Konsep makanan rapu adalah sebagai kudapan. Tapi disebabkan makanan ini diambil untuk isi perut, inilah yang menyebabkan ketagihan.

Kenapa ketagihan? Kerana bahan didalamnya.

Jadi macam mana nak buat kalau anak memang tak nak makan (realfood/makanan bernutrisi) sebab sukakan junkfood?

HENTIKAN TERUS SUPPLY JUNKFOOD. Jangan bagi langsung wujud junkfood dirumah mahupun diluar.

IKLAN

Ibu Ini Kongsi Cara Berkesan Tak Mahu Bagi Anak Makanan Rapu. Berkesan Kalau Betul Disiplin!

Penuhkan peti ais kita dengan buah-buahan. Sentiasa ada masakan di meja makan (realfood). Jadi kita kekalkan konsep kudapan.Yang berbeza ialah makanan apa jadi kudapan.

IKLAN

Kalau anak mogok lapar hingga tak dapat zat yang baik? Manusia normal akan cari makanan sebagai survival hidup. Beliau takkan biar dirinya mati kelaparan. Mereka akan makan buah-buah dalam peti tu, percayalah.

Lauk yang kita masak harian tu akan jadi survival food untuk anak-anak yang baru nak belajar tukar ‘healthy eating habit’.

Jadi ibu percayalah, jika anak mengamuk sekalipun, lama-kelamaan anak akan makan juga makana sihat jika kita terus disiplin dan tegas dengan mereka.

IKLAN

Mungkin awalnya susah tapi lama-kelamaan anak akan dapat kembali pada pemakanan sihat. Tak terlambat lagi untuk mulakan dari sekarang!

Sumber: Intan Nornie Sheika

Foto: Pixabay

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI