Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Masak Bubur Bayi,15 Minit Dah Siap! Sesuai Untuk Ibu-Ibu Yang Mengejar Masa

Share

Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil, azam untuk masak sendiri makanan anak sentiasa ada. Kalau boleh tak mahu bagi yang readymade. Semua nak homemade. Tapi kadang-kala ada ibu bekerja yang kesuntukan masa dan bila tak sempat maka terpaksalah bekalkan makanan bayi segera ke rumah pengasuh walaupun dalam hati rasa tak seronok.

Ok, lepas tahu tip masak bubur cepat dan pantas tiada lagi alasan untuk tidak membekalkan bayi bubur nasi air tangan ibu ke rumah pengasuh ya! Ibu beranak kecil ini, Cik Fazleen berkongsikan cara mudah masak bubur nasi bayi.

Saya nak bagi tips kat ibu-ibu yang kerja, cara senang buat bubur bayi untuk bawa bekal ke rumah babysitter. Tak sampai 20 minit dah jadi bubur. Cepat & pantas.

Caranya

Mula-mula basuh beras, letak 2 sudu besar beras dalam bekas kecil (bekas dadih) dan bekukan. Esok terus masak macam biasa, nanti beras akan jadi hancur dan cepat kembang. Untuk masak bubur bayi Tumis bawang putih menggunakan minyak zaitun, Masukkan beras yang sudah dibekukan (ikut berapa bekas yang hendak dimasak).more
Bila nasi dah nampak kembang boleh masukkan ayam dan kentang. Lebih kurang 7 minit sebelum masak masukkan sayur sawi dan lobak merah.
Semoga dapat memudahkan ibu-ibu dan yang penting anak dapat makan makanan sihat hasil air tangan ibu.

Sumber: Facebook Cik Fazleen

Published by
Shahar Najmi