
Anak-anak kalau main play doh memang leka. Tambah lagi dapat buat pelbagai bentuk yang comel. Kadang bukan anak je yang seronok, ibu ayah pun boleh tumpang sekali bermain.
Kalau nak beli mungkin modalnya banyak juga sebab play doh ni bila kena angin lama-kelamaan akan jadi keras. Tapi untuk anda yang nak jadikan bermain play doh ini aktiviti sensori untuk anak, eloklah buat sendiri.
Modal tak sampai RM10 boleh dapat dalam kuantiti yang banyak dan pelbagai warna. Cara nak buatnya pun mudah dan puas hati anak main.
Seperti perkongsian ibu ini, Puan Natrah Mohd Isa, hanya guna 3 bahan dah boleh buat aktiviti dengan anak.
Jom DIY Cloud dough! 🌈
Senang je, guna 3 bahan :
1) Lotion (Boleh beli lotion murah-muraj je)
2) Tepung jagung
3) Pewarna makanan
Mula-mula, masukkan lotion dulu, kemudian baru tepung, gaul-gaul, baru titik pewarna beberapa titik. Sukatan ni sebenarnya atas kita nak lembut dan puas hati macam mana.
Bila doh dah tak melekat-lekat tu maknanya dah siap! Selamat mencuba ye!
Boleh la anak-anak main dengan mainan masak-masak yang sedia ada. Wangi tau doh kita ni! Hati-hati jangan sampai masuk mulut dan makan ye.
Kredit: Natrah Mohd Isa
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Paksa Diri, Buat Mana Mampu, Tip Jadi Isteri Terbahagia Untuk Isteri Bekerja!

Menjadi isteri dan ibu bekerjaya sememangnya memerlukan perancangan masa yang tepat. Seawal pagi lagi jadual mereka padat dengan urusan menyiapkan anak ke sekolah, menyiapkan sarapan dan seterusnya bersiap ke tempat kerja. Pulang sahaja ke rumah, tugasan tersedia tanpa sempat melepaskan lelah walau seketika. Semuanya demi anak dan suami.
Jangan memaksa diri jika kita tidak mampu. Isteri bukan robot. Ada waktunya bila emosi melanda, kita tidak mampu mengikut semua rutin dengan sempurna. Perkongsian dan luahan ibu ini, Amalina Sahebudin agak mencuit hati tetapi ada benarnya. Kita buat mana yang termampu, jangan terlalu memaksa diri. Relaks dan tenang-tenang sahaja. Suami pun pasti memahami.
Tips jadi isteri terbahagia untuk isteri yang bekerja:
1) Rajin, masak. Tak rajin, makan luar. Malas keluar, delivery/grabfood/foodpanda ada (yang pasti payment guna kad laki). Laki request nak masak jugak? Boleh. Lepas masak bagi laki kemas dapur, lepas makan tugas laki cuci pinggan.
2) Laki balik kerja lambat, kita makan dulu. Pastikan perut kita kenyang. Sebab perut yang lapar boleh mendatangkan amarah.
3) Laki nak keluar lepak malam-malam, mintak dia setelkan pinggan mangkuk kat sinki, buang sampah, kemas rumah dulu. Lepas tu biarlah dia keluar sebab bila dia keluar, kita kat rumah pun tenang.
4) Laki keluar lepak, tak payah lah nak berjaga sampai dia balik. Kau pegi masuk tidur. Pastikan kau dapat tidur secukupnya. Tidur kau pun penting. Tak cukup tidur juga boleh mendatangkan amarah.
5) Rumah bersepah, kau hulur vacum mintak laki kau vacum rumah sambil kau kemas apa yang patut.
6) Toilet kat rumah kau berbagi lah dengan laki dia cuci yang mana, kau cuci yang mana, gilir-gilir ke kan.
7) Kain baju kau suruh laki basuh & keringkan, kau lipat, iron & susun dalam almari. Sebab biasa laki bab melipat, iron & menyusun baju ni tak sekemas bini.
8 ) Anak-anak yang dah besar sikit, kau pass dekat laki untuk uruskan. Anak tu dah 9 bulan kau bawak dalam perut, 2 tahun duk mengempeng.. takut dia lupa pulak siapa bapaknya. Dan bapak tu pun takut dia lupa dia ada anak. Jadi kau kena tolong mereka saling mengenali satu sama lain.
