Dah beraya sakan, memang banyak duit raya anak-anak yang terkumpul. Sebelum anak-anak atau mak ayah ‘terguna’ secara tak sengaja cepat-cepatlah buka akaun simpanan di bank pilihan.
Antara bank yang boleh mama ayah pilih adalah bank Tabung Haji. Kalau nak jimat masa anda boleh daftar secara dalam talian dahulu kemudian boleh terus walk in untuk pengesahan. Yang paling penting menjimatkan masa anda! Ikuti perkongsian ibu ini tentang ‘step-by-step’ cara mendaftar akaun bank anak dalam talian.
Baru lepas bukak akaun baby secara atas talian, kemudian sekejap ke pegi activate di cawangan.
Call customer service dia pun tak perlu tunggu berjam-jam untuk jawab. Dia guide macam mana nak bukak akaun anak under pemegang akaun Official : Lembaga Tabung Haji.
Ni nak share, mudah je.
1. Log masuk apps Thijari atau link https://www.thijari.com.my
2. Pilih ‘pembukaan akaun kanak-kanak’ macam dalam printskrin 1. Isi details lengkap dan submit.
3. Once dah siap hantar, akan terima emel pengesahan.
4. Pergi ke cawangan yang dipilih, bawa:
5. Daftar di kaunter, siap. Tak sampai 5 minit pun untuk dia sahkan dokumen.
Semalam buat di IFIC – Islamic Financial Services Center, Putrajaya tak ramai orang pun. Laju je. Boleh walk-in.
Boleh check status dan akaun anak dalam apps thijari tu jugak macam dalam printakrin 2.
Doakan ayah, bonda dan Afya ada rezeki untuk tunaikan haji inshaAllah 🥰🌷
Sekarang dah tak dapat buku akaun TH. Kalau tengok dekat resit no giliran tu, ada tulis senarai bank yang boleh linked dengan TH. So untuk cash in or cash out boleh guna bank-bank yang dalam senarai (Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Rakyat, Maybank, CIMB Malaysia)
Untuk linked kan ke Maybank2u, bukak maybank2u.com.my > apply > services > Link Tabung Haji Account.
Nak tengok jumlah duit dalam akaun boleh tengok bahagian wealth.
Untuk transfer online, tekan pay & transfer > tabung haji.
* boleh buat dekat website sahaja, takleh guna apps
Kredit: Areefah Ahmad
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!