayalah, jika anak mengamuk sekalipun, lama-kelamaan anak akan makan juga makana sihat jika kita terus disiplin dan tegas dengan mereka.
Mungkin awalnya susah tapi lama-kelamaan anak akan dapat kembali pada pemakanan sihat. Tak terlambat lagi untuk mulakan dari sekarang!
Sumber: Intan Nornie Sheika
Foto: Pixabay
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah Patut Wean Off, Jangan Tangguh. Kalau Ibu Kental, Anak Pun Akan Okay

Kebanyakan ibu pasti merasa sedih jika sampai fasa untuk bercerai susu. Risau jika anak tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya atau gusar mungkin anak akan menjauhkan diri jika sudah tidak menyusu badan. Bercerai susu adalah satu proses di mana ibu menghentikan penyusuan dengan anaknya. Biasanya fasa bercerai susu ini diadakan apabila si kecil sudah mula mengambil makanan lain selain susu ibu.
Artikel Menarik: [“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu]
Ia adalah proses yang normal dalam perkembangan anak dan keputusan berpisah susu adalah di tangan ibu dengan melihat keadaan anaknya. Keputusan untuk menghentikan proses menyusu badan seharusnya bukan kerana pengaruh orang lain. Keputusan ini harus dihormati dan mendapat sokongan suami kerana ia bukan sekadar perhubungan fizikal tetapi juga kesihatan emosi.
Bercerai Susu Selepas Dua Tahun
Sekiranya ditanyakan waktu yang sesuai untuk seorang ibu bercerai susu dengan anakny adalah pada usianya dua tahun ke atas. Pada waktu ini, susu badan telah memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan si anak. Tambahan pula, anak ketika itu sudah mengambil makanan lain dan keperluan nutrisinya boleh dipenuhi dengan pengambilan sayuran dan buah-buahan.
Semasa usia anak menginjak dua tahun, dia sudah memahami kata-kata ibunya. Untuk memulakan fasa ini, anda boleh bersembang dan terangkan kepadanya tentang bercerai susu. Perlahan-lahan jika sering diberitahu ibunya, si anak akan mula memahami dan bersedia untuk dihentikan penyusuan susu badan.
Artikel Menarik: [Naik Flight Dengan Famili, Fazura Kecewa Diherdik Bawa Anak Anak Kecil & Kanak-Kanak Autisme]
Jika Hamil, Hentikan Penyusuan Badan
Biasanya doktor akan menyarankan ibu untuk menghentikan proses penyusuan jika sedang hamil. Ketika hamil, keperluan nutrisi akan berganda dari biasa. Sekiranya ibu mengandung menyusukan anak, berkemungkinan mudah merasa letih dan sering pitam kerana kekurangan tenaga. Nutrisi yang ada perlu dikongsi tiga, jadi sesetengah ibu mungkin tidak mampu dan dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti menyusukan anak.

Pun begitu, jika si ibu mampu dan tidak mengganggu tahap kesihatannya penyusuan badan tidak menjadi masalah. Jika anda sedang hamil dan masih menyusukan anak kecil, seeloknya ambillkan makanan yang kaya nutrisi dan amalkan pengambilan suplemen. Selain itu, ibu juga perlu banyak berehat dan minum air kosong secukupnya.
Untuk memastikan ibu hamil menyusukan anak dengan cara yang betul, dapatkan bantuan daripada kaunselor laktasi untuk berkongsi tip dengan mereka. Ia penting supaya tidak memberi kesan kepada fizikal si ibu.
Taktik Bercerai Susu Yang Berkesan
Untuk ibu yang mahu berhenti usia ketika anak sudah besar, anda boleh memberitahu kepada mereka satu atau dua bulan lebih awal tentang hal ini. Kerap memberitahu anak tentang hal ini akan menggalakkan subconscious anak tersebut. Selain itu, para ibu boleh mengurangkan kekerapan sesi menyusu dan pendekkan masa dari biasa.
Sekiranya anak anda jenis yang suka ‘mengempeng’, inilah waktunya yang sesuai untuk anda kurangkan masa mereka menyusu. Jika anda tidak meminta untuk menyusu, jangan pelawa mereka. Biarkan mereka terbiasa dengan hal ini, lama-kelamaan untuk berhenti ia akan jadi lebih mudah.

Selain itu, anda boleh menarik perhatian anak dengan memberi makanan atau minumam kesukaannya apabila dia mula menunjukan signal untuk menyusu. Ketika siang, pelbagaikan aktiviti dengannya agar dia mudah letih dan tertidur sendiri pada waktu malam. Ibu juga boleh mengenakan pakaian yang sukar diakses untuk menyusu.
Artikel Menarik: [“Demi Anak Pertama, 6 Tahun Tunggu.” Bakal Ibu Ni Tak Kisah Kulit Muka Naik Jerawat Teruk]
Ibu Kena Bersedia Untuk Bercerai Susu
Anda perlu bersedia dari segi kekuatan emosi kerana penceraian susu bukanlah sesuatu yang mudah buat ibu juga. Setelah sekian lama anak sentiasa berada di sisi menyusu badan, tiba-tiba mereka tidak menyusu lagi. Proses bercerai susu boleh lah dibuat secara berperingkat supaya ia menjadi mudah dan positif. Hal ini juga boleh mengelakkan payudara dari bengkak atau masisitis jika dilakukan secara berperingkat.