Cukup lah 8 tips ni dulu. Aku bukan taknak me”raja”kan laki. Masalahnya laki aku tu keturunan diraja pun takde. Harta pun tak banyak mana. Pembantu rumah pun kitorang takde jugak. Harapkan part-time helper yang dipanggil sekali sekala. Aku cuma memberi peluang untuk dia tunaikan tanggungjawab dia dalam keluarga je.
Updated: Tips ni bukan bulat-bulat WAJIB buat macam tu..k? The key is SHARING YOUR RESPONSIBILITIES. Marriage is about SHARING. You both share your life together tapi takkan hal rumahtangga atas isteri je? Kalau isteri tu surirumah yang memang 100% uruskan rumah je maybe lain tips dia. Only you know how your marriage works. You do you. Nobody can tell you how to do your marriage.
Takde sepatah pun aku sebut pasal disrespect to husband. Suami yang share kerja rumah tak jatuh pun martabat dia as suami. Takde istilah takut bini. Lelaki-lelaki yang tak setuju ni mesti spesies berangan dia kaya raya tapi yang sebenarnya kau miskin, tak mampu nak ambik pembantu.
Jadi bini still kena kerja, tapi at the same time layan kau macam raja. Zaman sekarang lelaki-lelaki yang menjaga agama, terpelajar, mampu & berkarisma semuanya takde masalah nak uruskan hal rumah. Dia sibuk, dia cari pembantu sebab dia mampu.
Love ❤️
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Kena Belajar Minta Tolong Sebab Kita Bukan Supermom. Walaupun Boleh Buat, Suami Kena Bantu

Kadang-kadang kita sebagai ibu lebih rela buat sendiri semua urusan rumah tangga hinggalah urus anak berbanding minta tolong dengan pasangan. Alasannya tak mahu susahkan. Ada juga beranggapan tak sampai hati nak suruh sebab suami balik kerja pun dah penat.
Paling biasa isteri cakap, apabila suruh suami buat kadang-kadang hasilnya tak seperti yang diharapkan. Ingat kita tak boleh jadi supermom selama-lamanya. Mungkin anak seorang tiada masalah tapi lepas dah ada dua tiga anak pertolongan dari suami sangat diperlukan.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Masturah Abu Bakar berdasarkan pengalamannya dia juga mengakui perkara sama.
Dulu masa anak pertama, saya cuba buat semua sendiri. Langsung tak nak mintak tolong suami.
Kita ni kononnya SUPERMOM, boleh buat semua benda sendiri.
Niat di hati tak nak susahkan sesiapa. Terutamanya suami. Kesian dia balik kerja penat-penat, kita nak minta tolong itu ini.
Jadilah kita sotong walaupun tangan dua. Berkejar buat semua kerja. Dari tukar pampers anak, sampailah urusan kerja rumah
Akhirnya saya jadi stress dan kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat buat semua..
Mak-mak sekalian,
Kita bukanlah supermom yang ada kuasa luar biasa. Kita manusia biasa. Kemampuan kita terbatas. Sampai tahap, kita akan rasa penat. Sampai tahap kita akan rasa letih. Fizikal sakit, emosi tak stabil.
Jadi jangan cuba jadi supermom sebab kita bukan supermom. Kita kena belajar mintak tolong orang lain.
Nak mintak tolong siapa?
TOLONG TOLONG. Mintalah tolong suami kita.
Suamilah orang yang paling dekat dengan kita.
Suamilah teman paling rapat yang kita ada sekarang.
Suamilah tempat yang sepatutnya kita berkongsi beban mengurus rumahtangga.
Suamilah orang yang paling layak membantu kita saat ini.
Mungkin ada yang rasa berat mulut nak minta tolong dengan suami. Sebab orang lelaki ada egonya. Kita pulak banyak ragamannya.
Jadi cuba apply seni minta tolong dengan suami:
1) Ringankan mulut untuk minta tolong. “Abang, boleh tak tolong..”
2) Maniskan mulut masa minta tolong. “Sayang suka kalau abang boleh tolong..”
3) Puji pertolongan suami. “Pandainya abang drill dinding ni. Boleh la kita hias cantik2.”
4) Ucap terima kasih. “Terima kasih abang sebab tolong..”
