Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Buat Serbuk Beras ‘Instant Homemade’. Lebih Mudah & Cepat Masak Bubur Bayi!

Share

Sekarang ni ada macam-macam cara membuat serbuk beras segera yang akan mempercepatkan proses memasak bubur si comel dikongsi oleh ibu-ibu di media sosial.

Jika anda ibu yang mementingkan kebersihan dan keselamatan makanan untuk si manja, lebih baik sediakan sendiri serbuk beras segera seperti yang dijual di pasaran. Yang penting ia juga memudahkan dan mempercepatkan proses menyediakan bubur nasi si kecil.

Perkongsian Puan Nisa Razak tentang bagaimana cara menyediakan serbuk beras segera bayi ini sesuai untuk ibu-ibu yang ada anak kecil dan baru nak mula belajar makanan pejal.

Mommy-mommy yang ada anak kecik baru nak belajar makan, elok sangatlah buat serbuk beras ni. InsyaAllah sangat praktikal dan mempercepatkan kerja.

 


Cara menyediakan serbuk beras instant

1. Basuh beras dalam 1-2 cawan. Toskan. Kemudian goreng tanpa minyak.
2. Guna api kecik sahaja untuk mengelakkan daripada hangus.
Goreng sampai betul-betul kering macam dalam gambar.
3. Terus masukkan dalam pengisar. Kisar sampai hancur.
4: Simpan dalam balang. Tutup rapat.

 


Cara masak bubur menggunakan serbuk beras

Ambik sesudu serbuk beras tadi dan bancuh dengan air sejuk biasa. Kemudian masak atas api. Masa ini anda boleh masukkan carrot/ayam atau apa-apa sahaja. Tapi lepas tu kena kisar dulu untuk hancurkan sayur/lauk tadi sebelum bagi baby makan. Jangan masak terlalu lama atau sekejap, anda boleh agak-agak sendiri sehingga bubur masak.more
5: Siap untuk disuap pada bayi

 

Semoga bermanfaat!

Sumber/Foto: Facebook Nisa Razak

Published by
Shahar Najmi