Ibu perlu tetapkan target bila mahu hentikan penyusuan supaya tidak melakukan secara mendadak jadi anak juga tidak terkejut dan menggangu emosi anak. Anda perlu sentiasa positif terhadap keputusan yang dibuat kerana ia akan mempengaruhi si anak juga.
Dapatkan sokongan dari teman-teman yang berpengalaman menghentikan proses penyusuan badan. Selain itu, pastikan anda suarakan keinginan ini kepada suami agar dia dapat memberi sokongan penuh terhadap keputusan untuk bercerai susu.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bimbang Anak Tiba-Tiba Kena Sawan Demam, Ketahui Tindakan Yang Boleh Anda Buat

Demam atau kenaikan suhu badan melebihi 37.5 darjah celsius, adalah salah satu simptom penyakit yang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tapi anda tahu tak cara menghilangkan sawan demam pada anak?

Ia boleh berlaku dalam pelbagai jenis keadaan kesihatan, baik yang serius ataupun sebaliknya.
Ini kerana demam bukanlah simptom yang khusus untuk mana-mana penyakit tertentu.
Dalam kebanyakan keadaan, demam berlaku akibat daripada jangkitan ringan yang tidak serius. Oleh yang demikian, majoriti individu tidak terlalu risau akan kewujudan simptom ini.
Namun yang demikian, terdapat satu komplikasi khusus yang boleh berlaku dalam golongan kanak-kanak jika demam mereka tidak diatasi dengan baik. Komplikasi yang dimaksudkan adalah sawan demam. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitannya.
Apa itu sawan demam?
Seperti yang tertera pada namanya, sawan demam merujuk kepada serangan sawan yang berlaku ketika seseorang itu demam, khususnya dalam demam gred tinggi. Keadaan ini dilihat berlaku dalam golongan kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 6 tahun.
Tanda-tanda
Penting untuk ibu bapa ambil cakna tentang tanda-tanda sawan agar mereka dapat mengenal pasti keadaan ini dengan cepat jika ia berlaku. Ini kerana, ketika diserang sawan, seseorang itu tidak akan sedarkan diri.
Selain itu, berikut merupakan simptom lain yang boleh berlaku ketika sawan:
- Kedua-dua kaki dan tangan menjadi kejang atau tersentak-sentak (Kekejangan dan sentakan ini boleh juga berlaku hanya pada sebahagian anggota badan sahaja)
- Mata terbeliak ke atas
- Air liur mengalir keluar dari mulut
- Terbuang air kecil atau air besar
Diagnosis
Secara amnya, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu diserang sawan. Antaranya adalah:
- Meningitis (Keradangan selaput otak)
- Pendarahan dalam otak
- Paras gula yang rendah (Hipoglisemia)
- Gangguan paras elektrolit dalam darah
- Sindrom epilepsi sedia ada
- Gangguan neuro-perkembangan
Untuk itu, diagnosis sawan demam hanya boleh dibuat setelah punca-punca sawan lain telah diketepikan dan hanya suhu yang tinggi sahaja menjadi kaitan yang tinggal.
Punca
Demam dalam kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara jangkitan yang lazim berlaku dalam golongan ini adalah:
- Jangkitan saluran pernafasan atas (URTI)
- Jangkitan telinga (Otitis media)
- Gastroenteritis akut
Tindakan oleh ibu bapa – cara menghilangkan sawan demam anak
Berikut merupakan perkara penting tentang cara menghilangkan sawan yang perlu ibu bapa lakukan sekiranya anak berisiko untuk diserang atau bakal diserang sawan demam.
Sebelum sawan:
Apabila anda telah mengenal pasti bahawa anak sedang demam, berikan ubat demam mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Jika anda tidak mempunyai ubat demam, letakkan tuala basah/sejuk pada bahagian dahi mereka terlebih dahulu sebelum anda bergerak ke klinik kesihatan bagi mendapatkan ubat.
Apabila mereka sedang demam, pastikan kanak-kanak tersebut berada dalam pemerhatian anda. Ini kerana jika mereka diserang sawan, anda dapat mengambil tindakan segera dan menentukan durasi sawan tersebut. Sawan biasanya akan terhenti sendiri dalam durasi kurang daripada 2 atau tiga minit. Sawan yang melebihi 5 minit adalah satu kecemasan dan anak tersebut perlu segera dibawa ke hospital.
Ketika sawan:
Ketika diserang sawan, kanak-kanak tersebut akan tidak sedarkan diri dan hilang kawalan badan mereka. Oleh itu, mereka berisiko untuk jatuh (jika mereka sedang berdiri) dan terhentak kepala. Trauma kepala boleh merumitkan lagi keadaan kerana ia boleh mengakibatkan pendarahan dalam otak. Oleh itu, pastikan mereka berada berdekatan dengan anda atau berada di persekitaran yang selamat.
- Kosongkan kawasan persekitaran mereka daripada sebarang objek tajam dan berbahaya.
- Letakkan mereka dalam posisi mengiring untuk mengelakkan lidah mereka terjatuh kebelakang dan menutup saluran pernafasan mereka.
- Elakkan daripada meletakkan apa-apa objek dalam mulut mereka.
- Perhatikan pergerakan tangan dan mata anak. Bukan semua jenis serangan sawan akan mempunyai simptom yang sama.
- Kira durasi masa sawan. Sekiranya sawan tersebut tidak terhenti sendiri dalam beberapa minit, bawa anak anda ke hospital kerana terdapat risiko sawan tersebut akan berlanjutan lebih lama.
Selepas sawan:
- Perhatikan sama ada anak telah kembali sedar selepas sawan tersebut atau terus tidur. Jika sedarkan diri, kenal pasti jika mereka mengalami lemah pada mana-mana anggota badan.
- Bawa mereka ke hospital berdekatan agar doktor dapat mengesahkan sama ada sawan tersebut disebabkan oleh demam atau berpunca dari perkara lain.
- Sekitar 1 dalam setiap 25 orang kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.
Terdapat sekitar 30% daripada mereka yang mengalami serangan sawan demam ini akan mengalaminya lagi jika mereka demam.
Walaupun tampak serius, sawan demam bukanlah sesuatu yang mengancam nyawa dan tidak ada sebarang kesan jangka panjang yang berkaitan dengannya.
Pastikan anda mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih tentang cara menghilangkan sawan demam untuk maklumat kesihatan berkaitan dengan keadaan ini.