Suami manusia, kita pun manusia. Dua-dua ada kemampuan terbatas. Jadi, beban rumahtangga kalau dikongsi berdua, insyaAllah akan jadi lebih ringan. Dua-dua senang hati.
sumber: Masturah Abu Bakar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakar Kongsikan Petanda Anak Hatinya Sangat Terluka. Marah Boleh Tapi Beringat!

Bila anak sudah 5 tahun dan masih suka merajuk dan mengamuk, memukul orang, menyakitkan orang, ini petanda semasa anak itu mengamuk semasa dia kecil, emosi amuk itu tidak dikendalikan dengan baik. Ibu bapa hanya menggunakan kaedah marah dan tengking untuk senyapkan anak.
Pada masa itu anak memang senyap, tapi emosi itu tidak dilepaskan dengan baik. Oleh itu anda akan mendapati anak ini mengamuk dengan lebih kuat dan mula ada ciri-ciri degil dan mungkin mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.
Ini petanda hati anak ini sudah banyak terluka dan dia sudah banyak merasakan tidak dikasihi. Jika ini berlaku, anda perlu mengatur langkah membetulkan pesepsinya.
Di sini anda perlu bijak dan mengawal marah namun anda perlu tegas dan perlu mendisplinkan anak itu. Kerana anak ini sudah terluka disebabkan banyak kekecewaan terutamanya di dalam perhubungan diantara dia dan anda atau pasangan anda, perkara itu perlu dibetulkan. Pada usia ini, anak itu mungkin akan mengatakan rasa hatinya, bahawa dia tidak dikasihi.
Jika ini berlaku, tarik nafas dan duduk di sebelah anak itu dan tenangkan hatinya dan cari punca yang menyebabkan dia merasakan dia tidak lagi dikasihi. Kadang-kadang puncanya mungkin semudah anda sudah tidak memandikannya dan menyuruh dia mandi sendiri.
Terutama sekarang sudah ada adik baru. Ini kita namakan salah faham. Maka selesaikanlah salah faham ini.
Walaupun bila anak merajuk dan mengamuk kita perlu membetulkan anak dengan kelembutan, adakalanya semasa ini, kerana jeritannya begitu kuat dan membaling barang tidak mengikut kira, maka jika perlu anda boleh meninggikan suara untuk mendapatkan perhatiannya, siapa yang memimpin di sini.
Namun, bila meninggikan suara, lihat mata anak itu dengan kelembutan kasih-sayang. Dalam hati anda boleh berkata kepada hati, ‘aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik Aku sayang anak ku ini’.
Mengapa anda mahu mengatakan di dalam hati demikian? Kerana ini membentuk niat dan ini membantu anda memastikan bahawa bila suara kuat itu keluar, ianya keluar dengan tenaga kasih-sayang yang menerjah masuk ke hati anak yang terluka itu dan menjadikan hati itu menerima tenaga kasih-sayang itu. Inilah diantara cara kita mengawal keadaan dengan tegas dan penuh kasih-sayang. Kata kunci ialah pandang dengan kasih sayang. Anda perlu ‘take control’ dengan ‘tough love’.
Jika anak itu ditengking dan dimarah atau bila dia merajuk diturutkan semua kehendaknya. Pada usia ini, anak itu sudah tahu dia mempunyai kuasa ke atas ibu bapanya dan ibu bapa boleh diatur-atur olehnya. Ini sangat merbahaya kerana anak itu boleh menjadi seperti ‘Anakku Sazali’.
Mengapa ini boleh berlaku, kerana bila anak meminta sesuatu, semua permintaannya dipenuhi walaupun ada yang tidak baik untuknya dan anda telah mengatakan tidak boleh, namun sebab hendak anak berhenti membaling barang, anda ambil jalan singkat, ikutkan saja kehendak anak itu.
Kata kunci di sini, BERTINDAK SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN dan bukan seorang yang mudah dimanipulasikan
Nota Ringkas;
Bagaimana berhadapan anak 5 tahun yang mengamuk?
1.Tarik nafas dan ubah kedudukan kita untuk dapatkan ketenangan.
2. Lihat mata anak dengan penuh kasih sayang.
3. Kata dalam hati, “Aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik. Aku sayang anak ku ini”.
4. Tinggikan suara untuk dapatkan perhatian anak.
InsyaAllah, kalau yang keluar dari hati, akan sampai ke hati juga.
Kredit: Ibu Rose
Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia. Mari belajar ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI