Selepas lebih dua minggu berhari raya apa khabar duit raya anak masing-masing? SUdah selamat disimpankah atau sudah habis digunakan?
Kalau ada ibu ayah yang masih simpan duit raya anak-anak di rumah sementara tunggu raya habis, apa kata baca perkongsian ibu ini tentang cara mudah simpan duit raya anak.
Puan Aya Chalo berkongsi cara mudah simpan duit raya anak melalui akaun Maybank ke Tabung Haji (TH).
Masuk raya ke-6 ni duit raya anak pun berkepuk-kepuk sudah kan?
Macam kak dulu bertahun-tahun kak peram duit raya anak tu sebab liat ke bank, malar bz kannnn…
Rugi juga simpan di rumah sebab duit tu tidak boleh beranak berbanding masukkan dalam Tabung Haji. Masuk TH tahun-tahun dapat dividen.
Lagi rugi kalau mak bapa terguna pula duit raya anak tu kannn
Jangan macam tu mak mak, jom kita menyimpan untuk masa depan anak-anak.
So, hari ni kak mahu kongsikan 1 tips cara mudah simpan duit anak ke Akaun Tabung Haji memasing melalui perbankan atas talian maybank2u.
Lepas ni tidak perlu berbaris, tidak perlu keluar rumah dan hanya berurusan secara online untuk masukkan duit, keluarkan duit dan check baki akaun.
So ini step-step kena buat sebelum kita boleh just klik-klik. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian katanya.
Follow setiap step ya.
Step 1: Ibu/Bapa WAJIB ada akaun Tabung Haji dan WAJIB daftar terlebih dahulu di ATM Maybank (refer gambar).
Step 2: Selepas ibu/bapa daftar di Maybank, barulah boleh daftarkan akaun anak-anak pula. Ini pun buat melalui ATM Maybank. (Refer gambar).
Jangan lupa bawa Buku Akaun TH & MyKid anak bila nak daftarkan tu sebab perlu No Akaun TH, No Siri Buku Akaun TH dan No Mykid. Kalau Parents baru nak daftar, bawa Buku TH ke ATM juga‼️
Step 3: Selepas daftar, bolehlah TRANSFER duit raya anak2 melalui website maybank2u (atau kalau rajin ke ATM pun boleh) ke dalam akaun TH memasing. (Untuk cara transfer website maybank lama & baru ada dalam gambar)
Mudah kan?
Inilah cara mudah kak buat bertahun-tahun setelah insoffff memeram duit raya anak.
Untuk bank lain kak tak sure, kak kongsikan apa yang kak buat jak.
Cara-cara Daftar/Linkkan Akaun melalui ATM maybank kak tunjukkan dalam gambar.
Bagi yang belum buka Akaun Tabung Haji, anda boleh buka akaun TH di TH, Bank Islam dan Bank Rakyat. Bawa dokumen Mykad ibu/bapa/penjaga (ibu bapa tiri bawa sijil nikah), bawa Mykid dan Sijil Kelahiran anak.
SHARE-lah ke suami/isteri/adik beradik supaya ramai-ramai dapat menyimpan untuk anak-anak.
Pssttt… tips ni boleh juga mak bapa pakai untuk simpan duit sendiri dalam akaun TH. Hehe.. daftar haji pun boleh.
Semoga bermanfaat.
Kak Aya
ayachalo.com