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit Bersalin 6 Jam, Kulit Suami Tercalar Digigit & Dicengkam Syafiqah Aina

Sakit bersalin tidak dapat digambarkan. Kontraksi dan kesakitan berjam-jam lamanya. Instafamous Hafiz Mahamad berkongsi detik bersalin isteri, Syafiqah Aina.
6 jam bertarung kesakitan, sebagai suami Hafiz menyaksikan semua yang terjadi semasa proses kelahiran puteri sulung mereka, Raisya Arisa.
Kata Hafiz menerusi Instagram, kulitnya terdapat banyak kesan calar akibat digigit isteri. Dia bagaimana pun berpuas hati kerana berpeluang menemani Syafiqah dari awal hingga selesai proses kelahiran.
“Morning Everyone, 6 hours dia bertarung nyawa semalam & habis calar calar badan saya digigitnya.
“Trust me, bila saya teman wife dari awal contraction sampai baby keluar.
Lebih menyentuh hati, lelaki ini turut berkongsi pengalaman yang dilaluinya semasa proses bersalin anak sulung ini menyebabkan dia akan terus setia. Hafiz mengakui saat menemani isteri, dia seolah-olah membayangkan kesakitan yang dilalui Syafiqah.
“Perasaan saya macam, “aku taknak cari perempuan lain & aku nak ikut je apa bini aku suruh” ? .
“Kita yg meneman pun rasa sakit, uih dia mcm gedebek prekkkkk.
View this post on InstagramA post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on
Bayi yang dinamakan Raisya Arisa dilahirkan seberat 3.39kg dan ukuran panjang 50cm dilahirkan secara normal di sebuat perubatan semalam.
View this post on InstagramAssalamualaikum Raisya Arisa @raisyaarisa ? 3.39KG (50CM)
A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on
TERIMA KASIH DADDY RELAKAN DIRI DICENGKAM
Syafiqah Aina juga turut mengemaskini Instagram dan memuatnaik foto bayinya. Dalam kapsyen dia turut menyatakan terima kasih buat Hafiz yang sentiasa ada disisi sepanjang proses kelahiran.
“Alhamdulillah, syukur sangat sangat ya Allah atas rezeki ini ?.
.
“Thank you Daddy, teman and relakan diri kena cengkam kena macam macam sambil Mommy belanja drama dalam Labour Room tadi ?.
Menerusi Insta Story, Hafiz juga turut berkongsi detik kelahiran anak sulung mereka.
“TERIMA KASIH ISTERIKU”

“I LOVE YOU SO MUCH”

CALAR PADA TANGAN
Hafiz juga berkongsi kesan calar pada bahagian tangan yang dikatakan akibat digigit dan dicengkam Syafiqah sepanjang proses kelahiran.

BERSALIN NORMAL TANPA INDUCE
Hafiz turut memaklumkan kelahiran anak sulungnya secara normal tanpa prosedur induce walau pun pada awalnya perlu melalui pembedahan caesarean.
Lelaki ini turut melahirkan kekaguman melihat isteri yang bertahan melalui kesakitan kontraksi.
lung, hafiz mahamad

TUKAR NAMA NARISA KEPADA ARISA
Usahawan ini juga turut berkongsi banyak akaun Instagram telah wujud menggunakan nama anaknya Narisa kepada Arisa.
Dia juga turut memaklumkan menukar ejaan nama si kecil atas nasihat ahli keluarga.

Sumber: hafizmahamad & syafiqahaina
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


